Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

♥ Officially ♥

Assalamualaikum dan hi!


Pink Heart Craft da officially di daftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 15 Ogos 2013. Dan officially berdomain dot my pada 20 Ogos 2013. Alhamdulillah, da lega, Semua da selesai. Pemilihan nama adalah di atas cadangan Mr R. Sebab nak mudah orang ingat dan mudah orang taip. haha. tula siapa suruh letak nama panjang-panjang lagi. Terima kasih kat kawan-kawan blogger yang menerangkan serba sedikit pasal domain dan hosting. Okay, mula-mula macam give up juga buat benda ni. Siap nangis-nangis macam kena buat assignment account sebab rasa noob gila tak tahu macam mana nak buat. Akhirnya hasil meng'google' selama 2 hari, jumpalah domain paling murah rasanya untuk dot my dengan harga RM30 di Asia Host. Paling murah dan paling mudah yang aku jumpa setakat ni. Daftar hari khamis. Hari Selasa dapat guna dah. Ini semua sebab nak mencuba permohonan bagi Program Get Malaysian Business Online dari SKMM. Mudah-mudahan dipermudahkan. Amin. 

Wednesday, February 20, 2013

♥ Happy Birthday, My Blog ♥

Alhamdulillah. Da 3 tahun umur blog ni. Baru perasan bila da post entry resepi tadi. 

Ni entry umur blog yang setahun.  HERE
Ni entry umur blog yang 2 tahun.  HERE

Walaupun blog ni macam biskut chipsmore. kejap ada entry, kejap takde. Tapi ada lah juga memberi jasa dengan membantu mengisi masa lapang, peneman untuk aku membebel dan meluah pendapat dan juga tambah pendapatan melalui Nuffnang walaupun income tak seberapa sangat. syukur. ada la juga dari takde langsung. 

Untuk semua followers, terima kasih sebab sudi follow blog ni. Untuk yang singgah secara tak sengaja melalui hasil carian Google, kalau jumpa maklumat yang berguna, boleh lah diguna pakai. Yang buruk, harap dimaafkan. 

Wednesday, February 22, 2012

Happy Birthday- Pinky Girl Talk


Selamat Hari Jadi Blog: Pinky Girl Talk. Selamat Hari Jadi yang ke 2 tahun dan 2 hari. Nyanyi sorang -sorang depan blog ditemani cake pop. Bukan k-pop tu plak ye. cake pop ni adalah lebihan kek yang tak habis dimakan, digumpal-gumpal menjadi lolipop. Kemudian campur dengan cream cheese dan last sekali salut dengan coklat. Harga sebatang cake pop ni RM1.30 lebih kurang. 


Hasil pertama cake pop. Macam lolipop juga saiznya. Rasanya tak tahu macam mane nak terangkan. Tapi buat makan waktu santai-santai boleh la. =P


Ni plak my first handmade sign door. Asalnya nak buat cover untuk calculator. Last-last jadi benda alah ni plak. Kalau ada yang berminat boleh pm di facebook. 



Oklah semoga blog ini terus berhupdate. Walaupun masih cuti tapi still tak berkesempatan untuk blogwalking dan update hari-hari. miahaha. 

Thanx untuk semua blogger yang selalu singgah sini dan selalu bagi komen. 


Wednesday, February 1, 2012

♥ Terima Kasih ♥

Assalamualaikum.hai.

Just short entry nak ucap thanx kepada mereka-mereka yang menjadi sebahagian dari 2000 followers blog Pinky Girl Talk. Dan juga kepada orang yang sama selalu komen kat entry aku.  Sampai da boleh hafal orang-orangnya. Jangan judge blog melalui followers ok. Jadikan sebagai pemangkin boleh. Tak semestinya blog yang ramai followers, blog dia berkualiti. Ada banyak je blog yang tak ramai followers tapi cara penulisan dia memang terbaik. 

Selamat berblogging. kalau ada komen-komen aku yang buat korang tersentap, mohon dimaafkan. Takda niat nak sakitkan hati sesiapa tapi mungkin cara penyampaian aku boleh menyebabkan orang salah tafsir. Aku tak boleh jadi orang yang serius sepanjang masa.

