Home » » ♥ Hilangkan whitehead & blackhead ♥

♥ Hilangkan whitehead & blackhead ♥

Kali ni nak kongsi tips nak hilangkan whitehead & blackhead yang degil kat muka. Selalunya saya guna blackhead acne remover tu. Itu kalau banyak masa terluang kan. Kalau cara malas punya, guna je produk Bioglo tu. Lepas tepek kat muka, bolehlah buat kerja lain sementara tunggu benda tu kering kat muka. Dalam 15 minute cukup kot. Yang pasti, sampai betul-betul kering kat muka. 

Abaikan wajah si pemakai yang nampak pelik tu. Saya hanya pakai kat hidung je. Masa 1st time pakai, saya sapu kat seluruh muka. Konon macam masker la, then melalak time nak buka tu. Sakit oii. Lagi-lagi kat part muka yang nipis. Macam nak tercabut kulit rasanya.


Ni la hasilnya lepas 15 minute atau sesudah ia kering. Boleh zoom gambar or gunakan kanta pembesar sekiranya tak nampak hokey. Maka, kulit korang akan rasa lebih licin dan bersih. Bila pakai foundation pun, nampak licin je struktur kulit. selamat mencuba. muahaha.


lupe nak bagitahu, jangan tanya beli kat mana. ni my sis punya. suka songlap pakai. ngeh.