Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label My Craft Corner. Show all posts
Showing posts with label My Craft Corner. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

Terima RM1000 dari SKMM

Assalamualaikum dan hi! 

Masih ingat lagi dengan entry berkenaan pendaftaran syarikat dan domain untuk blog craft sebulan yang lalu? Actually itu antara syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon Geran RM1000 kepada usahawan muda. Antara syarat lain:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Alhamdulillah permohonan telah berjaya dan geran RM1000 tersebut telah pun di masukkan dalam acc CIMB aku sendiri. Prosesnya ambil masa sebulan lebih juga. sepatutnya terima panggilan daripada mereka. Tapi setelah tunggu berbulan-bulan, masih tak dapat call dari pihak SKMM lagi. tapi bila check status. permohonan telah diluluskan. (special case kot). yeah, tak sia-sia usaha tersebut. 

Walaupun aku antara individu yang agak lambat tahu mengenai program dari kerajaan ni, tapi mungkin rezeki kali ini untuk berpeluang terima dana tersebut juga. ya, rm1000 ni bukan pinjaman dan juga tiada kontrak dengan kerajaan. makanya, sila lah gunakan wang dengan berhemah ya. Majulah industri kraf untuk negara. hihi. 

Rasanya permohonan masih dibuka sehingga hujung tahun. Kot-kot masih ada yang nak cuba mengembangkan perniagaan kecil-kecilan korang, boleh la try. 

Sunday, February 24, 2013

♥ Guestbook Corner ♥

Assalamualaikum dan hi!

Sekarang ni trend para pengantin menyediakan Guestbook Corner di majlis perkahwinan mereka. Mana-mana pergi mesti ada sudut yang menyediakan wedding Guest Book. So, para tetamu yang datang boleh meninggalkan ucapan yang sweet-sweet untuk pengantin or sebagai bukti dorang ni datang kat majlis korang. 

Guestbook corner ada yang jenis simple dan ade yang jenis sarat sikit. Yang jenis simple adalah macam dalam gambar ni. Letak wedding guestbook, signage, hiasan bunga dan magic pen yang warna warni. Kalau jenis sarat sikit siap ada frame gambar pengantin, ada sediakan candy, cupcakes, dan macam-macam lagi hiasan yang korang rasakan sesuai.

Tapi yang paling penting, guestbook corner mesti letak kat tempat yang mudah orang nampak. Bila tetamu sampai je boleh terus nampak dan sign. Jangan letak kat celah-celah pintu plak. 



#tak sabarnya nak ada guest book corner sendiri. cehh. gatal nak kawen. 

Saturday, February 23, 2013

♥ Totoro Plushie ♥

 Assalamualaikum dan hi!

Akhirnya berjaya juga menghasilkan Totoro plushie menggunakan tutorial dari http://cheekandstitch.com/. Plushie ni dibuat dari felt warna kelabu, putih dan hitam.   Dalamnya ada fiber. So agak lembut bila peluk. Totoro ni bukan untuk dijual ya. Sebab jahitan pun senget-senget macam orang tak reti menjahit. Suka hati aku je menjahit tak ikut format. Totoro plushie ni siap dalam 1 hari menggunakan jahitan tangan sepenuhnya. Haritu abah da offer beli mesin jahit. Tapi bila fikir balik, nak hold dulu la sampai time praktikal dan duduk rumah sepenuhnya baru beli mesin jahit. Kalau tak, mesti tersadai je mesin jahit tu nanti. Cuti semester pun bukan lama sangat. InsyaAllah lagi setahun. Harap-harap abah tak tukar fikiran. Baik-baik nak sponsor terus tak jadi nanti. Menangis haku. huahua. 

100% handmade.
made of soft felt.
- inspired from my neighbor totoro, japanese animated film written by Hayao Miyazaki and produced by Studio Ghibli.

Macam biasa, Ayman la kena kerahan tenaga jadi model untuk Totoro Plushie ni. Ayman setahun lebih. So benda ni takdelah besar sangat pun. 

Akhirnya sempurna 1 keinginan.

Take up one idea. Make that one idea your life - think of it, dream of it, live on that idea. Let the brain, muscles, nerves, every part of your body, be full of that idea, and just leave every other idea alone. This is the way to success.Swami Vivekananda 


Tuesday, February 19, 2013

♥ Readymade Id card / matrix card holder ♥

Assalamualaikum dan hi!

Alhamdulillah dalam 1 hari siap Id card/matrix card holder yang kalerful ni. Sebelum ni asik tak berkesempatan nak ambil order customer. Yang ni buat yang da siap. Siapa nak, terus pos. Tak perlu tunggu untuk aku siapkan yang kadang-kadang ada masa, Kadang-kadang busy. Id card holder ni muat untuk student yang nak letak matrix card. Kali ni lebih simple takde zip. Saiz handmade id card holder ni: 7.5cm x 12 cm. Ada 3 warna sahaja: biru, pink dan hijau. Cuma 1 unit untuk setiap warna. and no remake. Kalau berminat nak tahu harga or nak buat pertanyaan boleh bagi mesej kat inbox facebook: Pinkheartcraft








Monday, August 27, 2012

♥ Just Married sign ♥

Assalamualaikum.hai. 

Sweet couple rite? Mula-mula macam takde idea nak letak couple ni kat mana. So just simpan dan tiba-tiba datanglah idea nak jadikan sebagai sign wedding.


Dan taraa. inilah hasilnya. "Just Married". Boleh letak di pintu dan mana-mana yang korang nak. Materialnya adalah dari felt, ribbon, button. Yang bentuk love tu macam bantal yang gebu. Dan signage Just Married tu cuma rata permukaannya. 




Maybe sesuai juga untuk dihadiahkan kepada bakal pengantin =)

Wednesday, February 15, 2012

♥ DIY compact powder ♥

Assalamualaikum.hai. 

Macam biasa, entry kali ni pun untuk gegurl lagi. DIY- Do It Yourself. Disebabkan compact powder yang aku tengah pakai ni, covernya sungguh buruk. Maka timbulah idea nak mencantikkan kembali bekasnya. Dan seperti biasa warna pink menjadi temanya. Pink buruk again? Bukan aku yang kata. Blogger lelaki yang tak suka pink suka cakap macam tu. 

Ini hasilnya. Compact powder yang da berwajah baru. Sticker tu berbulu sedikit. Terasa lembut je la covernya. Sticker pink design love tu cuma perlu tampal kat atas cover compact powder tu. Lace bahagian tepi tu cuma perlu gam pakai gam Uhu. Tampal skit sticker kanak-kanak. Siap!

Barang yang diperlukan Plush Deco Sticker (pink+love) = RM3.90. Glitter sticker = RM4.80. Lace (1meter)= RM2.10.

Yang sebelum ni aku hias external hard disk dengan tampal blink-blink. Kali ni dengan sticker yang berbulu pula. Yang berbelang zebra tu cover laptop aku sejak zaman diploma. Pun berbulu dan lembut. 

Selamat mencuba! 

Sunday, January 22, 2012

♥ DIY external hard disk ♥

Assalamualaikum.hai.

Ini cadangan bagi sesiapa yang dah bosan tengok external hard disk tu. DIY- Do It Yourself. Khas untuk gadis-gadis je la kan. Konpem lelaki takkan nak letak blink-blink kat barang diorang. External tu warna crystal white. Dari aritu nak buat felt casing untuk dia. Tapi masih tak berkesempatan. Actually blink-blink tu tak mahal pun. Aku beli kat Segamat tak sampai RM5. Tapi kat Jusco Melaka sampai RM10. So, kena pandai-pandai survey. Kedai hadiah dan cenderamata confirm ada benda ni dengan design dan corak yang lebih menarik. Lepas ni dengan lappy pun nak letakkan blink-blink tu. Meriah nyahh. Benda tu aku tak terus tampal tapi beralaskan plastik mana lah tahu suatu hari nanti bosan dan nak cabut, senang kerja kan. Selamat menghias.  


Ni pula hasil petang tadi setelah dikerah oleh adik lelaki aku untuk buatkan casing domo untuk dia. Gigih betul dia tunggu aku habis jahitkan. Ya, adik lelaki aku pakai enset pink. demm, jeles. 




Thursday, January 19, 2012

♥ 1st Felt project ♥

Assalamualaikum.hai.

Akhirnya siap juga malam semalam selepas bersengkang mata sampai 4 pagi jahit felt tu pada baby rompers aisy. Bab menjahit, mata ni boleh tahan sampai 6 pagi ok. Cuba bagi buku, harapan la nak membaca sampai pagi kalau tak ditemani nescafe. Da lama tak pegang benang dan jarum, jari memang asik tercucuk jarum je la. Nasib baik menjadi juga. Ekceli nak tambah gambar kartun kat situ, tapi sebab ibu dia just nak nama je dulu, so try buat yang simple je. Next time, buat design lain plak. 



Baby rompers ni untuk baby 3-6 month. Ibu dia yang sponsor baju. Da ada orang tanya harga untuk tempahan. Tapi rasanya aku tak boleh nak amek sebab payah gak nak dapatkan baju baby. Kalau orang da siapkan baju, senang skit kerja. Just fikir design dan jahit nama sahaja. 



Comel kan budak ni. Rasa nak gigit-gigit cuping telinga dia. err. macam lagu aqasha dalam Gemersik Kalbu. Yeah, da ada nama kat baju. Lepas ni kalau ada orang tanya juga nama dia, konpem orang tu ada masalah rabun yang serius. 

Ini 1st project sempena cuti sebulan lebih. Kalau boleh nak bagi cabaran untuk diri sendiri. 1 Hari mesti ada 1 hasil yang baru. Untuk hari ni punye project, dah ada dalam kepala. So, dalam masa sebulan akan nampak jugalah apa kerja yang aku buat. 

Tuesday, September 27, 2011

♥Handmade Id Card Holder♥

Assalamualaikum dan hai, 

Dengan masa dan wifi yang terhad, aku menyempatkan diri untuk menghupdate blog. Update pun kat mekdi kan. Sempoi. Walaupun orang pandang pelik sebab datang sengsorang, peduli apa. muahaha. Teringin nak ada stimix sendiri kat rumah sewa. Tapi disebabkan perlu ada kontrak 2 tahun, so terpaksa cancel plan dengan kawan serumah. Dalam rumah aku semuanya senior, lepas dyorang habis belajar takkan plak aku nak cover sengsorang. Kalau cancel kontrak dalam masa 2 tahun kena penalti RM600. pehh..pehh. 

Jadual kelas aku paling relax antara kawan-kawan yang lain. Dyorang da pergi kelas, aku still tidur. Aku dah balik, dyorang still belum balik kelas. See. Naiss kan? Dengan adanya masa terluang ni, aku pun cuba-cuba buat handmade semula. Itu pun kadang-kadang kakak sebilik yang paksa. Kalau tak, memang harapan la aku nak buat handmade tu. So, hasilnya: 

*Pandangan belakang*

*Pandangan depan*

Sebenarnya nak buat untuk diri sendiri. Tapi sampai sekarang still belum dapat buat kad pelajar kat UiTM ni. Dibuat, siap ada zip comel untuk letak pendrive or apa-apa yang penting. So, kalau ada sesiapa yang berminat boleh inbox facebook kat sini: 'Yatie Musa'


Thanx untuk mereka yang still follow blog ni walaupun da jarang gila hupdate. Take care!

Monday, May 30, 2011

♥ Wedding Guest Book ♥

Assalamualaikum dan hi! 

Sebenarnya bukan bidang aku kot buat Wedding Guest Book ni. hihi. Kalau bab decorate pakai kertas ni memang aku lemah gila. Macam susah je idea nak keluar kan. Berselerak satu bilik. Nasib siap sebelum wedding kakak dia. Tempahan last minute juga ni, tapi aku cuba juga buat. Dan telah diposkan minggu lepas. Harap tuan punya berpuas hati dengan hasil guest book aku ni. Cover kulit buku je hijau ikut tema wedding. Dalamnya cuma macam album gambar yang aku hias sikit-sikit.








Dan minggu ni, aku dapat lagi tempahan wedding guest book. Temanya plak pink hitam. Feveret aku kottt..... ok, harus mencari idea sekarang! 

Friday, May 20, 2011

♥ Projek baru ♥

Assalamualaikum dan hi!

