Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, February 25, 2013

♥Cara pulihkan gastrik teruk♥

Assalamualaikum dan hi!

Kalau sebelum ni aku pernah cerita mengenai gastrik teruk yang aku kena lalui seminggu or 2 minggu. Aku pun da lupa. Hari ni baru teringat nak share cara aku mengurangkan sakit terus gastrik tu. Ini bukan sakit sikit-sikit. Tapi macam sakit nak beranak. Ceh macam tahu je sakit nak beranak cane. Hari-hari aku dok search dan aplikasi kat dalam perut ni. Seminggu lebih sakit nangis-nangis rasa macam perut da bocor. Mana taknya rasa terbakar je dalam perut. Ubat doktor pun tak berkesan. mahu tak menonggeng je tahan sakit.

So seminggu dalam proses pemulihan dan penjagaan perut, aku tak sentuh makanan pedas, aku tak sentuh makanan bergoreng. Diet harian aku adalah bubur dan sup sayur. sayur kangkung masak air je cukup. Kemudian banyakkan minum air panas @ air suam. Da lama sikit baru boleh upgrade makan ikan bilis goreng, makan ikan goreng, udang goreng tapi still yang bukan berminyak sangat. 


Susu Hi Goat ni memang banyak kelebihan. Salah satunya untuk gastrik. So aku minum 1-2 paket sehari. 


Ni jeli gamat. Produk Healin ni ada jual kat pasaraya. Tapi under jenama dia sendiri. Minum 1 jam semasa perut kosong. Sekali sebelum sarapan dan sekali sebelum makan malam. Jeli gamat ni kira bantu ubatkan perut yang da luka kat dalam. Kira macam tu lah kot. Abah aku yang cakap macam tu. haha

Susu Segar ni tak kisah la brand apa. Memang elok minum kalau ada gastrik. Tapi nasihat abah sebelum minum atau ambil makanan pastikan minum air suam dulu. Tak nak asid gastrik dan susu bercampur. Munum susu segar dalam 4 kali sehari. Minum setengah @ suku cawan pun da okay. Yang ni aku baca kat forum. 

Lepastu makanlah buah-buahan. 

Sambil tu berpantanglah dan search apa makanan yang menyebabkan angin dalam perut. So kena elakkan makanan/sayuran/buahan tersebut. 

Jangan lupa diri bila da sihat. Jangan sesekali cuba nak makan lewat. Nanti gastrik teruk boleh datang balik. huahua. Masa dalam seminggu tu nasib baiklan tengah cuti semester. Kejap-kejap makan tidur. Alhamdulillah sihat. Mekasih mak. Lebiu. 


Tuesday, January 29, 2013

♥ Craftgossip is ohsem! ♥

Assalamualaikum dan hi! 

Jauh perjalanan luas pemandangan. Mentang-mentang tengah cuti semester, memang jauh perjalanan aku dalam dunia maya ni. Dan baru-baru ni jumpa satu website. Kalau yang kreatif, banyak masa terluang dan suka D.I.Y (do it yourself), memang website ni akan di bookmark. wajib hokey.  


Apa yang ada dalam web site ni? Rasanya semua mengenai handmade ade. Antaranya:
Tutorial ade. freebies ade. Free patterns. Rasa macam semua benda nak cuba. Seriously. 



Saturday, November 17, 2012

♥ Mederma- Hilangkan parut ♥


Assalamualaikum dan hi!

Pada entry tahun lepas, aku ada review satu produk untuk hilangkan parut, Berkesan hilangkan parut? Dalam entry tu, aku share dengan korang produk Bio Oil kan. Da setahun setengah guna, masih ada 3/4 isi kandungannya. Mungkin sebab jarang sapu or lambat sangat kesannya, jadi agak kemalasan untuk mengguna. 

Then banyaklah keyword 'hilangkan parut' yang masuk blog ni. Dan dalam masa yang sama, aku pun search juga produk selain Bio Oil yang boleh hilangkan parut. Memandangkan kulit yang dulu jarang ada jerawat tapi sekarang meriah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dulu takde kesan jerawat, sekarang macam kena chicken pox pula kesannya mungkin sebab pertambahan usia, kulit pun da tua. sobss. sobbss. 

Kalau guna Bio Oil untuk kesan jerawat, still boleh memudarkan parut dan tanda merah/hitam, tetapi sangatlah lama masa yang diperlukan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Biasanya nak pudarkan kesan jerawat ambil masa 2-3 bulan guna Bio Oil.

Setelah makin banyak kesan jerawat di muka, terpaksa search produk lain yang boleh bagi kesan yang lebih cepat. Dan banyak review cakap produk Mederma ni elok. Memang agak mahal sedikit dengan kuantiti yang sedikit. Tapi untuk orang terdesak macam aku, aku leburkan duit beli di Guardian dengan harga 39.90 untuk 20g. Agak mahal dibandingkan Bio Oil yang harganya 32.90 untuk 60ml. 

Mederma ni lagi best dari Bio Oil sebab krim Mederma ni lutsinar dan tak melekit or berminyak. Macam Bio Oil berminyak lepas apply so nak pakai make up dah susah. Kalau Mederma ni kita sapu dulu then bagi dia menyerap sekejap dalam 2, 3 minit then dah boleh bersolek macam biasa. Da seminggu guna, nampaklah perubahan sikit kat warna parut jerawat ni. 

Hasilnya mungkin berbeza setiap kat setiap orang, sebab ada review bagitahu lepas sapu, muka dorang gatal-gatal. Alhamdulillah mungkin muka aku takde allergic kat produk ni, so bila sapu okay je setakat ni. Macam-macam parut boleh hilang, so bolehlah cuba. Tak cuba tak tahu. ohh ya, parut di hati tak boleh hilang. ngeh~ngeh. 


Krim Mederma di Shopee > Klik Sini
Farmasi Guardian di Shopee > Klik Sini

Sunday, November 6, 2011

♥ Senangnya belajar Mandarin! ♥

Assalamualaikum gadis kacak dan lelaki hensem. Hari ini kita akan belajar subjek mandarin melalui online ya. Confirm dalam 5 minit je boleh jadi superpower dalam subjek mandarin. Khas juga buat classmate aku yang tak suka masuk kelas lao shi sebab dia agak garang. heuheu. Lepasni korang boleh jadi lebih pro daripada lao shi sendiri. ok, sila jangan percaya. Takda jalan mudah nak cepat pandai. Semuanya perlu latihan. Orait, sesi latihan bermula sekarang. 

1. Klik pada gambar untuk tumbesaran.
2. Sebut ayat tersebut dengan sedikit lantang. 
3. Hayati ayat yang keluar dari mulut anda. 
4. Tamat.



ok, jangan marah. Gurau disitu. Kalau korang perasan dia just translate b.i dengan perkataan mandarin. Contohnya macam no 1 tu. Sum Ting Wong bunyinya something wrong kan? Yang no 3 bunyinya come here kan? ada juga ayat aku tak dapat tangkap. hehe. 

Homework mandarin banyak sangat. Ingatkan nak cari software yang boleh siapkan semua latihan ni. Harapan je. Praktis la bebanyak. kbabai. 

sumber: SINI

Tuesday, July 19, 2011

♥ Jangan terima friend requests sebarangan! ♥

Assalamualaikum dan hi!


Disebabkan rasa benggang dengan facebook, maka entry ini pun terhasil. ok, cakap je bengang, tapi hari-hari benda ni juga aku hadap.  Semalam kes fb chat, tiba-tiba cikgu waktu sekolah menengah tegur aku. Video apa yang aku baru hantar pada dia. Ah-sudah! bila masa plak aku hantar video pada dia. Nasib la dia paham apa yang aku sampaikan. Dan nasib la dia tak kena virus-virus yang sedang menyerang melalui fb chat tu. 

Hari ni punya kes plak, lappy tiba-tiba asek kena restart. Serius, semalam ok gila. Tak menunjukkan sebarang simptom akan jatuh sakit. Cuba sekali lagi, nasib baiklah menjadi sediakala. Tiba-tiba ada mamat poyo ni: saya_arief bbm aku. istilah mesej jadi bbm sudah. janji lu bahagia lar. kahkah. Dia tanya apsal fb chat aku on-off. Yang peliknya bila plak aku on chat kat facebook. Ni kes apa plak la kan. 

Nak disingkatkan cerita, aku terbaca post dari blogger Mas Ahmad Safwan pasal: hati-hati dengan facebook new friend request facebook. Sepantas kilat terus aku check friend request yang sudah di approve hari ni. Silap aku terus approve sebab kat enset ni tak boleh tengok mutual friends. Baru aku perasan yang orang aku approve adalah dari orang Indonesia. Then mutual friends pun takde. Gambar pun bukan gambar sendiri. Memang gelabah la sebab baru baca kat blog Mas Ahmad Safwan pasal kehadiran hacker Indonesia. 

NOTIS AMARAN KERAS !
  • Jangan APPROVE FRIEND yang anda tak kenal
  • Elakkan daripada BERHUBUNG dengan orang yang anda tak kenal
  • Sebelum APPROVE , pastikan mutual friend account tersebut lebih daripada 5-6 orang sebagai berjaga-jaga
  • Pastikan account tersebut sudah lama dan tidak fresh ( rujuk ciri Fake Account )
  • Jangan CLICK LINK yang datang dari spam IM
  • Jangan menggunakan APPLICATION yang tidak tahu asal usulnya
  • Pastikan PASSWORD melebihi daripada 14 aksara yang digabungkan kesemua unsur ( huruf besar + huruf kecil + nombor + special character ) contoh : p4ssw0Rd123#

#klik link tajuk kat atas tu. Baca lebih lanjut. Sama ada betul atau tidak, just berhati-hati la terima friend request tu yer.  Sekarang ni mulalah aku cuak nak on fb chat dan approved request friend.

Monday, June 20, 2011

♥ Mari Mencuci Hati ♥

Assalamualaikum dan hi!


Kalau la kita boleh mencuci hati seperti dalam gambar di atas. Betapa mudahnya perjalanan hidup ini. Malangnya, bukan begitu caranya untuk mencuci hati kita. Ketika menggoogle semalam terjumpa artikel ni, dan rasa nak share something yang boleh kita guna sama-sama. Artikel ni diperoleh dari: http://feryco.com/

Cara untuk mencuci HATI:

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang 
mengumpat.

#mari mencuci hati. =)

Wednesday, February 16, 2011

♥ Siapa kata blogger baru tak boleh berjaya. Mesti ada caranya kan? ♥

Assalamualaikum. Urghh, semangat gila update entry hari ni. Tiba-tiba rajin balas beberapa komen. Jangan kata saya cuma komen blogger pemes sahaja ok. Biasanya saya akan balas dahulu mereka yang komen kat entry saya. Tak kira la berapa pun followers dia, apa isi entrynya atau apa jantinanya. hehe. Kadang-kadang cerita dari kehidupan sendiri pun boleh jadi menarik kalau kita pandai mengolahnya. 


Tiba-tiba saya sampai pada blog seseorang. Ingat lagi pada blogger ini: kisah bunga. Dulu masa saya singgah blog dia, followers dia 6 orang dan sayalah orang ke 6 tu. hehe. Sekarang da jadi 101 dalam masa sebulan kot. Tahniah kat bunga. Komen kat entry dia pun lebih banyak dari saya. 

Rasanya tu pencapaian yang baik bagi saya. Kadang-kadang ada blogger yang buat blog, baru beberapa hari buat blog, tapi da menyepi. Macam kehilangan idea atau tak tahu macam mana nak uruskan. Tapi rasanya bunga ni memang seorang yang peramah. Rajin komen entry orang lain dan selalu blogwalking. Entry dia pun menarik. Ada juga dia join giveaway dan contest.

So, kepada blogger baru yang rasa bosan dengan blog dan rasa nak delete blog, mungkin korang perlukan pembaharuan. Janganlah selalu update, tapi kurang bermesra dengan blogger lain. Kebanyyakkan blogger ni peramah ok. Kalau susah sangat nak cari blogger peramah, jeling-jeling kat bloglist blog ni. hehe. 

Selain tu, boleh cuba-cuba nasib join giveaway dan juga contest. Cara-cara nak join, follow je step dari owver dia. Kalau nak dapatkan semua update mengenai contest dan giveaway, klik kat blog bawah ni. Banyak info kat situ.


Friday, January 28, 2011

♥ Tidur lena dengan 'mosquito catcher' ♥

Pehh, apsal tajuk macam dalam iklan je. huahua. Actually da seminggu try menda alah ni. Walaupun rupanya macam tong sampah(buat kata adikku la) tapi sebenarnya dia cekap memerangkap nyamuk. Serius syok. Siap boleh jadi lampu tidur lagi. so, kira 2 in 1 la kot. Hari tu time shopping sempat juga meng'paw' my mom menda ni. Disebabkan malas sangat nak guna ridset lagi. Actually diorang semua da ade. cuma bilik yatie je kena pakai ridset. sob2. Selalunyakan bila guna ridset kena sembur then tunggu setengah jam baru boleh tidur. Then, dengan bau ridset tu lagi. pehh *pengsan.

comel tak? ciss, terpaksa beli warna hijau. cuma tinggal yang ni sahaja. 

Kalau ikut pilihan yang ada, sepatutnya da PINK! grrr.

Yang ni plak, mak dan abah punya. Saiz yang lebih comel. Rupa iras panda kan. ngeh2


Ni macam rupa apa ea. Ni letak dalam bilik adik-adik lelaki yatie. Yang ni paling syok. Sebab tiap-tiap malam macam buat barbeque nyamuk. yang terlekat kat besi-besi tu akan terbakar. huhu. Kiranya, nyamuk terus mati. Kalau  macam katak tu, dia cuma perangkap sahaja. Da pagi baru mati. Contohnya macam gambar kat bawah ni:

Amacam banyak tak? ok, ni gambar dari google je. Bilik yatie tak ada la banyak nyamuk macam ni. Da macam duduk hutan mana la plak kan.

1 malam kira dalam 10 hingga belas-belas je yang dapat ditangkap. 

Sekarang ni hari-hari tidur lena ok. muahaha. Katakan TIDAK kepada nyamuk. Benda ni mesra alam ouh. Ada yang guna kipas sahaja, ada yang guna lampu sahaja. Cubalah sendiri baru tahu =D

Saturday, December 18, 2010

♥ Kotak Comment & Shoutbox serba PINK! ♥


Salam.
Wala buat pertama kalinya berjaya juga buat COMMENT BOX & SHOUTBOX warna pink tu. Da lama gila mengidam nak buat benda alah ni. Maklumlah jari ni fobia sikit dengan coding-coding yang ada kat blog. Macam biasa, kalau boleh semua yang ada kat blog ni nak warna pink. Muahaha. Tak pasal-pasal ada blog baru untuk testing dulu. Takut la juga, kalau salah buat. Fuhh, naya je kang. 

Kalau korang nak try buat juga, usha tutorial sini: Budak Nakal Blogspot. Ada banyak lagi tutorial kat situ. Ok, kalau nak ajukan soalan lain bolehlah terjah Koz, owner Budak Nakal Blogspot. hihi. 

Sekarang ni nak try buat exchange banner dengan blogger lain pula. Dari hari tu try buat, tapi bersepah-sepah. Kalau ada sesiapa yang nak tukar, tinggalkan link dulu. Nanti yatie ambil banner korang. Lepas da boleh buat nanti. huhu. Tq,


Wednesday, December 15, 2010

♥ Apa yang perlu dielakkan di dalam sesebuah entry ♥

1. Jangan gunakan huruf besar dan kecil serentak.
Kalau boleh gunakan huruf besar hanya dipermulaan ayat. Jangan la bantai tulisan kecil besar dalam 1 entry tu. Mungkin bagi anda sangat cool bile menaip entry dengan tulisan kecil besar ni. Tapi bagi orang yang membacanya, terasa macam nak bunuh korang, taw tak? muahaha. Contohnya:
KeNApa AwaK suKa MenaIP macAm iNi? Sungguh annoNyiNG raSanyA ok.
2.  Jangan menaip entry berjela-jela tanpa perenggan.
Rasanya masa sekolah dulu pun kita ada belajar kan. Nak buat karangan mesti la dalam perenggan. Mungkin idea korang mencurah-curah ke ladang gandum, sampai tak sempat stop menulis kan. Tapi tolonglah, pening bagi orang yang membacanya. Mungkin isi entry anda bagus, tapi bila tengok plak entry panjang berjela macam tu, boleh 'spoil' kan mood orang lain yang tengah semangat nak membaca. Kalau boleh guna justify. 

