Monday, August 20, 2012

♥ Kisah Raya ♥

Assalamualaikum.hai.


Aku tahu korang raya sakan. Amboi penuh sungguh wall facebook aku dengan gambar raya korang yang comel-comel. Dengan gambar bersama family dan saudara mara. Nampak kemeriahannya di situ. Tapi kenapa aku rasakan kampung aku sekarang da kurang meriah sejak 2 tahun ni. Orang berjalan raya da tak nampak sangat. Aku plak yang rasa awkward  bila tahun ni mak abah rajin plak meraya rumah adik beradik atuk nenek aku. 

Dan aku semakin musykil apabila dorang masih bagi duit raya pada aku yang rasanya macam dah lanjut usia. Disebabkan tahun lepas aku bekerja, jadi duit raya cuma dapat dari saudara terdekat jeh. Tapi kali ni, dengan tittle masih belajar lagi, banyak pulak collection duit raya yang masuk. Kalah collection aku time kecik-kecik dulu. kihkih. Untung juga badan kecil ni. Soalan lazim setiap rumah yang aku pergi mesti nak tanya masih bekerja or belajar. Nasiblah takde soalan cepumas bila nak kawen.Aku syak soalan tu timbul kalau aku jawab dah kerja. Dan lagi satu kalau umur agak-agak da masuk destinasi wajib kahwin, mesti soalan tu akan timbul. Ataupun muka kau da tak macam student lagi. eleh nak cakap muka sendiri muda remaja letew.

Setakat ni baru 2 kali orang datang beraya. Akan ada ke orang yang akan datang hari berikutnya? kuih tunjuk mak tu kemain banyak, siapa nak habiskan. hurr. Kuih tunjuk a.k.a kuih buat di kedai. huehue. Start tahun ni mak aku da bersara dari buat kuih raya. Mungkin da letih buat kuih raya beberapa tahun yang lalu dan nak tumpu pada ibadah bulan Ramadhan tu. Tak sama raya dengan kuih sendiri dan kuih tunjuk. Sebab aku rasa kuih buat sendiri lebih sedap. hihi. 

Raya tahun ni pun tiba-tiba semangat nak boria dengan family warna purple. Kalau tahun sebelumnya memang kalerful habis macam warna bendera jalur gemilang. Asalnya nak sama dengan warna family along. Tiba-tiba dia khianat tukar warna tema kepada hijau. ciskek betei. Btw, mekasih mak sponsor baju n tudung raya. okaylah tu aja cerita raya aku. Korang bagaimana? heeee~ 


9 comments:

Budak Nakal said...

Erm tahun ni raya koz biasa2 sahaja.Sama lah kita terasa bila dh dewasa raya mcm x semeriah time kecik2 dulu^ ^...wah lau yati dpt wet raya, koz pemberi sumbangan wet raya...ahak...

Erna Ziana Lamsera said...

selamat hari raya dr nana ^^

saharinasaharudin said...

alololo,comelnyeee :) untunglah dpt bnyak duit rya.mai share ngn rin ckittt ;)

syafieka nur said...

salam aidilfitri kakak :-)

Aida Azryn said...

Selamat hari raya! <3

Niesa said...

kt kpg niesa pun xrasa kemeriahannya..sunyi je..kt kpg org lain meriah la pulak..hehe..selamat hari raya yati!

kinn said...

salam adidilfitri. comel nya awok. ;)

yana lyana said...

Selamat hari raya! :)

cik dila said...

haha,tang duit raya tu pun thn ni mcm dpt lg byk dr last year. Padahal dah hbs belajar,tp mungkin sbb belum kerja.

Ermm,sama la.. raya thn ni biasa2 je,tak de meriah nya. Tp soalan cepu cemas tu dr tahun lepas dah dapat.. Haih.. -_-