Saturday, February 4, 2012

♥ Cheese Cake & Trifle ♥

Assalamualaikum.hai.

                          
Bertemu lagi dalam edisi main masak-masak. Entri macam ni memang limited edition. Time cuti semester je akan muncul. Padahal baru 2 kali je main masak-masak kat dapur tu. Semalam berjaya membuat Japanese Cheese Cake dengan ibunda serta kakak dan hari ni pula telah menghasilkan Trifle Suka Hati. 

Inilah rupa Japenese Cheese Cake yang leper dan tak gebu tu. Bhahaha. Apelah dosaku padamu. 

 
Bahan yang digunakan untuk buat Japenese Cheese Cake: 5 keping chedder cheese, 200 ml susu segar, 5 biji telur, 70 g tepung Blue Key, 70 g butter, 70 g gula kastor.  Siap ada nota resepi kat atas tu. muahaha. 

Setelah frust dengan cheese cake yang tak jadi sangat. Aku pun membuat transformasi kepada trifle pula. Trifle tu apa? Trifle ni adalah desert yang menggunakan bahan seperti kek span, custard, buah-buahan, gelatin,whipped cream dan sebagainya. Kemudian di susun berlapis-lapis dengan cantik. Kalau nak lebih paham, silalah menggoogle gambar.

Inilah padahnya menderhaka terhadap resepi yang diberikan. Ikut suka hati je buat resepi sendiri. Stepnya, Lapisan bawah aku potong cheese cake kecil-kecil. Lapisan kedua aku masukkan puding castard menggunakan bahan 1 gelas susu cair, 2 gelas air, 3 sudu makan tepung kastad dan 2 sudu makan gula. Lapisan ketiga aku letak jelly. Kemudian susun buah anggur kat sekeliling dan atas sekali letak whipped cream dan buah peach. Dari segi penyusunan dan menghias trifle ni sekali lagi aku failed. Comot dan tak teratur. huahua. Tapi dari segi rasa, alhamdulillah tak mengecewakan anak tekak mereka yang ada kat rumah ni. Da licin da semua. =..='