Friday, May 31, 2013

Puas hati!

Salam. 

Akhirnya berjaya juga memiliki Alcatel One Touch Glory 2s. Punya la lama nak buat keputusan padahal nak beli telefon 50hinggit je. Okay, jangan pandang sebelah mata walaupun android ni 50 hinggit je taw. Bak kata kakak aku, telefon murah ni juga yang membantu dia jalankan bisnes butik dia tu. 

Nak tunggu dapat beli galaxy S3 / galaxy note pink yang di idamkan tu, tunggulah kalau ada anak dato nak kawen dengan aku bagi hantaran tu. puihh, berangan tak ingat dunia. 

Ya, aku punya warna putih tu, setelah lama buat research, mungkin rezeki aku semalam. Tetiba tergerak hati untuk tanya di digi store Mydin Mitc Melaka. Dia kata stok baru akan sampai pukul 5 petang. Punya lah berbunga hati. Terus contact kawan-kawan yang tak nak guna rebate SKMM RM200 tu. Aku punya rebate da expired 15 hari gara-gara susah sangat nak cari hp Alcatel ni. 



Key Features:
  • 2.0MP camera with VGA-quality recording
  • 3.5 inch HGVA touchscreen display
  • 1GHz processor


Bersyukur la kan. telefon murah pun, dapat juga guna instagram dan pages manager untuk facebook yang mana lebih menyenangkan aku untuk handle fanpage PINKHEARTCRAFT tu. Ni gara-gara blackberry yang tak berapa nak canggih da sekarang. hihi.