Dah 2 hari aku terlencong dari buat craft. Harusnya da siap 8 biji keychain owl. Tapi hari ini da terkaraoke pula. Niat awal cuma nak beli buku untuk tempahan wedding guest book ni sahaja. Haha. Nampak macam menipu je alasan aku. Tapi betul, memang tak masuk dalam list pun asalnya. Peluang kot. Bila da tergerak hati dan kebetulan ada bilik kosong di My Box AEON Bandaraya Melaka, memang da tak fikir banyak kali la kan. Bosan gak asik karaoke dalam bilik pakai u tube je. kehkeh.  Suara tak sedap pun, bantai nyanyi penuh perasaan. 


Tujuan asal aku keluar malam ni nak beli buku ni je. hehe. Siap beli sampai 3 plak tu. Yela, sekarang masa tak banyak dapat diluangkan untuk pergi beli barang-barang craft. Ini pun 3 stok terakhir yang tinggal.  So, aku hanya perlu fikir design untuk mendecorate buku ni. Aku cuma pernah buat sekali je pun. Itupun khas untuk wedding kakak aku. Kenangan la konon  kan untuk sedara mara dan kawan-kawan dia yang datang. hihi. Ni kira antara item baru dalam Pink Heart Craft


Actually kain tu aku sayang sangat tapi terpaksa rasmikan untuk kakak aku. Jahat kan dia. kahkah. Semua kain Japenese Cotton memang aku sayang sangat. Mahal beb. Lembut. Design dia unik. Rasa sayang gila nak guna. 

#banyak kerja aku tertangguh. nak siapkan hadiah untuk contest yang aku sponsor lagi. erghhhh. tolong jangan ajak aku berfoya-foya lagi please! heee~bai.

Tuesday, May 17, 2011

♥Sesi mempromote handmade card kakakku♥

Assalamualaikum dan hi!

Macam biasa, aku cuba konsisten dengan mengupdate belog picisan ni hari-hari. Tapi kalau nak blogwalking kat belog korang, masih belum berkesempatan. Sebab tu aku rindu nak jadi penganggur semula. Huwaaaa. Jadi penganggur memang seronok. Yang ada dalam rutin harian aku adalah menjahit dan menghadap kekasih gelap aku (lappy). Dari aktiviti blogwalking la, aku kenal dengan blogger yang sekepala. Sampai sekarang pun dyorang masih keep touch-touch dengan aku. hehe.


Dulu aku memang hantu betul dengan barang-barang ni. Kejap-kejap posmen datang rumah bagi bungkusan. Shopping online memang syok. Masih tak habis lagi material buat craft, tapi aku suka beli buat koleksi. Sebab idea mix and match tu sampai bila barang ada depan mata. Cara nak mix and match design-design craft aku adalah dengan menyepahkan barang-barang dalam bilik. Kalau dulu mesti ada suara-suara yang nak membebel. Pastinya suara kakak aku yang tidur sebilik. Ada masanya bilik aku boleh jadi 2 zone berperang. Sebab seorang buat handmade card dan aku dengan aktiviti menjahit. Sekarang- NO MORE sebab dia pun da berkahwin. Tinggalah aku bekarya keseorangan. sroottt..sroottt. *lap hingus*. ini bukan lakonan.  Nak promote handmade card kakak aku jap eh..


Kalau nak tahu promosi apa yang dia baru jalankan, jenggah-jengah lah di link belog tersebut. Kalau ada sesiapa yang nak cari kad yang special sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, khas untuk mak dan ayah, or kawan-kawan, or boprengs, boleh la tempah. Sama ada nak design yang lepas atau design baru, boleh la ke blog tersebut. Kalau tahun lepas, aku gigih kena tolong dia, tahun ni mungkin tidak. #kalau upah banyak, mungkinlah aku terima. kehkeh. 

Ini design tahun lepas. Tunggu kemunculan design kad Hari Raya tahun ni plak ok!

Thursday, February 17, 2011

♥ Koleksi tutorial handmade bag ♥

Assalamualaikum dan hi!

Bagi mereka yang tercari-cari tutorial untuk menjahit sendiri pelbagai jenis beg, kat sini saya kongsikan 1 link. Memang ada banyak sangat jenis bag yang ada kat situ. Purse, pencil box, laptop sleeve, tote bag, makeup bag, sling bag, coin purse, camera pouch dan macam-macam lagi. Sangat banyak ok.

