Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

♥ Suka-suka je terjah orang eh? ♥

Mari mengenang kembali jasa mereka. muahaha.


Ni 1st time diterjah oleh seorang minah yang agak cool and rawk. Sejak mula-mula blogging, ni la kawan paling sempoi kat alam maya. Memang suka nyakat dia ni tak kira di blog dan juga facebook. heehee. Cuma sekarang beliau da kurang aktif, sebab busy study. Kembalilah segera cimut!. huhu. Nak baca persamaan kami. Klik sini



Yang ni bf alam maya saya. Ok, tipu. Jangan percaya omongan cik pia ye kawan-kawan. ngeh2. Tak ingat la macam mana boleh rapat dengan mamat ni. Bagi saya, dia ni memang friendly tak hengat dunia la. Selalu datang beromen berkomen kat blog ni. Nak usha pasal kad cinta buat mamat hijau ni. klik sini




Nampak tuan blog yang tersenyum tu? Ha, tula awek cun yang buat header blogshop saya. Sehari je siap header tu. Kira masa dapat header je memang terus jatuh chinta dengan header tu. Sweet je. Sebab kaler PINK kan. semua lawa. hehe. Nak usha dia confirm tak boleh, tapi kalau nak usha blog dia, klik sini. Siap buat review pasal blogshop dan personal blog ni lagi. muwahhh2. *terharu. 



Ni kali kedua mamat hijau ni promote blog saya. Marketing beliau memang mantap la sebab ramai yang jenggah blogshop tu dan terus tersangkut jadi followers. Omg, tak sangka ade juga yang memandang kerja-kerja seniku yang tak berapa nak seni tu. ekeke. Tajuk beliau telah menghangatkan blogshop saya hingga jammed blog tersebut. klik sini



Yang ni plak, salah seorang peminat Heliza yang turut buat review mengenai blog saya ni. Tapi ada pembetulan disitu, akak bukanlah blogger terkenal pun. haha. Hanya blogger cepisan yang suka merapu meraban jer. Style pun takde la sangat. Tahu lilit-lilit sampai terbelit kat leher je. hehe. Selamat mencuba pakai shawl ya Sri! Ceritanya di sini. 


Buat semua yang selalu support yatie, diucapkan terima kasih banyak-banyak. Oh, shoutbox tu bukan dibuang. Tapi masih jadi bahan kajian lagi. Nanti saya ceritakan lebih lanjut. hehe.  Perlu tidur awal, esok akan berjimba-jimba di Melaka Wonderland Theme Park

Thanx all!


Wednesday, October 27, 2010

♥ Betulkah C Paul Ni Mati? ♥



GAMBAR fail menunjukkan Paul membuka tudung sebuah kotak plastik yang mengandungi kupang dan lambang bendera Jerman semasa membuat ramalan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dengan England di akuarium Sea LIfe di bandar Oberhausen, Jerman pada 25 Jun lalu.


FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.
Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.
Sotong itu kelihatan baik apabila diperiksa lewat kelmarin.
Namun, kata jurucakap itu, Paul gagal untuk meneruskan hidup dan ia mati akibat semula jadi.
Barita Penuh di Kosmo: SINI
Nota tambahan: Akhirnya berakhir juga riwayat c sotong ni. Tapi kira bernasib baik dia mati dalam keadaan yang baik. Bukan mati dalam keadaan kekurangan anggota badan atau berada dalam perut manusia. hehe. Sebab ramai benar yang nak masak dia ni dengan macam-macam ramuan kan. Nampaknya pesaing beliau, burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman akan menggantikan beliau la lepas ni ea.. hihi.


Tuesday, October 26, 2010

♥ Dapat header yang sangat comel ♥

Salam. Nak taip entry laju-laju boleh? Pastu tak nak online lagi ok. Haha. Tipu. Macam boleh jer kalau tak online facebook dan blog. Yatie memang macam ni. Order da nak melambak baru nak gelabah. Macam buat assignment juga kan. Selagi tak banyak selagi tu nak tangguh. Syiiookk! haha.


