Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 20, 2013

♥ Roti prata & pisang ♥

Assalamualaikum dan hi!

Kita sudah tentunya tahu tentang pelbagai khasiat pisang. Antaranya 

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

sumber: halaqah.net

Dan hari sabtu yang lepas my mom belanja makan roti paratha. Disebabkan papan iklan nya macam best, kami pun cuba roti paratha dengan berintikan pisang dan coklat. Okay sangat sedap rasanya. Terus my mom bagi idea. Beli roti paratha sejuk beku tu dan buat sendiri kat rumah. Terus minta abah belikan pisang pula. 

Senang je nak buat. Kira makanan petang yang paling mudah dan cepat untuk orang bujang yang M...s macam aku ni. huahua. Panaskan roti paratha tu kemudian letak hirisan pisang atas dia. Roti paratha yang aku beli siap tu sangat lembut okay. Disebabkan coklat cair takde, so aku gantikan hirisan cheese.Not bad. Tapi still. roti paratha dengan coklat cair dan pisang lagi sedap. hehe. 



1 lagi resepi guna pisang ialah 2 keping roti Gardenia biasa tu. letak aiskrim vanila dan kemudian atas dia letak hirisan pisang. Apitkan dengan roti macam sandwich. Yang ni idea sendiri. Sangat sedap okay. Kalau bosan makan roti kosong asik sapu jem je. boleh cuba resepi ni. Pastikan pisang yang da masak dan manis tu. Jangan guna pisang kelat pula. 

Gambar ambil dari Google.