Lebih kemas kalau korang guna justify untuk semua perenggan. Jangan dari awal entry hingga habis entry cuma guna 'align center' je. 'Align Center' tu lebih sesuai diletakkan dibawah gambar apabila korang nak bagi penerangan tentang gambar tersebut.
3. Jangan gunakan bahasa SMS a.k.a bahasa gedik. 
Ayoo, jangan sentap. Dari penulisan anda di blog, orang da boleh tahu anda ni type yang macam mana. Lagi-lagi bila korang dah biasa sangat tulis status kat facebook macam ni, mula la melarat ke blog kan. Macam adik saya ni juga. "Itew xnak mamam ari ni la bab mak masak tak cedap." haha. Alaa-alaa manjew ghitu. Semua ayat kau nak hentam huruf 'W' kat belakang. Yatie pun memang ada gunakan bahasa yang agak singkat. Macam sudah jadi dah. Pandai-pandai la sesuaikan ayat. Sebab kalau semua ayat da skema habis, orang rasa bosan plak kan. 

4. Jangan gunakan blog untuk menjatuhkan orang lain.
Disebabkan anda tak puas hati kat seseorang, semua dimasukkan dalam blog. Segala cacian makian. Adehh, serius saya pernah baca blog seorang budak perempuan. Gambar kat sidebar ayu bershawl. Tapi bahasa yang digunakan memang tak tercapai dek akal. Rasanya macam ayat makian tu da sebati dalam diri. 

Sekadar pendapat peribadi. Saya pun masih baru dalam dunia blog ni. Cuma berkongsi apa yang saya tahu hasil blogwalking dan baca entry dari blogger-blogger hebat. Apa yang mereka tak suka, apa yang meraka akan suka baca. Kalau ada tersilap, harap dimaafkan ok. Shoutbox hilang sekejap, sebab ada mereka-mereka yang promote link bukan-bukan di situ. Disyaki juga mereka menggunakan auto blogwalking. Sebab mesej yang sama bersepah-sepah kat blog lain. huhu.



Tuesday, December 14, 2010

♥ Income sepanjang saya berbloging ♥


Salam. Orite, buat pertama kalinya yatie tunjukkan hasil dalam dunia blogging ni. Yang ni earning yatie sebagai blogger picisan je. Memang tak banyak, tapi bersyukur kira ada. Daripada mula-mula berblog. Ada 25sen je. Nak beli nasi Lemak pun tak cukup kan. hakhak. Sedih gila la time tu. Rasa di anak tirikan oleh incik Nuffnang plak. Memang la bukan kejar earning sangat, tapi kalau boleh dapat pendapatan sampingan di samping hobi berblog, apa salahnya kan.

Jangan kata ni entry menunjuk-nunjuk plak. Cuma nak share dengan kawan-kawan yang baru ada blog. Kalau nak kata saya gila $$, ok fine. Korang pun sama gak kan. muahahha. Kalau tak kenapa tempek iklan Nuffnang kat blog. Bak kate incik Ben, kalau betul tak nak earning, jangan letak iklan Nuffnang kat blog. Pelihara la pet yang boleh bagi makan tu je. hehe.

Nak mula dengan Nuffnang, daftar je kat sini: NUFFNANG.
Kalau korang serius dengan blog, memang boleh mashuk. Yang penting, rajin-rajin la usha tips-tips dari blogger-blogger hebat. Nak berjaya kena usaha, tak kan nak tunggu rezeki datang tergolek-golek depan mata kan. Lupa nak bagitahu, untuk permulaan tu, memang sakit sikit la, earning tak naik-naik. Kena sabar sikit. hihi.

Kenapa earning yatie sikit? Sebab malas nk blogwalking. Malas nak update entry, Selalu tulis pasal personal life je. Thats why, trafik pun x banyak. huawawa. Nak tarik minat pembaca, kena tulis entry yang 'wow'. Nampak tajuk, semua orang nak klik. Tapi jangan isi plak hampeh. Sekali dua, orang tak kisah. Banyak kali, orang jadi menyampah plak. Dan kalau blog korang ada tips kecantikan atau tutorial, lagi la ramai yang berlumba-lumba nak follow dengan SUKARELA! heee~

*sekadar pendapat peribadi, ok.




Tuesday, November 30, 2010

♥Cara buat signature di blog♥

Salam. Kali ni nak tunjuk cara buat signature yang selalu saya guna dalam blog. Da lama kawan sekolah mintak, tapi sekarang baru ada kerajinan. hehe. So, kalau ada sesiapa nak cuba pun boleh. Cara ni kira paling mudah la, sebab buat kat web tu je. Tak payah register. Untuk blogger yang nak cepat dan senang macam saya boleh la guna kaedah ni. hehe. Contoh hasilnya macam ni. Maklumlah aii tak reti photoshop bagai. 


Mula perlu ke web ini: www.mylivesignature.com
Then, ikut step kat web tu.
Step 1. Enter the name
Step 2. Select the font
Step 3. Select the size
Step 4. Select the color and the background color
Step 5. Set the slope
Finished! The signature is ready.

Kalau tak faham juga, sila rujuk gambar tu hokey,


 Klik dekat perkataan yang berdekatan anak panah tu. 

 Kalau nak buat signature macam contoh kat atas tu, pilih ikut anak panah tu. 

 Masukkan nama yang nak dijadikan sebagai 'signature' di blog. 

 Pilih jenis tulisan yang ada pada senarai nombor yang ditunjukkan anak panah. Tandakan bulat kat tulisan tu

 Pilih saiz sama ada nak kecil ke besar. Agak-agak je mana yang korang berkenan. 

 Pilih latar belakang warna untuk 'signature' korang. Kalau nak transparent, tanda kat kotak tu. Kalau nak ada warna, pilih la kat kod warna tu.

 Yang bahagian ni pilih sama ada korang nak senget sikit ke senget banyak. muahaha.

Da siap. Pastu download dan simpan untuk digunakan dalam blog. 

Kalau nak guna kat email pun boleh, tapi step dia korang ubah dari awal. Kalau ada masalah, roger je ok. Kalau nak ada gambar macam kat bawah, tampal je gambar tu atas signature. Guna 'paint' je pun boleh kot. Ok, sekian~


Monday, November 15, 2010

♥ Cara update entry paling mudah ♥

Tak ada idea nak menaip entry baru? Ni penyelesaiannya. Lalalaa~




1) Masukkan video lagu yang best beserta lirik. 



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


2) Ambil berita yang korang rasa macam best. Then ulas la sikit. Jangan la copy paste bulat-bulat dari web.



Gambar bogel Ratu Cantik Dunia 2010 tersebar


LOS ANGELES - Satu-satunya rakyat Amerika Syarikat (AS) yang berjaya dipilih memenangi Ratu Cantik Dunia 2010, Alexandria Mills kini berdepan dengan skandal apabila gambar bogelnya kini tersebar luas, lapor sebuah akhbar semalam.
Mills yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Dunia pada bulan lepas di China dikatakan merakam gambarnya dalam keadaan bogel di bilik mandi pada musim panas yang lalu.
Gadis berusia 18 tahun itu telah merakamkan gambarnya duduk di dalam tandas kemudian menghantar rakaman tersebut kepada teman lelakinya ketika itu.
Mills bukan ratu cantik pertama yang berhadapan dengan kontroversi seperti itu di AS.
Seorang gadis, Carrie Prejean terpaksa menerima hakikat gelarannya dilucutkan sebagai Ratu Cantik California setelah gambar-gambar seksi dan satu video seksnya tersebar luas. - Agensi
Sumber: Kosmo!
Nota kaki: Ni contoh je ok. Haha, harap-harap jangan la keyword lucah masuk kat blog ni. ngeh2.
3. Masuk contest or giveaway. 
Da kira update la juga kan. hihi. Jangan ingat masuk contest tu tak mendatangkan traffic kat blog korang. Kalau korang join contest yang gempak dan join dengan awal, sure ramai stalk korang. Nak taw macam mana korang jawab soalan tu. kan..kan..
4. Ambil award dari blogger lain. 
Ni kira sebagai menghargai jasa kawan-kawan blog, buatlah 1 entry untuk jawab tag atau terima award. Mesti akan terasa dirimu begitu beharga. woah, da lama tak jawab tag. Selalu lupa je. ngeh2.
5. Masukkan isu-isu semasa yang hangat dan hangit. 
Kat facebook tu ada macam-macam yang orang shared kan. Video romen-romen yang tengah hangat la. wakaka. Tapi lebih baik kalau share benda-benda ilmiah. Tapi pastikan ianya dari sumber yang betul. Kang da bagi ajaran sesat siapa yang susah. 

Sebenarnya tak ada idea nak tulis entry hari ni. muahaha~