Sunday, February 17, 2013

♥ Video: Baby menari & baby kena lambung ♥

Assalamualaikum dan hi!

my sis & Aisy Ayman

Sebenarnya aku tak faham macam mana baby yang baru setahun da pandai menari macam-macam gaya. Dalam video ni, Aisy Ayman rancak menari macam ade step tertentu. Selalunya just goyang badan kanan kiri je bila dengar lagu nasyid. Kat rumah pun takde sorang yang tunjuk or suruh dia menari. Gila comel okay. Berkali-kali tengok video ni. Video yang my sis rakam ni 9 saat je. Tapi masa first time tengok tu, aku sendiri konpius. mana budak ni tiru aksi menari. nak kata tengok tv, jarang sekali. 


Dan tiba-tiba harini keluar pula kat news feed facebook, cerita baby kena lambung . Memang seram nak tengok tapi still nak tahu ape yang jadi kat baby tu. Tak sampai separuh pun, rasa macam nak nangis. Baby yang comel mungkin baru beberapa bulan dihempas-hempas. Mungkin sebab baby tu asyik menangis, dan dia geram agaknya. Arghhh tak tahu nak cakap apa. Sedangkan binatang pun orang belai-belai. Inikan pula manusia, baby yang comel diperlakukan macam tu. Harap dapat hukuman setimpal orang yang buat macam tu. Ni video baby kena lambung tu: