Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 1, 2011

♥ Pengambilan pelajar bermula September 2011. Kena tunggu lama lagi? Omg ♥

Salam. Macam biasa, entry pertama di tahun baru. Ingat korang je ada? Aii ada juga eh..eh.. Rasanya ramai da gelabah hari ni, maklumlah isnin da start sekolah, ada yang start balik ke uitm. wuwuwu. bestnya korang kan. Saya juga tercongok kat rumah. Cuti ke hari bekerja ke tetap menjahit. hehe. Esok adalah hari terakhir korang bersenang lenang kan. Termasuk adik yatie yang 2 orang tu. Seorang masuk Tingkatan 1, Seorang lagi masuk Tingkatan 4. Sunyi la kat rumah lepas ni. Kalau tak, aktiviti budak-budak ni main game PS2. Seorang lagi buka facebook. Siap sempat buat bisnes oii, bisnes sewakan permainan PS2 kat kawan-kawan. Sejam RM2. Kahkah. Da macam cyber cafe rumah ni. huhu.  

Semalam dapat info ni, pengambilan U bermula bulan September nanti. Omg, sebelum ni pengambilan adalah bulan Julai. So, memang agak lama la menanam anggur di rumah. Mak kata tak apa la, nanti duduk rumah belajar menjahit sementara tunggu pengambilan tu. Errr, kalau dapat bulan Sept. Kalau tak dapat? tunggu lagi tahun depan.. Pehh, nanti mesti hilang punya niat nak sambung belajar. Abah suruh sambung di ipts je. Masalahnya, yuran dia bukan mahal ke? ish2. Pastu bidang marketing ni macam tak luas. Takut sijil tu tak diiktiraf plak nanti. Haih, pasrah je la. 

Nak baca lebih lanjut klik kat sini: 

Sesi pengajian IPT bermula September 2011

Jadual ni plak boleh dapat kat sini: Tarikh Penting. 


Selamat kembali ke sekolah! hehe.

6 comments:

joonie-girl said...

sabau aje la , tehee

dak eina said...

betul ke?? dh boleh bayang.. if dpt sambung stdy..eina kawen tyme ngah stdy.. hahaha

Naz Al Yahya said...

xpe, slowly..naz dlu pun..sblm wat PJJ ni, 3 tahun menanam anggur. tapi tak tumbuh2la buahnya... naz dlm tmpoh 3 thn tu, belajar mnjahit, and sblm keje tu...ambik tempahan wat bju kurung :)

Aretikz said...

Pergh ~ memang lama betul.. nasib dah tak study lagi.. haha..

Anonymous said...

alaaa..Sy ingatkan lepasan spm macam sye ni pon msuk lwat jgk rupernye tgok2 awal bln 6...
nii x bez niih....huhu..

p/s;dah lme x jnguk n komen blog akk ni..agk2 mzti dahh lupe sye kan?hee3 =D

Ruby said...

Wah.. nice blog you have.. pinky.. Nanti dah dapat sambung study, study leklok eh.. :)