Monday, April 2, 2012

♥ Selamat Pengantin Baru! ♥

Assalamualaikum.hai.

Sebulan tak update blog. Ini satu kemajuan! haha. Ini adalah petanda-petanda blog ini hampir hilang ditelan masa. Banyak benda yang berlaku dalam sebulan. Tapi cuma nak cerita pasal wedding kawan sekolah rendah. Tapi ni batch kakak-kakak sebab time darjah 3 dulu terus lompat masuk ke darjah 5. Makanya ini kira geng kakak-kakak yang tua setahun. hewhew. Kemain lagi dengan panggilan kakak time sekolah, time diploma, yang tua setahun takde pun aku panggil kakak. cesss. 

Time da siap-siap keluarkan heels. Tiba-tiba my mom bersuaraaa "haaa. kaki baru jatuh tangga, ada hati nak pakai heels. Jangan nak ngada-ngada, pakai je sandal tu." Dengan muka sedih, simpan balik heels. Takpe. takpe. lain kali nak simpan heels dalam kereta terus, pakai time mom tak nampak. *evilface*

Jarang dapat berkumpul dengan mereka. Masing-masing da ada kehidupan sendiri. Tapi kira bernasib baik sebab masing-masing masih tinggal berdekatan. 

Seorang demi seorang dah kahwin. Rasanya macam baru semalam sekelas bermula dari darjah 5 dengan mereka. 

Tahniah sis Azrin. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. 


Sedang menyiapkan assignment tapi masih sempat nak update. Sepatutnya tidur awal sebab da nak balik Segamat, mohon esok jalan pulang ke Segamat tidak sesak. wuhuu. Tiba-tiba kekok nak taip entry panjang-panjang. Cukuplah sampai di sini. ohh ya, gambar semua low quality, lupa nak bawa kamera. Guna kamera enset sahajaaa. =(

17 comments:

saharinasaharudin said...

bl plak turn yatie? ;)

Puan Besar Shag Yahaya said...

Wahaaa~ Baju Yatie lawo :D

Yatie Musa said...

@saharinasaharudin: tunggu awk dlu. wuhuuu~

Yatie Musa said...

@Puan Besar Shag Yahaya: kebaya biase je yunk. maceh.. =D

saya_arief said...

comel nye kawan2 uu.
:P

Yatie Musa said...

@saya_arief: gatal kemain. haha

Fid Yuuji said...

hai kawan yati yg pakai kain oren tu :p

kinn said...

cumel nyeee yatie. :D

MiMiEy :) said...

bila pulak turn kak yatie ?

:)

Yatie Musa said...

@Fid Yuuji: haha. nk try jugak tu =P

Yatie Musa said...

@kinn: gambar tu menipu. =D

Yatie Musa said...

@MiMiEy :): tunggu anak raja masuk meminang. wuhuuu~

Cik Yana said...

Aaaaa~ lame tak datang sini. Cik Yana pun da jarang update belog. Huhuhu~

Aish~ turn cik Yatie bila pulak? Nanti jemput tau :P

Nak Handphone case comel?

nursyazwanee damea said...

baru berkesempatan tengok. awesome entry !! :DD

Yatie Musa said...

@Cik Yana: kita pun da lame xdpt singgah blog awk. wuuu. ampun. kita tunggu awk kawen la. hihi

Yatie Musa said...

@nursyazwanee damea: hahaa. malu saya.

Niesa said...

lawa baju..semestinya pink itu cantik!kankankan.. :D