Sunday, February 24, 2013

♥ Guestbook Corner ♥

Assalamualaikum dan hi!

Sekarang ni trend para pengantin menyediakan Guestbook Corner di majlis perkahwinan mereka. Mana-mana pergi mesti ada sudut yang menyediakan wedding Guest Book. So, para tetamu yang datang boleh meninggalkan ucapan yang sweet-sweet untuk pengantin or sebagai bukti dorang ni datang kat majlis korang. 

Guestbook corner ada yang jenis simple dan ade yang jenis sarat sikit. Yang jenis simple adalah macam dalam gambar ni. Letak wedding guestbook, signage, hiasan bunga dan magic pen yang warna warni. Kalau jenis sarat sikit siap ada frame gambar pengantin, ada sediakan candy, cupcakes, dan macam-macam lagi hiasan yang korang rasakan sesuai.

Tapi yang paling penting, guestbook corner mesti letak kat tempat yang mudah orang nampak. Bila tetamu sampai je boleh terus nampak dan sign. Jangan letak kat celah-celah pintu plak. 



#tak sabarnya nak ada guest book corner sendiri. cehh. gatal nak kawen.