Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

♥ Penutup 2011 ♥

Ini kira entry terakhir dari aku. Ya, da tentulah terakhir sebab esok bermulalah tahun baru dengan kisah baru. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk menghabiskan sisa tahun ini. Walaupun terlalu banyak dugaan tahun ni. Kira paling teruk sepanjang aku hidup. Syukur sangat sebab aku dianugerahkan dengan orang yang baik hati, yang bantu aku waktu aku jatuh terseungkur. Yang rapat dengan aku mungkin tahu kisah hidup aku. Yang baru kenal aku, tak perlu cari entry sebelum. Rasanya sempurna sudah aku delete kisah silam. 

gambar dari ayeem. 

Aku nak buat ucapan ni, moga-moga takde yang muntah darah dengan ayat aku. First, terima kasih tak terhingga kepada family, bonda ex bf, kawan-kawan rapat dan kawan secara maya aku. Mungkin sekarang sakit tu semakin berkurang, walaupun tak sembuh betul. Parut tu pasti akan ada. InsyaAllah, aku cuba hapuskan rasa dendam. Aku juga manusia biasa. Tak lari dari kesilapan. Tapi aku percaya ada sebab kenapa Allah hadirkan seseorang dalam hidup aku dan tarik semula dari aku. Bulan Feb tahun depan cukuplah setahun aku menjanda. kahkah. sekejap sungguh masa berlalu. Dan aku tak faham macam mana kawan-kawan aku boleh melalui zaman single bertahun-tahun. Kadang-kadang single itu indah bukan. *ayat forever alone*. Ya, 3 insan yang sangat rapat waktu tu, kak suzi, kak lily dan nafie yang bantu aku bangun saat aku lansung tak ada tenaga nak bangkit. Dan ramai lagi yang bantu aku harungi hari-hari yang sangat menyakitkan. Hanya Allah je yang mampu balas jasa mereka.


Dalam tahun ni gak, wujudnya 2 insan baru dalam keluarga aku. Seorang abang ipar baru dengan anak akak aku yang lahir 12.12.2011. Walaupun macam ada problems masa nak bersalin tu, akhirnya keluar juga Aisy Ayman. Tetiap minggu balik dan bila nak final ni terpaksa tahan rindu nak cium aisy. Nasib ada stok video yang kakak aku selalu send kat bbm. Video muka baby tengah meneran nak berak pun boleh hilang kerinduan dari jauh. kehkeh. 

Doakan aku lulus final exam yang bertarikh 5,8,15 dan 16 Jan nanti. Entry seterusnya akan di update selepas tarikh tersebut. Aktiviti craft juga bermula selepas tarikh tersebut. Sekian. Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga azam baru korang juga akan tercapai. Amin. 

3 comments:

Niesa said...

hurm..sama la kita..byk sgt kisah duka..hukhuk...apa2 pn..selamat tahun baru..semoga tahun baru ni memberi cerita baru utk kita semua..^^,

Yatie Musa said...

@Niesa: you too dear. semoga tahun baru lebih indah jalan ceritanya. =)

Model Busana Muslim said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal