Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 20, 2013

♥ Officially ♥

Assalamualaikum dan hi!


Pink Heart Craft da officially di daftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 15 Ogos 2013. Dan officially berdomain dot my pada 20 Ogos 2013. Alhamdulillah, da lega, Semua da selesai. Pemilihan nama adalah di atas cadangan Mr R. Sebab nak mudah orang ingat dan mudah orang taip. haha. tula siapa suruh letak nama panjang-panjang lagi. Terima kasih kat kawan-kawan blogger yang menerangkan serba sedikit pasal domain dan hosting. Okay, mula-mula macam give up juga buat benda ni. Siap nangis-nangis macam kena buat assignment account sebab rasa noob gila tak tahu macam mana nak buat. Akhirnya hasil meng'google' selama 2 hari, jumpalah domain paling murah rasanya untuk dot my dengan harga RM30 di Asia Host. Paling murah dan paling mudah yang aku jumpa setakat ni. Daftar hari khamis. Hari Selasa dapat guna dah. Ini semua sebab nak mencuba permohonan bagi Program Get Malaysian Business Online dari SKMM. Mudah-mudahan dipermudahkan. Amin.