Monday, January 30, 2012

♥ Oreo Cheese Cake ♥

Assalamualaikum.hai. 

Harini kita bertukar bidang. Tak lagi menjahit tapi membuat oreo cheese cake yang mudah, cepat dan lazat. Pehh da macam tagline kat kedai kek pulak. Resepi diperoleh dari sherahxoxo: Resepi Oreo Cheese Cake. Gambar memang semua agak blur, yela macam biasa guna kamera enset sebab da gelojoh tak sabar nak makan. 

Aku buat dalam masa 2 jam juga maklumlah orang tak reti memasak. bhahaha. Tapi kira menjadi jugalah macam cake secret recipe tu. mabeles. cehh, buat sendiri dan puji diri sendiri. peduli ape. Cuma potongan kek je yang memang failed. kahkah.  

Adik aku kata lepas ni secret recipe konpem tutup. Sebab dia nak melabur supaya aku tukar bisnes jual kek pula. cehh. berangan je la kan. Duit topap nak mesej gepren pun mintak kat aku. puihhh. 

Bahan-bahan dia aku ikut sama dengan si sherah just guna jenama yang lain sedikit je. Yang paling susah nak cari tu gelatin halal. Tapi rupanya ayah aku da beli 3tahun yang lalu jenama halagel tu, puas la aku mencari kat semua tempat. 

Ini lagi satu step yang aku silap. Letak dalam loyang tak pakai plastik or kertas minyak, nak keluarkan dah susah. Mak kata takpe, belajar dari kesilapan pertama. Adik aku plak kata, takpe. Masuk perut hancur juga. Yeah, korang semua memang pandai mengambil hati aku supaya aku buat lagi. Kan? Dalam poket je trick korang semua neh. 

K. kalau korang nak cuba buat juga klik je link kat atas tu. Dijamin sedap dan memerlukan bajet yang sedikit je. Tinggal rajin or tak untuk buat. Tak payah masuk oven bagai. Masuk peti ais je. Sebab tu aku rajin buat. haha. Agak-agak dah boleh join MasterChef? kbai.