Klik je pada gambar. Ada gambar dan step untuk buat bag-bag tersebut. Agak detail juga penerangannya dengan gambar yang jelas. Dan setiap tutorial tu memang milik orang yang berlainan tapi dikumpulkan dalam 1 blog iaitu:






Ada yang mintak saya buat tutorial untuk handmade yang ada di Pink Heart Craft. Tapi sampai sekarang, tak tahu macam mana nak buat. Sebab.... saya bukan pro dalam bidang jahitan. hihi. ok, selamat menjahit!

Monday, November 8, 2010

♥ 1 projek selesai! ♥


Salam. 5 hari tak update blog. Ingat ada yang tak perasan, tapi ada juga yang tanya kat cbox tu kenapa tak update. Ha, ni nak bagi korang muntah tengok projek yang yatie buat sepanjang minggu lepas. Nampak semuanya macam senang je buatkan. Tapi hakikatnya, berhari-hari buat benda-banda ni. Sampai saket belakang oii. Tema dyorang ni purple. So, dari kad sampai la handmade keychain semua warna purple la. 

Handmade card sempena reunion yang di order oleh sis Lina. 

Handmade keychain untuk member perempuan. 

Ini pandangan belakang dress tersebut.

Handmade keychain untuk member lelaki.

Ini pandangan belakang t-shirt tersebut. 1 nama lagi tertinggal dalam gambar ni. adehh.



Jumlah semua handmade card adalah 18. Dan handmade keychain pula 11 ketol untuk yang perempuan dan 7 ketol untuk yang lelaki.








Terima kasih sangat-sangat kat sis Lina sebab sudi mengorder dengan yatie. hekhek. Sis Lina pun baru terjebak dengan dunia blog ni. Bolehlah jenguk2 beliau ye.hehe.

So, sekarang saya tengah siapkan 27 ekor anak burung hantu pula. Omg, kali ni macam nak tercabut pinggang pula. Tapi nak meraton jenguk korang. ekeke. Rindu weyh.



Friday, October 22, 2010

♥ Dunia Cupcakes! ♥

Salam.

Semua tempahan da siap. Lega kepala. Da boleh tidur lena sekejap. Tiba-tiba rindu nak buat cupcakes lagi! Xkira la cupcakes betul or dari clay. Janji rupa macam cupcakes. Saya pernah belajar buat cupcakes ni masa belajar dulu. Oh, sesungguhnya banyak yang dapat kita pelajari dari assignment yang berlambak kami dapat tiap-tiap minggu. 



Bersungguh- sungguh buat time ni. Syiookk!



 Ni hasil setiap ahli dalam kumpulan kami. First time buat kan, ala-ala comot gitu. hehe. Takpe, yang penting otak kena kreatif mendesign corak yang cacar marba. =p


Lagi senang buat cupcakes dari clay. Tak payah pakai gula, tepung bagai. Cuma clay macam-macam warna je. Dapur pun tak kan bersepah sebab bukan buat kat dapur kan. 


 Ni packaging first yang kena reject. Mula-mula tak paham konsep yang lecturer nak. Boleh plak design main tampal-tampal. heee~



Ni packaging kedua yang diluluskan. Oh, siap dapat pujian lagi. Masing-masing dalam group saya tak ada kemahiran sangat nak design guna Adobe Illustrator & Photoshop. Tapi try2, maka menjadilah rupa kotak. Kiranya kena andaikan kalau kita keluarkan produk betul-betul, mesti ada packaging real kan.




Ni rumah kedai kami. Berapa malam buat memang tak ingat. Nasib baik saya pernah ambil subjek kejuruteraan time sekolah menengah dulu. Boleh aplikasi buat rumah kedai ni dari kadbod. hehe.  Korang zoom la kalau nak tengok apa yang ada dalam tu. Memang sayang tak amek gambar jarak dekat. Dalam tu ada aksesori, roti & kek, cashier yang pakai bikini. Ciss, kawan-kawan saya ni memang kreatif terlampau. hihi.



Ni ahli group saya untuk tugasan buat video tu. Kamera kecik tu jer saya punya. Yang lain, sponsor dari poly la. ekeke.

Rindu korang!