Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

♥ Cara nak dapatkan duit kembali ♥

Salam.


Woah, entry yang lalu macam ramai je yang terkejut, sebab tiba-tiba saya bagi tips. Haha. Macam tak logik ke? Ngeh2. Entry tu cuma nak bantu kawan-kawan je. Siap ada yang request nak tips lagi. Tunggu la kalau idea sampai ok. Huhu. 

Kalau ada yang masih ingat saya pernah buat entry ni : 


♥ Siapa pernah guna Celcom Broadband? ♥


Semalam saya da dapat cek dari Celcom. Akhirnya dapat setelah 7 bulan menunggu. Alhamdulilah. Mungkin saya antara mereka yang bertuah sebab dapat semula duit refund dari Celcom. Sebab berdasarkan nasihat kawan-kawan, mereka suruh saya anggap duit tu kira burn je la. Tapi bila difikirkan semula, itu duit saya sendiri mestilah ada usaha nak dapatkan balik kan. 




Buat kawan-kawan yang masih menunggu duit refund dari mana-mana pihak kan. Ini antara usaha yang saya buat untuk dapatkan duit tu semula. Kalau bagi korang, jumlah tu tak banyak, tapi bagi saya yang tak ada pendapatan ni, duit tu boleh guna buat macam-macam benda. hehe.

1. Kenalpasti punca masalah. Pehh, skema ayat. miahaha. Maksud saya, korang cari masalah tu, siapa yang handle. Sama ada branch negeri. Atau ibu pejabat kat KL. Silap saya, saya tak cari punca masalah. Selalu follow up dekat branch tapi yang bermasalah rupanya kat ibu pejabat dia. Mereka yang uruskan refund broadband tersebut. Kena tanya mereka. 

2. Pastikan kita sentiasa follow up kes tersebut. Sentiasa call mereka tanya perkembangan. Memang agak penat bila berurusan dengan mereka. Sebab ada 1001 alasan akan diberikan mereka. So, kalau mereka janjikan untuk tunggu dalam masa seminggu, pastikan dalam masa seminggu tu call lagi. Kalau give up, duit tu akan burn, rasanya lah. huhu

3. Kalau buat aduan melalui telefon mungkin tak cukup. So, saya hantar email untuk mengadu tentang servis yang kita tak puas hati tu. Mana tahu ada orang yang berpangkat terbaca ke. Eh, logik tak? haha

4. Kalau rasa nak tambah, suarakan melalui media-media yang ada. Mana tahu ada yang mengalami nasib yang serupa dan support masalah anda ke. hehe. Saya tak sempat buat yang ini. 


Ok, tu je. hihi. Saya giat buat follow up selepas habis belajar. Selepas beberapa bulan tunggu, akhirnya semalam sampai. Alhamdulilah. cuma nak share mana tahu ada sesiapa yang mengalami msalah macam saya. Boleh cuba. hihi







9 comments:

Cik Yana said...

cik Yana pernah pkai mxs broadband yg modem bapak gile besar tu,,
pastu modem die tibe2 tak leh pkai pas bberapa bulan,,
bile hantar centre mintak tukar, die ckp da xde da modem ni,,
kene tukar modem lain, kne byr,,
uwaaa~
nape plak cik Yana yg nk kne byr,,
last2 cik Yana ckp nk terminate,,
die kate dlm tempoh 2 thun xleh terminate law tak kene byr 200,,
die saje je nk knekan student yg innocent gile ni,,
hahahaha~
last2 cik Yana kuarkan duit 210 kibas2 kat die pastu ckp konfem nk terminate,,
pastu ckp keep the change,,
sumpah die kutuk cik Yana minah berlagak pastu,,
hahhaha~

inanina said...

bab yg follow up tu sye sokong.. kalau x depa ni dok pelekeh kita... keja men2.....

Pinky Pixie said...

> Cik Yana : kesiannya kamu. pergh, kne sponsor sndri plak. x patot sungguh. haha.. nape cik yana baya. kan da rugi. isk, 210 tu. kalau 21 hengget xpe gak.. hehe

> inanina: betol tu. asik buat mcm layan n x lyan je.

Isyraq said...

huhuhu... mmg pedih menunggu tp berbaloi... kebanyakkan syarikat koporat skang dh xde duit.. diorg dah over budget... huhuhu...

Naz Al Yahya said...

hehe..tu dr celcom pinky, xde tips camne nak dptkan duit kembali dr 'pihak2' yg pnjam duit tp tak geti nak byr? kekeeke

jenuh dah ni, pnjamkn duit..coz simpati, last2 org tu dia jer..&^#%$@( tol..hahaa

Hezesuze said...

kat mane2 pun kalo kita buat aduan kene follow up...kalo tak dowang sonyap jek camgitu...lagi2 melibatkan wang ringgit...huhu

Pinky Pixie said...

> Isyraq : haha. ye ke. mustahil sykt besar x de duit. sponsor itu ini boleh? hehe

> Syarifah Nornazrah Al Yahya : haha. yang tu yatie x penah kena lagi, so xtaw la plak cane. ekeke

> Hezesuze : betul tu! hehe.. x kisah la brape nilai, kan duit juga tu.. hihi

Naz Al Yahya said...

Pinky : hahaha...tu la psal, jenuh dah pikiaq camne nak minto blk duit yg d pjm xbyor2 tu tnpa menguris hati..isskk...susah ehh jd terlmpau baik ni?

Pinky Pixie said...

> Syarifah Nornazrah Al Yahya : kita yg rase serba slah kan? sbb x smpai hati. huhu.