Tengok gambar profile je dah boleh tahu blog ni ramai followers perempuan. Jika anda lelaki dan telah follow blog aku, tahniah. Mohon jangan menyesal. bhahaha.  

Sekali lagi, terima kasih. Selamat malam. 


Sunday, February 20, 2011

♥ Happy Birthday, My Blog ♥


Assalamualaikum dan hi!

Tuan blog nak wish kat blog sendiri boleh kan? Sempena birthday dia tepat 12 malam ni. kehkeh. Blog ni banyak berjasa wehh. Da setahun usia dia. Masa awal-awal dulu memang tak aktif sangat. Maklumlah masih belajar. Tapi sejak da duduk rumah ni, memang hari-hari mengadap si blog. Segala kesedihan, kegeraman, kegembiraan, kelukaan, semuanya dicampakkan dalam blog ni. Ala-ala blog rojak. Bila baca balik entry kali pertama pada 21 Feb 2010 tu, malu kot. Ntah pape la bahasa. Tajuk pun tak ada. Haa, jangan nak ngade-ngade nak cari entry tu. hehe. Dan... orang yang pertama komen kat blog tu adalah si dia.. masih ada komen dari dia. Sedih. Siapa tak sedih, bila hubungan 3 tahun, lenyap macam tu aje. Sekarang harungi hidup keseorangan. *demm. tukar topik.


Nuffnang ni macam tahu-tahu je kan. hikhik. Sekarang ni blog saya memang da kurang sangat dengan BE. Hari ni boleh dapat seketol. Walaupun untuk blog Pink Heart Craft. Bersyukur juga la. Bergerak juga la earning tu. Wuwuwu. 

Ehem, kalau korang perasan semalam lupa nak update blog gara-gara lepak di group facebook: Sahabat Blogger. Sebabkan layan si Penyu Agar. Langsung tak sedar da lepak kat situ dari pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam. Siap kena block dari komen kat situ, sebab laju sangat berkomen di SB. hehe. Siapa plak Penyu Agar ni kan? Nah, siap ada entry untuk yatie. Terima kasih ya Encik Fadil. Orangnya sempoi dan gila-gila juga la. Padahal baru kenal beberapa jam. kehkeh. *jangan marah =p


Untuk semua followers, pembaca dan sesiapa yang tersinggah di Pinky Girl Talk ni, Yatie sangat-sangat berterima kasih kat korang. Lagi-lagi yang rajin berbalas komen dengan Yatie. Tanpa korang, siapalah saya. hikkkksss! Kalau ada terkasar bahasa ke, yatie minta maaf banyak-banyak. Rasa macam nak buat contest atau giveaway pula. Hadiahnya dari handmade craft yang yatie buat di fan page kat bawah ni. Tapi.... ade ke yang nak join? wuwuwu. 



Papai!

Thursday, February 17, 2011

♥ Unfollow blog. Perlu ke? Ni caranya. ♥

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Acehh. Tiba-tiba bagi cara nak unfollow blog orang apa kes kan? Ni just nak share je. Sebab hari tu, keyword tu tersesat kat blog Pinky Girl Talk ni. Mungkin ada kaitan dengan Blogger femes ni semua sombong, unfollow lah!. Ada orang cakap, kenapa perlu nak unfollow kan. Biar aje la. Tak luak pun. Tapi bagi saya, terpulanglah kepada hak individu tu. Sama ada nak follow ke unfollow. Saya pun ada je buat sebelum ni. Tapi senyap-senyap je la kan. Bukan sebab marah dengan tuan blog yang tak follow balik. Tapi tak selesa dengan entry yang dia update. Yang tak sesuai dengan jiwa saya. Cehh, ayat cover di situ. Tak nak cakap terang-terangan jenis entry macam mana. Sensitif kot. hehe. Daripada saya jadi orang yang mengutuk-ngutuk dalam entry dia, atau melahirkan rasa ketidakpuashatian dalam blog sendiri, mungkin ada baik saya unfollow je. 

