Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 3, 2013

Terima RM1000 dari SKMM

Assalamualaikum dan hi! 

Masih ingat lagi dengan entry berkenaan pendaftaran syarikat dan domain untuk blog craft sebulan yang lalu? Actually itu antara syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon Geran RM1000 kepada usahawan muda. Antara syarat lain:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Alhamdulillah permohonan telah berjaya dan geran RM1000 tersebut telah pun di masukkan dalam acc CIMB aku sendiri. Prosesnya ambil masa sebulan lebih juga. sepatutnya terima panggilan daripada mereka. Tapi setelah tunggu berbulan-bulan, masih tak dapat call dari pihak SKMM lagi. tapi bila check status. permohonan telah diluluskan. (special case kot). yeah, tak sia-sia usaha tersebut. 

Walaupun aku antara individu yang agak lambat tahu mengenai program dari kerajaan ni, tapi mungkin rezeki kali ini untuk berpeluang terima dana tersebut juga. ya, rm1000 ni bukan pinjaman dan juga tiada kontrak dengan kerajaan. makanya, sila lah gunakan wang dengan berhemah ya. Majulah industri kraf untuk negara. hihi. 

Rasanya permohonan masih dibuka sehingga hujung tahun. Kot-kot masih ada yang nak cuba mengembangkan perniagaan kecil-kecilan korang, boleh la try.