Thursday, May 7, 2015

Percutian di Lexis Hibiscus

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hi, rindunya kat blog. Da lama dah angan-angan nak update blog, tapi selalunya entry tu tersangkut dalam otak je. Tak tertaip kat blog. Dengan alasan busy, padahal tak lah busy mana. Ok, kita mulakan dengan entry percutian di Lexis Hibiscus, Port Dickson selama 2 hari 1 malam pada 15 April 2015. Bila uploadnya gambar kat facebook tu, ramai yang whatsApp dan bagi mesej kat facebook tanya tengah bercuti kat mana. Padahal tak lah bercuti jauh mana pun. Ini pun kakak iols yang sponsor. Aku cuma bawa badan je kat sana. haha. 

Harga? Rm 399 sebab time tu tengah promosi sempena pembukaan. Yang tanya lokasi tepat tempat ni, aku tak reti nak jawab sebab seperti sedia maklum, bab jalan ni aku tak power sangat. Selalu lupa. Korang google la sendiri. Haha

Pastu ada yang tanya best ke tak. Yela bila tengok gambar, pemandangan yang cantik, siap acah-acah tengah memancing lagi kan, sape tak teruja. Haha. 


Kat bahagian depan tu ada taman permainan kanak-kanak dan kolam. Sementara tunggu urusan check-in selesai, aku lepak sini ambil gambar dan biar budak-budak ni main. Part tak best kat sini adalah time nak check-in tu kena tunggu lama. Padahal kteorang ni kira sampai lambat gak. Check-in sepatutnya jam 3pm. Kteorang sampai jam 4pm. Still belum dapat bilik lagi. Jam 5.30pm camtu baru dapat masuk bilik. Erghhh. 



Sebenarnya takda niat dari mula nak taip entry dalam blog, so takde lah ambil gambar banyak pun. Ni pun snap sikit sebab kawan-kawan nak tengok dalam bilik tu macam mana. 


Kteorang datang 1 family.Aku dengan mak dan 2 orang adik lelaki.dan Kakak aku dengan suami dan budak kecik 2 orang tu. Memang muat je 2 katil. semua kecik-kecik kan. haha.

Adelia dan Ayman suka lepak kat situ tengok bahagian bawah tu. Cehh, padahal aku pun join sekali gak dengan harapan nampak ikan kat bawah tu. Harapan je la. Tapi sambil tu terbayang gak adegan Final Destination, kot-kot kalau cermin kaca tu pecah matilanak jatuh dalam laut. Terkapai-kapai pastinya. 

Yang bestnya time lepak sini, bahagian depan tu belum ada orang lagi. So takde la sesi hai-hai dengan orang bilik depan kan. 

Kolam tak la besar sangat, tapi cukuplah buat main terjun-terjun dengan budak-budak tu. Kalau rasa nak renang kuak lentang ke kuak kupu-kupu ke, sila terjun dalam laut tu. Sebelah kolam tu ada bilik sauna. Bila sejuk je terus masuk bilik tu. Tapi duduk dalam bilik sauna pun dalam seminit kot. Badan kurus takdak lemak gitulahh. Kat bahagian dalam ada bilik mandi dan toilet berasingan tapi pintunya tak berkunci. huahua. tak tenang betul nak mandi or buang sisa kumbahan. 





Kalau mandi dengan budak-budak, pastikan ada orang dewasa lah. Kang sia-sia ade yang terlompat ke dalam laut tu. 


Acah-acah memancing di pagi hari. memang drama queen betul. Alatan memancing tu abang ipar yang bawa. Memang dibenarkan memancing kat situ. Cuma buat masa ni pihak pengurusan tak sediakan lagi. akan datang mungkin da ade kot. 

Tapi malam tu dapat la sekor ikan. Pun cukup teruja dah. haha. 

Aktiviti malam agak membosankan. Sebab kteorang lepak dalam bilik je sambil tengok movie dan makan-makan. Biasalah kalau berjalan dengan mak ni kan, macam-macam dia bawa. Menu pada malam tu, macaroni cheese dan nasi berlauk yang dibawa dari rumah. Siap buat puding buah-buahan lagi ye sebab ada peti sejuk mini kat situ. Kenyang.

Okay, time nak balik tu tak sempat bergambar sebab nak cepat. hihi. check out jam 12.00pm. sekejap sangat masa berlalu. 

Kalau rasa nak honeymoon kat sini pun okay sangat dah. Sekian sahaja sesi warm-up update blog. kahkah. nanti aku update cerita basi yang lain. 

1 comment:

faeizah said...

Boleh tahu x no room yg u dpt..tq