Ada 2 cara untuk unfollow sesuatu blog: pada bahagian gadjet followers dan dashboard blog korang. Kalau ada cara lain, korang boleh bagitahu ok. Cara pertama, dekat blog yang korang tak nak follow, bahagian gadget Followers dia,




Klik option, Kemudian pilih site settings. 

Klik stop Following. Da siap.


Kalau buat dari bahagian dashbord,


 pilih Manage.

Cari nama blog. Tekan settings.

Pilih stop following this site.

Sama macam step kat atas. Pilih stop following. Siap.


Lepas ni akan berkurang la followers kat blog ni kan. miahaha. Just kongsi info. papai.

Tuesday, February 1, 2011

♥ Tag paling best aku pernah dapat ♥

Tag datangnya dari http://murnimahyum.blogspot.com/. Blog yang serba pink. Dan Puan Blog yang peramah. hehe. Jarang saya jawab tag kan? Tapi tag kali ni, soalan agak best. 


1. APAKAH STATUS ANDA
Single pun mungkin. Janda pun mungkin. huahua.

2. CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
* seorang penggemar warna pink. 
* mood yang senang untuk berubah. boleh jadi penyayang, boleh jadi pembengis.
* mempunyai hobi dan bisnes baru dengan bercrafting.
* hanya mencintai seseorang sepenuh hati, sekali dia khianat, aku boleh untuk membenci dia seumur hidup. (gila kejam?)

3. CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Blog saya ni umpama rojak. Ada cerita personal. Ada cerita mengenai hobi saya. Dan ada cerita mengenai sekeliling. Bermakna bergantung kepada minat tuan blog untuk bercerita tentang apa. 

4. PENDAPAT ANDA TENTANG DUNIA BLOG
Dunia Blog menjadi menarik apabila kita dapat bertukar-tukar pendapat antara 1 sama lain. Dapat jumpa ramai kawan-kawan walaupun secara maya. serius, kebanyakkannya jenis peramah dan baik. Dan dunia blog boleh menjadi buruk apabila copy cat merata-rata, blogger yang nak burukkan orang lain bermaharaja lela, dan sebagainya. haha.

5. NASIHAT KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
Jangan mudah putus asa jika blog anda masih baru, kalau tiada siapa nak baca atau komen, itu adalah permulaan. Jangan gopoh mengejar followers. Berblog dengan ikhlas, InsyaAllah segalanya akan datang kemudian. Rajin-rajinkan berblogwalking untuk mendapatkan tips-tips mengenai dunia blog. Dan yang pasti, jadilah diri anda sendiri. 

6. NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA
Bagi saya tak ada apa yang unik tentang blog ni. Blog saya sekadar tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi apa yang saya minat.

7. SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG & IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG
Sampai saya rasa tiada gunanya untuk berblog. haha.

8. TAG 5 ORANG YANG ANDA NAK KENAL
3.  d_LA 
5.  n!da

Kalau ada sesiapa nak jawab pun boleh, nanti bagitahu saya ok. Nak baca korang punya juga. hehe.

Tuesday, January 25, 2011

♥ Followers ke 300 untuk blog craft. Terima kasih ♥


Da cukup 300. Yeay! Meriah sikit kat Pink Heart Craft tu. Lalalaa. 

Followers ke 300: http://purpleblogers.blogspot.com/ Tq dear. 


Page tu pun makin meriah. Thanx korang!

cett, sempat update lagi ni. tadi kata nak tidur. serius macam tak larat nak menjahit sebab demam. seharian rasa nak tidur je. Zzzzz. 

Monday, January 24, 2011

♥ Ramai serang fb HOT FM pagi ni berkenaan isu blog, blogger dan blogging ♥

Salam. Macam biasa bangun pagi terus lepak kat facebook : Sahabat Blogger. Kalau tak join lagi, try la lepak sana. Sure korang akan leka. Dari nak update entry, terus tak jadi. Memang meriah la kat situ. Tibe leka komen2, ada seorang update status suruh dengar Hot FM. Ada isu pasal blog, blogger dan blogging. Apalagi, saya pun terus la on radio. 

Rupanya cerita pasal muka hadapan Berita Minggu semalam. Mengenai Blogger untung RM1 juta. http://redmummy.com/ pun ditemual dalam telefon untuk menerangkan mengenai berita semalam bila orang salah anggap dia yang mendapat 1 juta tu. hehe. Nak lagi clear, korang baca la update terbaru. RM ok. haha, ramai gak yang berkomen kat status Hot FM tu, ada yang tak percaya dengan blog boleh buat duit. Sebab blogger-blogger ni bukan jual barang pun. huhu. Macam-macam lagi la komen. Blog Mat Gebu pun disebut oii. Time tu memang tengah chat dengan Mat Gebu, Bro Framestone kat fb tu. Sempat la menyakat Mat Gebu. hehe.

Yang ni plak status dari facebook Jabatan Penerangan Malaysia. 

Pengendali Blog/Forum perlu istihar perolehan online kepada LHDN. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dibawah seksyen 7 iaitu hasil pendapatan mereka melalui internet juga perlu dibayar cukai. Sesiapa yang mempunyai pendapatan sehingga RM2500 dengan berblog tu, hati-hati la ye. 


pssst: baru perasan dalam berita semalam ada sebut,  50-100 orang penulis blog mendaftar setiap hari.  kira-kira 150 000 blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. fuhh, ramai juga ea. teeheee~

Sunday, January 23, 2011

♥ Dapat trafik misteri dari seorang blogger ♥

Salam. Sumpah, gila penat hari ni. Dari pukul 2 lebih hingga 10 malam teman my mom shopping. Macam biasa, kena jadi driver bawa hampir 1 Melaka. Kalau boleh dia nak balik bila semua shopping complex yang ada kat Melaka ni tutup, rasanyalah. Ni Sempat update kejap sebelum lelapkan mata. 

Pagi tadi selesai balas komen dan bw kat blog yang tinggal jejak kat cbox. Tiba-tiba rajin kan. Sebab... nak tukar shoutmix la kononya. Tu pun lepas baca kat entry di blog Ika Honey Bunny. Selama ni memang tak perasan ada perbezaan antara cbox dan shoutmix tu.  

Oh, yeah sebenarnya nak cerita pasal refferer kat Nuffnang tu. Sempat la buka tadi sebab tengok kat gadjet comel tu, hari ni macam ramai yang masuk. Masalahnya, blog bukannye update pun. Terus siasat kat Refferals Nuffnang mana datangnya trafik tu. Mahu tak cuak, kot-kot ada yang tak puas hati dengan blog ni ke. Seram-seram. huhu.

Refferar untuk hari ni. Omg, siapa Lassie ni? hehe. Misteri betul. Seorang blogger boleh cecah 57 hits dalam masa sehari. Tak pernah jadi sebelum ni. hehe. Btw, still nak ucap thanx kepada ownernya dan anda yang lain sebab sudi masuk blog ni ye. Kalau saya tak sempat jenguk ,sorry sangat-sangat. InsyaAllah, bila free saya akan balas.

Ni owner dia. Blog kemas dan comel. i loike. hehe.

Selamat malam.

Friday, January 21, 2011

♥ Pasal review blog je, ada orang nak sindir. Mengapakah? ♥

Salam. Ni kes pasal kena sindir kat facebook pula. Semuanya pasal entry ni kat SINI. Lepas je update entry tu, ada seseorang update status berbunyi begini " Ada ke patut nak orang baca blog dia, so dia kena puji blog orang lain dulu. Apa jenis manusia la macam ni. Kalau budak-budak boleh la buat camni." Sentap kejap saya baca. "Dia tu mungkin merujuk kepada saya". Sebab memang entry yang baru saya update tu ada buat review header blog yang cantik. Memang saya puji mereka kat entry tu. Takkan la buat review tapi ayat nak mengeji plak kan. Dan, saya cuma nak berkongsi mengenai blogger-blogger perempuan yang ada header cantik. Serta nak kongsi tutorial yang ada kat blog mereka. Saya ni memang tak berapa nak pandai bab coding, edit gambar dan apa-apa yang berkaitan blog. hehe. So, dengan perkongsian link tu, diharapkan sesiapa yang tanya, boleh rujuk antara blogger tu je. Salah ker? 


