Friday, October 5, 2012

♥ kawan Parasit. Yes or No? ♥

Assalamualaikum.hai.

Harini kita bercerita pasal kawan. kawan ni ada bermacam jenis. ada yang betul-betul baik, ada yang mulut macam puaka, dan ada yang kawan bermuka buku (talam dua muka). so, di ketegori manakah kita. Dan ada juga kawan yang spesies parasit. Suka-suka je aku melabel kan, ni dari pandangan aku. Aku boleh jadi kawan yang baik dan juga jenis yang bermuka buku. Nak tunjuk benci melampau pada orang lain pun tak boleh juga. macam diri kita perfect sangat plak. no-NO. kita kena berbuat baik pada orang lain, walaupun mereka tak melakukan hal yang sama. 

Kawan yang spesies parasit ni macam mana? Jika anda tergolong dalam spesies parasit ini, mohon baring di landasan kereta api dan tunggu digilis. hikss. duduk di Segamat, hari2 kena tunggu kereta api lalu dulu, kemudian baru dapat melintas. dengan kes orang kena gilis, ohh terngiang-ngiang. okay, tersasar. Kalau korang ada kawan macam ni, apa tindakan korang? nak jauhkan diri, dia mengejar. apa yang dikejar? mungkin sebab dia berkawan dengan anda atas sebab tertentu. Jenis yang pilih bulu untuk berkawan. Siapa kata memilih kawan tu salah? Dah tentunya kita mesti pilih kawan yang baik. Tapi macam mana kalau kita dapat tahu kalau dia berkawan dengan kita kerana sebab tertentu je. Mungkin sebab kaya, pandai, bergaya, kacak/cantik, femes amos, dan sebagainya. So dia berkawan dengan kita atas motif tertentu yang ingin dicapai dalam hidup dia. Sedih bukan. 

Bila susah, dia akan cari kita. Bila senang dia berjimba dengan kawan yang lain. Adil kah persahabatan itu? Tapi kadang-kadang kita sendiri tersepit dengan keadaan ini. Mungkin sebab diri kita lemah lalu mereka ambil kesempatan atau kita memang ditakdirkan untuk mempunyai kawan seperti itu. kadangkala kita sedar kita sedang dipergunakan, tapi tak dapat nak buat apa-apa. itu lagi sedih. 

kesimpulannya, kawan ramai sampai beribu kat fesbuk tak menjamin dia adalah sebenar-benar kawan. kawan sekeliling pun belum tentu kawan yang sebenarnya. tapi beruntung kalau ada kawan sejati yang akan ada untuk susah senang, tangis dan ketawa bersama. 

okay macam biasa. blog sendiri, letak gambar sendiri. kbai.



10 comments:

saya_arief said...

mate biru.
european ea?
kbai.

Budak Nakal said...

sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh membimbing kita ke jalan yang baik dan dapat mengekalkan kepercayaan antara satu sama lain.

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

sahabat yg benar2 sahabat akan ada kala susah senang kita. membimbing kita ke jalan yg benar, nasihat kita bila perlu..dan tegur kita bila kita lakukan kesalahan.

cik dila said...

Manusia macam2 jenis. Kalau kwn tu dpt bawak kita ke jalan yg baik, alhamdulillah. Tapi kalau ke jalan yg salah,cepat2 la menjauh. Hiks.

Niesa said...

dlm sejuta tak tentu lagi 10 kwn sejati yg kita jumpa..sekarang semua org berkwn nk ambik kesempatan.. kwn mcm parasit tu la yg byk..ssh2.. ~_~

Yatie Musa said...

@saya_arief: jeles letew.

Yatie Musa said...

@Budak Nakal: setuju!

Yatie Musa said...

@Syarifah Nornazrah Al Yahya: betul tu naz =)

Yatie Musa said...

@cik dila: yupp. yang baik kena dekat. heee

Yatie Musa said...

@Niesa: kan. betul tu dear.. susah dapat kawan yang tumpang untuk kesenangan je.