Monday, November 1, 2010

♥ Pengalaman di Melaka Wonderland Theme Park ♥

Salam. 

Family Day untuk staf Telekom Malaysia semalam memang syok gila ok. Pukul 7 lebih, kami da gerak ke Ayer Keroh, Melaka. Bangun pun harus la awal juga kan. Pehh, da lama tak mandi pagi seawal pukul 6 sejak habis belajar. haha. Sampai jer, sementara tunggu abah ambil tiket masuk, sempat la juga ambil gambar dengan maskot ni. Tu pun my mom yang tarik kami adik beradik untuk dekat dengan dinasour2 tu. Maklumlah semua anak-anaknya pemalu. Hekhek. 



Dengan adik yang last, Muiz. 


Cuak juga dengan benda ni. Kat dalam tu perempuan ke lelaki ea. 


Comel gila aksi dia. Bukan adik saya tu yang comel. ngeh2. 


Bulu mata lentik gila. Comel je dengan pampers dia kan. hoho. 


2 adik lelaki yang sangat pemalu! cett.


Time ni naik Rexy Ride dengan adik last tu. Tak semua gelongsor dia boleh naik disebabkan badan dia yang kecik tu. haha. kesian =.='



Yang ni waktu naik Tornado Chaser dengan adik lelaki yang besar sikit. Permainan ni antara yang thrill kat Wonderland tu. 



Kat belakang tu view untuk Big Wave. 


Abah cuma dapat hamper untuk cabutan bertuah. Kalaulah menang tv tu kan best. haha. 

Ok, edisi entry bergambar da habis. Hampir kesemuanya saya naik. Tapi tak ada gambar. Sebab takde tukang ambil gambar. Semua syok main air. hehe. 

Tapi nak tengok permainan yang thrill boleh tengok kat website ni : 

Ada 3 permainan korang wajib naik kalau pergi sini. 


1) Tornado Chaser. Best sangat time tiba kat bahagian tornado tu. Rasa macam lalu kat laut then kena sedut masuk dalam pusaran air. haha. melolong la kat dalam tu. Tapi korang tak akan terbalik la. Time nak turun masuk dalam terowong tu, memang macam nak tercabut jantung sebab memang menjunam dan laju gila. Tapi masih rasa selamat sebab ade terowong, mungkin tak takut sangat. hehe. 

Tornado Chaser.

2) Pendulum. Yang ni pun sama thrill dengan Tornado Chaser. Konsep dia lain sikit dengan gelongsor yang lain. Tapi bagi saya, yang ni totally rasa macam nak bunuh diri je. haha. Kalau rasa-rasa lemah semangat jangan naik kot. Rasa macam nak melayang nyawa time meluncur turun bagai korang naik tikar Aladdin. Tak jejak gelongsor lepas tu terus menjunam turun. hoho. Saya naik sekali jer. Terus taubat tak nak naik. Belum cukup kering hati ni.

 Pendulum

3) Kamikaze Racer. Gelongsor favourite budak lelaki kot. Sebab boleh lumba siapa yang menang. Tapi saya naik juga, walaupun stuck masa nak start. Tak reti teknik dia. Kena tendang dengan kaki pula. Da la menggigil nak terjun, mana la kuat kudrat ni nak tendang. haha. Malu weh, tapi tengok perempuan lain yang naik pun stuck juga. kehkeh. Ada girl yang stuck kat tengah-tengah gelongsor pula. Lagi la malu kot.  Dyorang cakap sebab ringan sangat thats why, sangkut. haha.  

Kamikaze Racer

Tu antara top 3 yang thrill kat Wonderland. Gambar semua dapat dari web dan facebook Melaka Wonderland. So, kalau rasa boring-boring selalu main bowling dan tengok wayang dengan kawan-kawan, apa kata korang pergi sini plak. Meriah gila kalau pergi dengan kawan yang sekepala. Teringin nak pergi lagi la. Tunggu promosi nanti. hehe.



24 comments:

mieraaaa said...

waaa, besnya ;) jeles i ,heheh

sri juju said...

best nye ! best nye ! >.<
jeles ! hahahaha .

dak eina said...

comelnya ade maskot pink itam tuh..haih maskot jugak ke yt tuh..hahaha gurau je...sukanya ade maskot kaler pink..kalau eina xnk dah yg maskot kaler biru tuh...amek pink ngan oren je...sian yg biru..huhu

cacing said...

pergh!! best siot!! mahal tak harga tiket??

aYun said...

Adik, baju cantik sgt2.. overall sgt comeyl! <3 suke suke pink :)

Syarafina Hamidun said...

besh nyeee!!!!!! anyway, chantek baju u yunk =))

Cik Yana said...

bestnye!!!
nak amek jugak gambar dgn maskot comel2 tu!!!!

Un Phat Lee said...

lu pegi tak ajak en.grr... ehe XD

syAzAnA said...

nie bru bukak ke ape? huhu. kat mana ekh?

nurulfaridah said...

bestnye.. ^^

Hezesuze said...

wah haruss terjah nie...minggu dpn abg pomen ada event rally kt melaka ...huhuhu

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

waahh~ sngt adventure.
blum berkesempatan nak gi lagi.
nnt nak gi arr :)

AiDa AzRyN said...

Wah,cambest j~ tak ajak aida pun no?:P

d_LA said...

wahhhh..nak g gak..kamikaze racer tu cam best jer..hehe

MiMiEy :) said...

alahai,
comel gilak semua dinasour 2.
best nye.
akk x ajak pon.
wahahahaha

Tomato Gurl's Life said...

comelnya maskot...
nak ikut jugak!!

F.I.C.K.R.Y said...

Wahhh! Bestnyer akak pi Wonderland hehehee...
Seronok sakan nampak hehehee...

Siap pakai baju pink lagi tu... Memang lengkap arr dengan pakej blog yang bertema merah jambu nie hehehee...

Nanti jangan lupe bawak fikk jalan² taw kat Melaka nanti~

:p



Jom terjah entry sengal ni :

Salji di bumi Beijing~

murnimahyum said...

ala...
murni xg sini lagi...

btw dear, u look so nice in that outfit~

liyana aziz said...

wah, macam best! kena pergi ni.. =)

n!da said...

nak200000x!
nak pegi jugakkk2.

fara said...

wahhhh!!! mcm best oh! :)

Arief Arf said...

best gile wonderland theme park ni..
tak penah pegi pun..
X)

izyan said...

waa..tringin gila nak pegi..dah la jaoh sekangkang kera je.. depan kolej saya je ni tapi tak penah pegi jugak

Watie Abd Rahman said...

wah! teruje lak akak!! dgr cite kamoo.. mmg besh!