Status tu dibuat secara rambang, siapa yang terasa nasiblah kan. Siapa makan askrem, dia terasa beku. err, ade ker? hehe. Memang saya ni akan approve je friends request kalau ciri-cirinya: seorang perempuan, ada dalam mutual friends, ada profile picture, seorang blogger ataupun customer Pink Heart Craft. Lepas je status di fb saya naik, tak lama, status yang panas tadi hilang. Dia terasa kah? huhu. 

Baru jumpa link cerita yang berkaitan. So, nak bagi penjelasan kenapa kadang-kadang saya selitkan nama blogger lain? Tak pe la, baca je kat blog En Ben di entry ni:  Kenapa kena kedekut ?

Kenapa kita kena kedekut dunia blog ini ? Sama sama nak maju tapi kedekut ? Apakah susah benar nak menceritakan tentang rakan rakan blogger yang lain ? jika benar blog mereka bagus , kita hebahkan .. Rugi trafik ? takut kehilangan pembaca ? Apakah itu agenda kita ? 
 Agak-agak dia faham? Err, terpulang la. 




Tambahan:
Terima kasih pada Cik Ika Yunos dan Cik Nurain Hasan sebab sudi share link. wink-wink.


Tuesday, January 18, 2011

♥ Blogger femes ni semua sombong, unfollow lah! ♥


Salam. Tadi ada terbaca pasal 1 entry ni. Boleh tak nak bagi pendapat sikit bagi kes i follow u, U MUST FOLLOW I. Huhu. Rasanya dalam berblog ni kita tak boleh nak paksa orang untuk follow blog kita or paksa mereka datang komen kan. Dan sepatutnya kita tak perlulah nak follow semua blog yang ada di muka bumi ni dengan mengharap mereka akan follow kita balik. Kalau kita ikhlas follow mereka, insyaAllah mesti ada balasan baik buat kita. 

Lain orang lain pendapat. Ada yang kata followers tu penting, ada yang kata tak. Tapi kalau followers kita beribu riban, tapi sebenarnya dia tak baca pun entry kita, untuk apa kita buat blog? Kalau followers ramai ni kira 1 bonus buat blog tu. Tapi nanti mesti ada orang pertikaikan. "Eh, followers dia ramai la, tapi entry biasa-biasa je pun, kenapa ek?" Selain tu, "blog si polan ni followers ramai tapi komen seciput je." macam blog ni la. haha. Tapi selagi ada orang baca, saya bersyukur. huhu. 

Selalunya yang kena hentam ni, blogger pemes amous, followers ribu riban. Orait, cuba korang bayangkan followers dia dua tiga ribu kan. Comment dia nak handle, nak tengok shoutbox lagi. fuhh, kalau kerja dia sehari suntuk mengadap blog. Mungkin dia boleh buat. Tapi kalau blogger tu jenis yang bekerja or belajar? Macam mana nak handle semua tu? Makanya tak boleh judge mereka ni sombong. Korang baru bagi komen sekali dua, pastu dyorang tak datang blog, terus cop sombong. ish-ish.

Hehe. Kalau nak unfollow pun tak perlu la bagitahu semua orang. Alasannya mereka ni sombong, pastu tak nak follow aku balik. 
Sebabnya, perkara tersebut adalah hak orang tu sendiri sama ada dia nak komen, nak follow atau nak masuk blog kita. Kalau orang tu komen, kira rezeki. Kalau orang tu follow, kira rezeki. Kalau orang tu masuk blog kita pun rezeki dan kalau orang tu klik nuffnang kita, syukur Alhamdulillah. 
Ni ayat blogger : Nescafe Ais. Pinjam sat. hihi. 


Blogger, jangan ada sikap mengharap



*baca selanjutnya kat situ. suka pandangan beliau. Ringkas dan bernas.


Monday, January 17, 2011

♥ Guna banner pun boleh tarik trafik ke blog ♥

Salam. Erm, kalau korang perasan kan sekarang da ramai yang ada banner untuk blog sendiri. hehe. dulu yatie buat pun suka-suka juga. Sebab murah dan design dia pun cantik gila. Designernya: http://www.ayeemayam.com/
Servis sangat cepat dan mantap. *sila bagi upah ye tuan blog. muahaha.

Rupanya dari banner yang suka-suka ni boleh tarik trafik ke blog. Perlukan bukti? huhu. ok, ni dia,


Ni referer dari Nuffnang. Nampak link tu? Yang tu adalah trafik dari banner pink tu untuk seminggu. Tak la sampai ribu-riban trafik blog ni kan. Maklumlah aii tak femes. demm. Tapi tu pun dikira syukur ada juga orang datang melawat. hehe.

 Ni plak referer dari dashboard blogger. Cara nak check klik SINI. Link dari anak panah tu adalah link untuk banner. Ni plak kira trafik start dari yatie mula letak banner. Kira awal Dis tahun lepas. huhu.

Selain tu, antara penyumbang trafik ke blog yatie, adalah blogger di bawah. Bebanyak terima kasih kepada anda.







Terima kasih juga kat rakan-rakan blogger yang lain. Yang sudi share link dan bertukar-tukar banner. Apalagi, lepas ni ramai-ramai buat banner. Boleh kumpul buat koleksi. hihi.


Sunday, January 16, 2011

♥ Header blog mereka cun kan? ♥

Salam. Eh, tiba-tiba hari ni nak cerita pasal blogger perempuan yang ada header yang cun. Selalunya saya follow sesebuah blog pun disebabkan entry menarik dan tertarik, blog dia cun melecun dan kemas dan banyak faktor lagi la. haha. padahal malas nak senaraikan. Sekarang ni banyak je blog yang ada macam-macam tutorial untuk cantikkan blog kan. Tinggal tuan blog tu sendiri sama ada nak belajar buat ke tak. hehe. Tolong jangan minta kat saya, tutorial macam mana nak ada blog yang cantik dan kemas. Memang tak ada 1 pun yang akan korang jumpa. Saya tak kreatif atau pandai dalam bab coding segala tu. Huh, buat 5 malam pun confirm tak jadi. huhu. Makanya kenalah rajin SEARCH ataupun bertanya kepada uncle Google. wahaha. Tak pun, singgah je kat mana-mana blogger kat bawah ni. Mereka ada macam-macam tutorial. Selamat mengodek! hehe.






*semua header ni di copy paste tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. hukhuk. Harap tuan blog tak saman saya. heee,



Saturday, January 15, 2011

♥ Followers ke 1234. Terima kasih ♥


Salam. Urghh, followers ke 1234 telah pun ditemui. Tak tahu apa yang istimewa nombor ni. Yang pastinya followers ni memang berbeza dari blogger lain. 


Sebabnya, segala entry dalam blog beliau adalah berbentuk puisi. Nak tahu puisi tentang apa, singgah la ke blog beliau. 


Friday, January 14, 2011

♥ I'm back. Yeay! ♥

Salam. Urghh, 5 hari tak update blog. Puas berhibernasi menyiapkan tempahan Pink Heart Craft. Walaupun time tu tengah tutup order, tapi still ada yang email, saya ambil juga. Tapi lepas ni serius, saya akan tutup sehingga 5 Mac nanti. huh, lame tak? hehe. Harap sempat la nak siapkan tempahan yang da berada dalam waiting list tu sebab masa makin suntuk untuk wedding preparation tak lama lagi. 


Banyak lagi benda yang tak settle. No pin untuk permohonan Upu belum beli, permohonan untuk pertukaran sistem Ujrah untuk bayar balik Ptptn, tak semak lagi, nak mohon U mana pun tak tahu juga. Tapi still nak sambung dalam course yang sama la, marketing or bisnes dan yang sewaktu dengannya. Betul juga orang cakap kan. Pelajar dari politeknik ni macam susah je nak sambung belajar ke uitm or U lain. ke rezeki masing-masing? hehe. Pointer tinggi tak menjamin untuk dipilih. haha. sedih. T.T

Lama gila tak blogwalking ke blog orang lain. Misi bermula sekarang. yeay!