Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 8, 2015

Mini Pavlova- Sedap & mudah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak dah tak busy sangat ni, selalu je nak buat dessert-dessert. Kuat makan tapi berat tak naik-naik. Sedih. Gambar di bawah adalah percubaan pertama membuat pavlova semula setelah bertahun-tahun tak buat. Sebab baru-baru ni my mom da bagi guna oven dia, kalau tak memang tak merasa lah. Untuk percubaan kali pertama, aku menggunakan buah-buahan mewah seperti strawberi. Lepastu bila nak beli buah kiwi rasa macam lagi mahal, so aku menggantikan dengan buah anggur hijau. kahkah. sejak ade gst ni, aku macam berkira-kira skit untuk berbelanja. Yang warna kuning tu guna buah mangga yang ada kat rumah ni. Memang sedap wei, rasa masam-masam manis. Rupa pun nampak cantik sikit lah ada warna mcm tracffic light skit kan, baru ceria. Baru semangat nak makan. 

Untuk percubaan kali pertama dapat dalam 13 bekas kot. 


BAHAN-BAHANNYA 
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung


Untuk Krim:
240ml whipping cream
20 gm castor sugar
Buah2 kesukaan..
( yg masam2 mcm strawberry, berries. peach 
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)

***untuk resepi dan step by step untuk membuatnya aku rujuk kat blog  
Sweet Vanila : STEP


yang ni cubaan letak taburan milo kat atas cream, buat hiasan je. Padahal rasa still sama gak.

Bahan-bahan nak buat pun senang, so aku repeat kali kedua. Lagipun bahan ritu still ada. 

Untuk kali kedua, aku buat 2 adunan terus. Sebab buat 1 adunan tau macam rugi je, dapat sikit sangat untuk 1 family makan. yela, adik-adik aku kan perut tong, mana cukup makan sikit2. kahkah. Untuk kali percubaan kali kedua, dapat 30 biji. Tapi menggunakan buah-buahan dalam tin dan anggur. Ingatkan tak sedap, tapi licin gak 30 biji. 


Buat mini pavlova ni senang skit sebab senang nak simpan dalam peti sejuk. Lapisan bawah tu still boleh simpan dalam seminggu camtu kat luar tanpa letak cream kat atas dia, still fresh gak. Macam sehari aku buat sikit-sikit letak dalam peti sejuk. Lama-lama habis. 


Sekian, 


2 comments:

MizzTina said...

ok, dh boleh kawen.. :P

dak eina said...

sedapnyaaaaa...