Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 20, 2011

♥ Mari Mencuci Hati ♥

Assalamualaikum dan hi!


Kalau la kita boleh mencuci hati seperti dalam gambar di atas. Betapa mudahnya perjalanan hidup ini. Malangnya, bukan begitu caranya untuk mencuci hati kita. Ketika menggoogle semalam terjumpa artikel ni, dan rasa nak share something yang boleh kita guna sama-sama. Artikel ni diperoleh dari: http://feryco.com/

Cara untuk mencuci HATI:

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang 
mengumpat.

#mari mencuci hati. =)

10 comments:

Unknown said...

aiyorkkkk..jum same2 cuci hati.same2 kite mmperbaiki ye.:)

Yatie Musa said...

@ecah mashuri: insyaAllah =)

Miss Kira said...

bagus untuk mengingati diri.. ^^

tq.. ;)

sarah mohamad said...

sama2 la kita bermuhasabah :D

Yatie Musa said...

@Miss Kira: betul. sama2 saling mngingat.. =)

Yatie Musa said...

@sarah mohamad: yokk.. =)

Puan Besar Shag Yahaya said...

Kalau cuci hati macam dalam gambar tu, bila perlu jela cuci kang. Badan pun malas je nak basuh ini kan hati :P

Tapi, betul gak! Kena dekatkan diri dengan Allah kalau nak hati bersih. InsyaAllah, semua sayam!

Yatie Musa said...

@Puan Besar Shag Yahaya: betul tu dear. hehe.. moga kita mnjadi org yg dsyangi kawan2.. =)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

nice , klorokkan hati dgn benda2 positif :)

Yatie Musa said...

@miss lolly a.k.a luvfareda: thats rite.. =)