Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 18, 2012

♥ Baucar buku? ♥

Assalamualaikum.hai.

Aku kembali secara rasminya untuk tahun 2012 ni. cehh. nampak tak bertapa semangatnya,  kata-kata yang baru di ucapkan tadi. Gila tak semangat. Exam da habis kot. Makanya akan selalu la nampak aku update entry kat blog ni. Dan mulakan kegiatan yang lama terpendam. Nak blogwalking, nak baca entry kawan-kawan yang selama ni selalu support aku walaupun aku tak berkesempatan melawat blog mereka-mereka. Ada yang still nak follow walaupun blog ni berkurun tak update entry. Rancangan macam nak buat giveaway. Tapi da lama tak lepak dalam dunia blogger ni, so kena warm up dulu. ehh? 



Di samping itu, sempena cuti semester selama sebulan lebih ni, dapat juga digunakan untuk bershopping. Bershopping beli buku ya anak-anak. Bukan shopping beli shawl n dress yang cantik-cantik. Ya, nasib la Kerajaan bagi baucar kan. Kalau tak memang selamat la duit RM200 tu ke tempat lain. Memang harapan la kalau aku nak beli buku kalau dapat cash. Aku syak korang pun sure macam tu juga kan. Rupanya kakak aku yang belajar part time tu pun dapat. pehh.. patutnya mereka yang masih belajar full time je dapat. Ni orang yang kerja pun sama dapat. Ada bau kedengkian di situ kan. ahh. sempat aku google info pasal baucar:

TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

see. diulang. majalah ilmiah ye anak-anak. lepastu, boleh la beli pen, pemadam dan barang lain untuk stok setahun terus. 

9 comments:

Rin Saharina said...

best kan baucer buku.rin xguna lgi.start sem baru nnti,baru nak guna ;)

Yatie Musa said...

@saharinasaharudin: jom sopink sesama! ekeke

Naz Al Yahya said...

ehekkk, naz student PJJ pun bakal dapat. tapi time gi USM nnt le :D

p.s : jgn jeles2.heee

cik dila said...

Masa nak amek baucer ni subhanallah,beratur bukan main panjang lagi. Ade la dalam sejam lebih baru sampai turn. Sabar jela,duit punye pasal kan. Mujur baucer,bukan cash. Kalau tak,jeng jeng jeng..heheee...

Nurafizah Che Ap said...

tak guna pun lagi voucher ni. member siap beli novel lagi guna voucher ni.

Yatie Musa said...

@Snazzy Naz: ahaa. pjj pun dpt. wuhuu. tak aci. kehkeh. suke dengki org. lalalaaa

Yatie Musa said...

@cik dila: sme time yt g amek gak. hee. tp xbrape pnjg sngt la. nasebbb

Yatie Musa said...

@Feza: bnyk la stok novel boleh beli eaaa...

Niesa said...

niesa xdpt lg pun baucar ni..target nk hbis kan rm200 tu beli stationry..whahaha..xtau nk beli buku apa + last sem..masih samar2 dimindaku tentang baucar tu..hehehe..