Assalamualaikum dan hi!
Disebabkan rasa benggang dengan facebook, maka entry ini pun terhasil. ok, cakap je bengang, tapi hari-hari benda ni juga aku hadap. Semalam kes fb chat, tiba-tiba cikgu waktu sekolah menengah tegur aku. Video apa yang aku baru hantar pada dia. Ah-sudah! bila masa plak aku hantar video pada dia. Nasib la dia paham apa yang aku sampaikan. Dan nasib la dia tak kena virus-virus yang sedang menyerang melalui fb chat tu.
Hari ni punya kes plak, lappy tiba-tiba asek kena restart. Serius, semalam ok gila. Tak menunjukkan sebarang simptom akan jatuh sakit. Cuba sekali lagi, nasib baiklah menjadi sediakala. Tiba-tiba ada mamat poyo ni: saya_arief bbm aku. istilah mesej jadi bbm sudah. janji lu bahagia lar. kahkah. Dia tanya apsal fb chat aku on-off. Yang peliknya bila plak aku on chat kat facebook. Ni kes apa plak la kan.
Nak disingkatkan cerita, aku terbaca post dari blogger Mas Ahmad Safwan pasal: hati-hati dengan facebook new friend request facebook. Sepantas kilat terus aku check friend request yang sudah di approve hari ni. Silap aku terus approve sebab kat enset ni tak boleh tengok mutual friends. Baru aku perasan yang orang aku approve adalah dari orang Indonesia. Then mutual friends pun takde. Gambar pun bukan gambar sendiri. Memang gelabah la sebab baru baca kat blog Mas Ahmad Safwan pasal kehadiran hacker Indonesia.
NOTIS AMARAN KERAS !
- Jangan APPROVE FRIEND yang anda tak kenal
- Elakkan daripada BERHUBUNG dengan orang yang anda tak kenal
- Sebelum APPROVE , pastikan mutual friend account tersebut lebih daripada 5-6 orang sebagai berjaga-jaga
- Pastikan account tersebut sudah lama dan tidak fresh ( rujuk ciri Fake Account )
- Jangan CLICK LINK yang datang dari spam IM
- Jangan menggunakan APPLICATION yang tidak tahu asal usulnya
- Pastikan PASSWORD melebihi daripada 14 aksara yang digabungkan kesemua unsur ( huruf besar + huruf kecil + nombor + special character ) contoh : p4ssw0Rd123#
#klik link tajuk kat atas tu. Baca lebih lanjut. Sama ada betul atau tidak, just berhati-hati la terima friend request tu yer. Sekarang ni mulalah aku cuak nak on fb chat dan approved request friend.
27 comments:
oh no......tetiba rasa seram sangat
nanty kalo ade kemusykilan, keanehan di fb lu, wa bbm lagi..hahaha
@♥yaya budak suka embun♥: tahu xpe. just hati2 je k. =)
@saya_arief: kemain lu punya bbm. haha
approve org yg knal suda. huhu
saya pown ada dpt msj kat inbox tetiba jer speaking dgn saya .....mula2 tu ingat juz tanya khbr skali nk bg link....nasib baik saya xmo, bkn pe takut link hantu ke.....pe nk jd la skrg nih...
wahaha..da terkena ea..
(jahat gler gelak)
naseb baek pakcik lum kena, member2 ramai da yg kena..:p
tu yg delete semua org yg tak dikenal...now lega cket..:)
Okeyy.. sekarang ni nak remove sume org yg beeha tak kenal.. seram.. sayang laptop ni + fb account.. hehe
@Encik JI: betul. tapi kekadang yatie main apprve je takut customer yang nak buat order. hihi
@JUE:yatie pun kena juga. tp nasib baik xkeluar link time tu. hehe.
@Xavi De: eksen eh. kalau kena nnti, padan muka. ekeke~
@honey amour: kalau skit xpe, kalau blambak mmg jenuh la nk check. hihi
@♥ Nurulz Sabeeha ♥: betul. yatie baru dpt remove yg betul2 dicurigai. huhu~
tq makcik!! :)
jgn approve semua la sng :P
@dak eina: haha. penyelesaian yg tepat!
akak pun sekarang ni malas nak approve kalau tak kenal. hehe
bunga pernah approve org xkenal..tapi Alhamdulillah..xde pe2..
takootnya dengar...
ila mmg jarang on chat..n lau nak accept org..mesti tgk mutual frenz ramai..lau xramai...xnak accept...hehe..
@Melissa Y: gimme 5 la kakak. same la. hihi
@bunga: hati2 lepasni! hehe
@ILA HonEyBuNNy: betol2.. nak amalkan cemtu jugak la. hehe
scary gila. lately ni pun ada dapat friend request dari orang yang takde mutual friends langsung.
hati-hati juga dgn gambar2 di FB . kbanyakan org indon pandai hantar santau .
@Amierah Nabillah: tula, kne hati2 tgk mutual fren dulu. huhu
@Dmastika ms: alamak, ini lagi ngeri. hukhuk
bahaya2...ada yg anta virus plak dr chat tu..adoi..berpesbuk ssh xberpesbuk pn ssh..kena la berjaga2 n sentiasa update ngan isu semasa kan..
Post a Comment