Kalau boleh gunakan huruf besar hanya dipermulaan ayat. Jangan la bantai tulisan kecil besar dalam 1 entry tu. Mungkin bagi anda sangat cool bile menaip entry dengan tulisan kecil besar ni. Tapi bagi orang yang membacanya, terasa macam nak bunuh korang, taw tak? muahaha. Contohnya:
KeNApa AwaK suKa MenaIP macAm iNi? Sungguh annoNyiNG raSanyA ok.
2. Jangan menaip entry berjela-jela tanpa perenggan.
Rasanya masa sekolah dulu pun kita ada belajar kan. Nak buat karangan mesti la dalam perenggan. Mungkin idea korang mencurah-curah ke ladang gandum, sampai tak sempat stop menulis kan. Tapi tolonglah, pening bagi orang yang membacanya. Mungkin isi entry anda bagus, tapi bila tengok plak entry panjang berjela macam tu, boleh 'spoil' kan mood orang lain yang tengah semangat nak membaca. Kalau boleh guna justify.
Lebih kemas kalau korang guna justify untuk semua perenggan. Jangan dari awal entry hingga habis entry cuma guna 'align center' je. 'Align Center' tu lebih sesuai diletakkan dibawah gambar apabila korang nak bagi penerangan tentang gambar tersebut.
3. Jangan gunakan bahasa SMS a.k.a bahasa gedik.
Ayoo, jangan sentap. Dari penulisan anda di blog, orang da boleh tahu anda ni type yang macam mana. Lagi-lagi bila korang dah biasa sangat tulis status kat facebook macam ni, mula la melarat ke blog kan. Macam adik saya ni juga. "Itew xnak mamam ari ni la bab mak masak tak cedap." haha. Alaa-alaa manjew ghitu. Semua ayat kau nak hentam huruf 'W' kat belakang. Yatie pun memang ada gunakan bahasa yang agak singkat. Macam sudah jadi dah. Pandai-pandai la sesuaikan ayat. Sebab kalau semua ayat da skema habis, orang rasa bosan plak kan.
4. Jangan gunakan blog untuk menjatuhkan orang lain.
Disebabkan anda tak puas hati kat seseorang, semua dimasukkan dalam blog. Segala cacian makian. Adehh, serius saya pernah baca blog seorang budak perempuan. Gambar kat sidebar ayu bershawl. Tapi bahasa yang digunakan memang tak tercapai dek akal. Rasanya macam ayat makian tu da sebati dalam diri.
Sekadar pendapat peribadi. Saya pun masih baru dalam dunia blog ni. Cuma berkongsi apa yang saya tahu hasil blogwalking dan baca entry dari blogger-blogger hebat. Apa yang mereka tak suka, apa yang meraka akan suka baca. Kalau ada tersilap, harap dimaafkan ok. Shoutbox hilang sekejap, sebab ada mereka-mereka yang promote link bukan-bukan di situ. Disyaki juga mereka menggunakan auto blogwalking. Sebab mesej yang sama bersepah-sepah kat blog lain. huhu.
26 comments:
Thanx for sharing~
boleh tambah satu lg x??
pop up yg keluar mse nk msok blog, itu sgt annoying..=.="
thanks :)
hehe. ye ye betul tu ! :D
pop up mse msok blog..err, bkn kt entry la..haha
panduan yg amat berguna!
tips yg berguna :)
yg paling penting, tak suka bahasa yg ala-ala manja gituwwwww ! hehehe
tulisan besar kecik ngan ayat gedik memang agak menggedikkan aku bila membaca..
ahahahaha..nyampah!
thanks sbb share tips nie.. siyesly mieha mmg tak suka kalu guna bhsa sms..huhu
setuju sgt2 keempat2 perkara yg perlu dielakkan nie :)
terutama perkara yg ketiga tu. terbelit2 lidah nak sebut and faham apa sebenarnya yg nak disampaikn.
whoa! tips berguna ni.. thanx! ^^
betol3!
rase nak putaq2 mulut org yg suke boh 'W' tu!! heshh~~
bagus la tips ni.... lepas ni kene tukar cara penulisan la...
thanx...
nice ^_^v
bagus.
tips berguna syg!
mmg betul.. tension gak kalau orang yang tulis ayat SMS atau konon2 manje2 gitu... hehe
very usefull :-D
terima kasih atas maklumat yang kamu berikan =)
macam terase yg kt no.4 tuuu..
i kutuk ex i. kt belog.
i'll try to stop oke! hehe
entry menarik dari yati. yay.
okey, akan cuba mengikuti petua2 tu..wlaupun dah ada yg mmg naz guna :)
Wah! Setujuu :)
POKCIK SOKONG TIPS YANG BERGUNA...
cik tom setuju sbb cik tom pun pernah share tips lbh krg point yg sm..nice sharing..
tengs for this. btw, mmg setuju sangat laaa dgn kamu :))
kalo guna bahasa weols uols ok tak?? mihahahaha
tips yg berguna..thengs 4 sharing sis
Post a Comment