Thursday, October 4, 2012

♥ Tukar kampus ♥

Assalamualaikum.hai. 

Rindunya nak menaip dalam blog picisan ni. Hampir sebulan ditinggalkan. Rasanya ramai kawan blogger aku pun dah jarang update blog. Yang betul-betul tegar je dapat update hari-hari. Okay, kita masuk ke cerita yang ingin di sampaikan hari ni. 

Disebabkan baru dapat sijil sebab join tournament futsal semester lepas, maka kerja mengemas kini sijil pun dimulakan. sedang selak-selak, terjumpa lah surat berikut. Permohonan menukar kampus. Konon nak tukar ke kampus Bandaraya Melaka. Memang remuk sungguh hati bila dapat tahu kena sambung Segamat, lepastu parent suruh pergi pula kan. Nasib la dorang sokong nak tukar ke Melaka. Bagi dorang Segamat ni jauh walaupun perjalanan cuma 1 jam 30 minit je. Surat yang dibuat atas bantuan mamat hijau ni. Siap ada surat dari doktor lagi. Kemain beriya aku nak tukar kampus masa memula masuk UiTM Segamat. Lepastu da seminggu masuk, surat ni tersimpan rapi tak jadi hantar. harhar

Dan sekarang da setahun lebih berada di Segamat, tempat bersuka ria, berfoya, air mata mengalir. Nama pun student, stress da jadi makanan harian. Bantal tu boleh buat perah air mata. Dengan assignment dan presentation, selalu stress, selalu down. dulu selalu rasa nak quit. sekarang, lebih chillex sedikit. Tapi bila study subjek berkaitan nombor je rasa nak terjun bangunan. Kenapa lah perlu mengadap subjek susah macam add math dulu. hurr.  Dan setelah masuk semester 3, dah tak boleh fikir nak quit. Banyak duit dah dilaburkan. Nak taknak, hidup terpaksa diteruskan.


okay perlu siap ke kelas. surat dicampak ke dalam tong sampah. sekian. 

11 comments:

Rin Saharina said...

Rin pun pena nak tukar University tau.tup2, bila da jumpa rmi kwan kat UIA, terus xjadik pindah :)

Budak Nakal said...

akhirnya ada gak posting terbaru ya^^

Nour Eyza said...

duduk melaka best la.. hehee

MizzTina said...

finally, ada gak entry.. ms study dl, akak xde lak berniat nk tkr kampus ke apa.. hehe.. baik x akak?

khadijah said...

dija dulu pun mula-mula punyalah tak suka belajar kat segamat, bile dah sambung uitm shah alam, rase rindu gile segamat, walaupun kecik, cerok, nanti yati mesti rindu segamat bile dah abis :)

Yatie Musa said...

@Rin Saharina: sama la keadaan kita. hee =)

Yatie Musa said...

@Budak Nakal: hee. terima kasih sudi jenguk =D

Yatie Musa said...

@Nour Eyza: memang melaka sangat best. semua ada. hihi

Yatie Musa said...

@MizzTina: ni mesti ada bopren kat sane kat kak. haha

Yatie Musa said...

@khadijah: haha, aha ceruk. tapi okay la da ada 1 segamat. hikhiks. yupp betul tu, 1 day mesti teringat balik.

Mysara Ab Rahman said...

xlama g je kt segamat..hee