Nampak tak header yang comel gila tu. Penat i usha budak ni ok. Dy suka PINK juga. Eh, sama je kan. Tapi dia lagi comel dari saya la. Cehh, mengaku diri sendiri comel, sungguh tak malu. haha. Sekali sekala puji diri sendiri takpe kan..kan. muahaha. 

Sumpah, blog dia comel gila. Rupanya idea dia hias blognya semua dia belajar sendiri. Oh, memang tabik spring la. Saya selalu gak godek-godek belajar sendiri. Tapi hasilnya tentulah macam hampasgas. muahaha. 

Blognya siap ada tutorial cara dia design header kat bloG dia tu. Klik sini. Serius, rupanya tak susah. Tapi saya yang still gedik nak dia buatkan.hekhek. Tapi kasihan juga kat dia ni, yela bila da buat baik kat orang, mesti jer ada yang jenis tak tahu malu suka ikut idea orang. Haih, serius. orang jenis macam ni la saya benci. muahaha.kejam? Lagi kejam kalau orang da murah hati ajar macam-macam then kau tiru bulat-bulat idea dia. Tolong la ajar minda tu berfikir sedikit, buat style sendiri kan. Baru la hidup tu bermakna. haha. Ada kaitan tak. 

ok, sangat berterima kasih kat saudara sepinkyian ini: Amalyna Azman Kalau korang nak juga dia buatkan header-header yang comel, try la usha-usha. haha.. Mana la tahu korang pun dapat juga ker.. hehe.. 

tak sempat balas komen korang untuk hari ni. Sorry T.T


Monday, October 25, 2010

♥ Ada Apa Dengan BEN ASHAARI ♥

Salam. Kalau korang blogger tegar mesti kenal siapa Ben Ashaari ni kan. Tak pernah dengar? Maybe tak cukup tegar lagi. ekeke. *kidding. 

Semalam waktu saya check email, keluarlah nama seperti dalam gambar tu. BEN ASHAARI. woah, serius saya ingat ada budak yang main-main guna nama En Ben ni. Orang popular macam dia ni confirm tak dapat elak dari pencopycat seantero dunia kan.. hekhek. Serius, menimbulkan misteri sehingga gelabah buka blog. 

Then, buka ruang comment tu, oh. amat real. memang dia ada komen sebab nampak muka beliau di situ. hehe. pastu di butang followers pun ada terpacak muka beliau. Sesungguhnya saya merasa pelik sebab beliau macam tahu-tahu jer ada nama beliau dalam entry tersebut. Macam kena seru. Fuhh, nasib tak mengumpat. Tak caya boleh tengok SINI. 

Tak sangka plak en Ben boleh singgah komen plak. Dengan followers dia semasa entry ini ditulis adalah sebanyak (3584) orang. Agak-agak kalau korang kat tempat dia, ada masa ke nak buka blog satu-satu then komen. siap jadi followers bagai. Erm, yang saya tak boleh lawan, satu hari tak tahu dia update berapa entry. Heee. Dalam kepala beliau mesti idea mencurah-curah hingga ke ladang gandum. Saya nak taip 1 entry pun da kira nazak berfikir. 

Terima kasih en Ben kerana sudi singgah. Semoga terus berjaya. 


Sunday, October 24, 2010

♥ Saya Bukan Blogger Otai ♥

Salam.

Betul tak kalau saya cakap jangan nilai seseorang blogger tu dari jumlah followers? Kan saya da kata sebelum ni blog saya lebih kepada personal life dan saya suka membebel apa-apa yang saya rasa nak taip. Ok, memang malu sebab blog ni tak ada info yang menarik pun. Update pun sekali dalam sehari. Paling banyak pun dua kali dalam sehari. Memang tak boleh lawan En Ben la. 

Saya pun hanya blogger picisan, tak ada nama & rupa. ekeke. pakej plak tu. Memang sangat jeles dengan blogger-blogger perempuan yang blog dyorang ni banyak tutorial pasal blog, stylo milo, resepi, dan macam-macam la. Contohnya?





Dan ramai lagi la. Ni yang saya kenal. Hekhek. Kebanyakkan guna nama sendiri kan.. kan... Tapi saya? Guna identiti yang tersebunyi. Muahaha. Blog ni pun asalnya dari sekeping plastik.  Tak caya. Ni buktinya. 



Tambah pinky sebab.. ok, tak tahu. My sis yang bagi nama. hehe. Susur galur blog ni pun dari sebuah blogshop jual aksesori. Haha. Masa tu banyak gila beli rantai konon nak jual. Last-last busy belajar, rantai tu semua tuan kedai yang pakai. Muahaha. 


IKLAN: Ni item terbaru yatie di : pinkheartcraft.


Cupcakes Brooch!


Pandangan depan. Semua still available.


Pandangan belakang brooch tu..

Untuk yang brooch ni, saya tak ambil tempahan. Cuma jual apa yang da siap je. Kalau berminat boleh email: yatie_pink@ymail.com





Friday, October 22, 2010

♥ Dunia Cupcakes! ♥

Salam.

Semua tempahan da siap. Lega kepala. Da boleh tidur lena sekejap. Tiba-tiba rindu nak buat cupcakes lagi! Xkira la cupcakes betul or dari clay. Janji rupa macam cupcakes. Saya pernah belajar buat cupcakes ni masa belajar dulu. Oh, sesungguhnya banyak yang dapat kita pelajari dari assignment yang berlambak kami dapat tiap-tiap minggu. 



Bersungguh- sungguh buat time ni. Syiookk!



 Ni hasil setiap ahli dalam kumpulan kami. First time buat kan, ala-ala comot gitu. hehe. Takpe, yang penting otak kena kreatif mendesign corak yang cacar marba. =p


Lagi senang buat cupcakes dari clay. Tak payah pakai gula, tepung bagai. Cuma clay macam-macam warna je. Dapur pun tak kan bersepah sebab bukan buat kat dapur kan. 


 Ni packaging first yang kena reject. Mula-mula tak paham konsep yang lecturer nak. Boleh plak design main tampal-tampal. heee~



Ni packaging kedua yang diluluskan. Oh, siap dapat pujian lagi. Masing-masing dalam group saya tak ada kemahiran sangat nak design guna Adobe Illustrator & Photoshop. Tapi try2, maka menjadilah rupa kotak. Kiranya kena andaikan kalau kita keluarkan produk betul-betul, mesti ada packaging real kan.




Ni rumah kedai kami. Berapa malam buat memang tak ingat. Nasib baik saya pernah ambil subjek kejuruteraan time sekolah menengah dulu. Boleh aplikasi buat rumah kedai ni dari kadbod. hehe.  Korang zoom la kalau nak tengok apa yang ada dalam tu. Memang sayang tak amek gambar jarak dekat. Dalam tu ada aksesori, roti & kek, cashier yang pakai bikini. Ciss, kawan-kawan saya ni memang kreatif terlampau. hihi.



Ni ahli group saya untuk tugasan buat video tu. Kamera kecik tu jer saya punya. Yang lain, sponsor dari poly la. ekeke.

Rindu korang!


Monday, October 18, 2010

♥ Followers sudah 700 ♥

Salam.

Oh.Oh.Oh.. pagi tadi memang semangat gila nak blogwalking. Tak tahu kenapa. Tapi yang pasti aktiviti berblog saya terbahagi kepada 3 bahagian : update entry, blogwalking & balas komen. Yeah, semuanya dilakukan secara berasingan. Tak lagi macam dulu, saya lakukan secara serentak. 

Pemberitahuan: Blog ini adalah blog personal yeah. Kira banyak story mory pasal life n apa-apa yang tuan blog ni nak membebel. Kalau ada tips-tips tu, rasanya ada keajaiban ke atas diri tuan blog. hehe.

Tak sangka blog boleh cecah 700 followers. Hihi. Ada yang kata followers ni tak penting tapi ada juga kata yang followers ni antara elemen penting dalam dunia blogging. Bagi yatie, ia boleh tingkatkan semangat kita nak berblog. 

Tapi ada yang yatie macam da rapat sangat dalam dunia maya ni macam : Nurul yang comel, cik pia yang selalu kedengki dengan gwa, Cik tom yang baik, dak eina yang suka nyakat saya, sis Hezesuze yang sport rim sporting, sis Nornazrah yang baik, si kecik MiMiEy yang sweet dan pengomen tegar yang lain. i lebiu. ni sesi bemesra dengan blogger perempuan je. Edisi bersama blogger lelaki yang best, kita buat episod akan datang la ek. Muahaahaa.

Kepada yang sudi follow tu, terima kasih banyak-banyak. Maaf kalau tak sempat jenguk or reply komen. Ada masa, saya akan lunaskan nanti. hekhek.


Nota hati: serius, betul2 rindu dengan kawan bilik time belajar dulu. Betul lah apa orang cakap, zaman belajar waktu Diploma la paling best. andai dapat putar masa balik..




Friday, October 15, 2010

♥ Jangan komen & jangan follow ♥

Salam.

Walaupun saya tak aktif sangat dengan blog sekarang pun still ada yang komen dan follow. Haruslah terharu nyah. Ahaakkss. Walaupun komen tak la berbakul2 macam blog korang, tapi saya tetap hargai. Yela, ingat senang ke orang nak drop komen kat entry kita. Saya pula tak ada masa nak singgah blog korang balik. Serius. Sorry sangat-sangat. 

Blog ni da tak ada apa-apa. yeah. =.='. Tiba masa akan tertutup juga...mungkin.. 
Ni semua salah craft2 tu. Grrrrrrrrrrrr. pasal mereka saya hilang nafsu untuk berblogging. Asik survey material untuk craft je. haha. 

Ini puncanya : KLIK


oH, boleh abaikan amaran di title atas tu. haha.


Wednesday, October 13, 2010

♥ Label craft ♥

Salam. 

Blog ni tinggal nyawa-nyawa ikan... Tuan blog makin busy dan hampir melupakan beliau. 

Lepas berhiberbasi tu, macam nak terus menghilang plak. Mood berblogging terus lenyap. Ekeke. 

Saya cuba membalas komen dan balas jejak di shoutbox, tapi mood tak nak datang juga. Ok, nak berusaha lagi hari ni. hehe.

Tapi kalau blog craft yang ni : PINK ♥ CRAFT  memang hari-hari update. 

Dan, sebenarnya saya da ada label baru untuk hasil craft tersebut.. hehe. 




Saya buat sendiri label ni, memandangkan my sis yang pro ni cakap label yang saya nak tempah tu mahal. Dan my abah, survey2 di internet macam mana nak buat label sendiri kan. Perangai abah ni 1 je, apa-apa barang dia memang suka buat sendiri. Dari bab wiring, buat rumah, betulkan perkakas dan lain-lain semua nak buat sendiri. Best juga kan, boleh belajar benda baru. Tu pun masih tak siap lagi settlekan label. hihi.

Mula-mula nak rasmikan kat purse sendiri. Tapi macam tak sempat je. Sebab order dari orang lain, still dalam proses. So kawan my sis la yang dapat rasmikan label ni dulu.. huhu. Label ni agak gedabak. kali pertama try kan, lepas ni boleh cari kain yang kecil sedikit.




Abah kata lepas ni nak buat bisnes buat label pula... cett!






Sunday, October 10, 2010

Gambar perkahwinan Idaman

Salam.



Eh semua orang cerita pasal wedding  DATO' SHEIKH MUSZAPHAR. Tapi saya nak cerita pasal gambar-gambar perkahwinan mereka yang nampak sangat unik. Mungkin kerana idea-idea dari 

kukubesi manipulasi.


"bagi KUKUBESI MANIPULASI unperfect is perfect and perfect is suck :) heheehehehe. sometime we need chill tak terlalu protokol, tak terlalu ikut buku, saya sebenarnya bekarya dan saya suka bekarya mengikut apa yang saya rasakan sesuatu yang baru dan jarang di lakukan oleh orang biasa."
 Di ambil dari facebook mereka. =)

Semua koleksi gambar wedding mereka memang agak luar biasa. Tak percaya, ada banyak lagi koleksi kat dalam ni : http://www.kukubesi.com

Ha, teringin juga nak jadi pro macam dyorang ni. Tapi... tapi... saya edit guna adobe photoshop CS4 pun tak lepas. haha. Mereka ni plak, edit guna software CS9 ok..

Tahniah buat Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd Yunos. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.


nota hati: teringin juga nak gambar macam mereka masa saya kahwin nanti.. cehhh, lambat lagi, tapi da berangan sekarang. =.^




Saturday, October 9, 2010

♥ Best sangat ke blog kau? ♥

Salam.

3 hari hidup tanpa update blog, telah membuatkan jari kaku untuk menaip. otak blur untuk berfikir. Hakhak. Nak merajuk konon. Cett. Pasal seorang je yang kutuk, saya jadi down gila kan. muahaha. kan da cakap, muka gwa je ganas. Tapi hati, hati tisu beb. Ok, ni sanggup tolak pelawaan my sis and my mom untuk hang out, semata-mata nak update blog. Tak ada orang baca? Pedulikan. Nak update juga.. kuikui.

Saya pelik kenapa tak update blog pun still ada orang datang & follow. Sebab blog saya kan tak best. Lain la kalau macam blog redmummy tak putus-putus orang datang. hekhek. Setelah di spot check, baru lah tahu, trafik blog ni datang dari blog Budak Nakal. Header blog saya telah terpacak kat blog beliau. 


Thanx again koz. Moga terus berjaya di masa akan datang. 

Cerita pasal nuffnang pula. Saya dapat lagi 1 BE. Harus gembira ke sedih? Sebabnya: 
Bukan blog Pinky Girl Talyang dapat. Tapi blog pink♥craft pula yang dapat lagi. Huwaaa. Adakah blog ini telah diblack list dari senarai penerima BE. huhu.  


Terima kasih juga Nuffnang kerana sudi memberi. Jika ada lebih bagilah ke blog ini pula. miahaha. 

Last sekali, sejak incident mengkondem, rezeki makin melimpah ruah plak. Alhamdulilah. Ada 11 handmade casing yang perlu saya siapkan. Dan antaranya ada yang kawan blogger dari blog ni yang tempah macam2 jenis handmade case. Buat yang tak tahu pasal handmade yang yatie buat ni, sebenarnya function dia memang la sama dengan yang ada kat kedai. Tapi penah nampak ke design yang saya keluarkan ni ada kat kedai? Semuanya jahitan tangan. Kebanyakkan design, adalah dari saya sendiri. Kain yang saya guna adalah jenis Japenese cotton yang diimport. Dan setiap case ni boleh letak nama korang. 

Design terbaru saya : 


Yang limited edition ni pula ramai yang minta :


Setiap keluaran yatie memang agak terhad. Sebab nak dapatkan aksesorinya bukan senang. 

Ni tempahan yang da menunggu. Ambil no giliran ye.. heee... 

1. syamimi- 3 case
2. sis ziha- 2 case
3. sis amy - 1 case
4. cik qiqi - 2 case
5. sis ain - 2 case
6. my kazen, syira - 1 case



Yang selebihnya boleh ke sini : pink♥craft 

kalau nak tempah email saya di : yatie_pink@ymail.com

thanx untuk kawan-kawan blogger yang selalu komen n beri semangat. hehe. rindu korang! cehhh~







Wednesday, October 6, 2010

♥ Mode: Hibernasi ♥

Salam.


Tiada entry, tiada gambar. Ini bukan entry kot.


Penulis sedang berkata-kata dengan diri sendiri.


Yes, nak aktifkan mode untuk berhibernasi.


Bosan la weyh asik kena kondem.


Aku tahu aku tak pandai menulis. Tak pandai mengarang. Demm. Menjahit pun tak pandai.  hoho.


Puas da pujuk hati supaya jangan kecil hati. Tapi aku tak mampu. Hati tisu.


Ok, da suda.


Sejukla wahai hati. 


♥ Yes. Thanx Nuffnang ♥

Salam.



Tak sangka buat pertama kalinya blog pinkheartcraft mendapat BE dari Nuffnang. 2 hari lepas, saya ada perasan yang ada adminview dari pihak Nuffnang. Mungkin disebabkan pertanyaan yang saya tanya pada pihak Nuffnang. Soalan dia? Rahsia la. Heee~



Ok, agak pelik juga kenapa pihak Nuff ni pilih blog craft yatie. View biasa pun x banyak. haha. Tak apalah, Nuff da bagi, banyak songeh plak. 

Jom like-like kat sini. Kalau nak pollow, lagi ok. teehee.


Thanx buat kamu-kamu yang sudi support. Hehe.




Tuesday, October 5, 2010

♥ Hati-hati bila bermain bowling ♥

Salam.

Cerita pasal bowling, mesti ramai yang jadikan sebahagian dari aktiviti mereka kalau hang out dengan rakan-rakan. Betul kan? Tapi kalau terlalu excited jangan sampai yang korang lupa cincin yang da tersarung tu. Huhu, ini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan juga. 



Huwaaaa. menggigil nak upload picture ni. Bab benda yang libatkan darah dan hantu ni memang saya ada masalah sikit. muahaha. Tapi kalau tak tunjuk, nanti korang tak dapat imagine macam mana pula. Betul ke boleh jadi sampai macam ni? Korang siasat la eh. Saya jumpa picture ni bila ramai kawan-kawan kena tag di facebook. Sebagai peringatan mungkin. 



Monday, October 4, 2010

♥ Berblog pun kena kutuk? ♥

Salam. 

Entry ini secara umum. Tak bermaksud untuk menyindir sesiapa. Full stop. Hekhek. 

Macam yang korang taw kan, orang yang berblog ni banyak motif. Antaranya:

1) Blog sekadar suka-suka mengisi masa lapang. Dia rajin berinteraksi dengan orang yang tak dikenali. Rajin berkomen kat entry orang lain. Selalu blogwalking. Join contest. Dapat award. 

2) Ada yang menjadikan blog sebagai diari. Kira dia update tak kira waktu, dia tak kisah pun pasal ada orang datang ke blog dia atau tak. Tak kisah ada orang komen atau tak. 

3) Dan ada juga yang jadikan blog tempat untuk dia berkongsi segala ilmu. Ataupun share berita-berita terbaru kan. 

4) Ada juga blogger yang jadikan aktiviti berblog untuk tambah $$ melalui Nuffnang. Kalau yang rajin update entry dan buat berblogwalking, traffic pun naik. Maka, RM pun naik la. 

Masih tak paham? Saya pun tak reti nak cerita panjang lebar. Tapi tolonglah jangan 'down'kan orang yang suka  berblog. Kalau tak suka cara dia berblog, kenapa masih masuk dan baca?

Peace~





Sunday, October 3, 2010

♥ Bakat terpadam mula menyerlah ♥

Salam.

Ini cerita semalam. Baru dapat update hari ni. hehe. Tak sangka saya berjaya siapkan sling back tu semalam. Saya memang tak ada basic dalam menjahit. Dan sebelum ni tak pernah menjahit. Biasalah, tak layan hobi macam perempuan ni. eh, apekah? haha. 


Tadaa~ itulah hasilnya setelah beberapa jam bertungkus lumus menggunting, mencantum dan menjahit. Start buat dari pukul 12 malam. Siap pukul 7 pagi. hekhek. Lama gila kan. Yela nak berimiginasi macam mana nak jadikan sebuah beg bukan senang beb. Dan beg ni 100% dijahit pakai tangan. haha. 


Saya gunakan kain cotton yang matching dengan Japenese cotton. Jangan tanya kenapa warna pink ea.. hihi. 


Berjaya juga buat zip kat dalam tu. hihi. Nampak simple kan. Tak apa, pasni nak usha abah sponsor mesin jahit boleh tak. kuikui