Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 20, 2010

♥ Makin takut dengan dunia FB & BLOG ♥

SALAM.

Kadang-kadang saya rasa dunia fb dan blog ini indah sebabnya :

DI FACEBOOK:

1. Tentulah dapat menghubungkan kita dengan rakan-rakan
2. Dapat tahu perkembangan yang berlaku di sekeliling
3. Untuk yang ada bisnes, mestilah salah satu cara nak marketkan produk kan.

 DI BLOG

1. Di blog saya boleh luahkan segala rasa gembira dan sedih.
2. Menambah kawan di alam maya
3. Boleh jumpa blogger yang sama minat menjahit felt seperti saya
4. Tambah pendapatan sampingan dengan Nuffnang. 

Tapi kadang-kadang saya tak sedar :

Alam maya saya telah menjejaskan aktiviti rutin saya seperti makan dan mandi. hekhek. kantoi di situ.
Saya selalu ceritakan personal life di sini sehingga lupa hadnya. Patutnya saya berhati-hati dengan segala aktiviti yang saya lakukan, untuk elakkan dari perbuatan yang tak baik dari orang yang tak dikenali.
Gambar-gambar kita yang berada di alam maya ini mungkin akan disalahguna oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab. Khasnya untuk golongan perempuan. Itu yang saya makin takut ni. Pernah jumpa laman web gambar-gambar rawak perempuan manis bertudung tapi di dalam tajuk video yang tak sepatutnya? Dan peringatan antara satu sama lain, untuk golongan perempuan. Berhati-hatilah dengan gambar yang anda tayang di dada web. Ini untuk peringatan saya juga. Erkk, saya kan suka sangat aksi-aksi dengan kamera. Sila beringatlah wahai yatie!


pssst : sekarang tengah kecoh pasal serangan malware kan. Tapi lappy saya tak detect pun. Mengapakah! T.T




17 comments:

mizayusof said...

whoa! samelah kita. kalau berblog sampai lupa makan. hee

erk, takot jgak pasal gambar tu. bahaya. macam2 manusia boleh buat kan. kena berjaga-jaga dan beringat sebelum kena. thanks sama-sama ingatkan.

Nurulchumel said...

u punya blog tak kena serangan apa2 yunk.congrates!

fiezah91 said...

hohoho.. yg x sedar tu setuju sbb kdg2 pun org mcm tu jgk..ekeke..

Anonymous said...

btol..kena la beringat jugak, lagi2 pompuan.:)

ILA HonEyBuNNy said...

betul tu...sebab tu ila mls nak berblog n fb..sbb kdg2 kita lupa kita telah aibkan diri kita sendri....yala..mmg byk kebaikn jugk fb dn blog neh...yg kita xtahu jadi tahu....so kita kena la hati2....ngeh3.

kechixx said...

kalau saya da start berblog..ehmm..semua aktivit lain di lupakan...hehehehehe;p

CIK TOM said...

haha..cik tom pn sm..kalo berblog smpi xingt makan..hehe...kl boleh nak duk depan laptop je..
erm dgr gak psl malware tue tp cik tom xpernah detect lg stakat ni..

MiMiEy :) said...

setuju dgn akk,
mimie kalau dah mghadap blog benda lain x ingat dah..
takut jugak nak masukkan gmbar2.
takut org edit2..
eiii~seram

cikpia said...

ha ha..... me pun addicted to blogging. tapi macam u said, kena hati2 la.......

btw, sebagai seorang yang bangang, MALWARE tu natang apa????

Unknown said...

td pun blog gue kne malwre...dh buang ads sume..hrp oke la..:)

Miss AZ said...

org selalunya igt yg indah je kat fb n blog.. tp yg x indah terlupa.. so kena hati2 lah kan :)

Hazwan said...

terase pedas tb2 :P

Faizal n Fashitah said...

Memang kena hati-hati. Sebab dalam dunia internet ni, macam2 bleh jadi. So pesan saya, Selamat hari raya.. maaf zahir batin.. ehek

Isyraq said...

huhuhu... tau xpe... jgn nuffnang kena serang suda... hehehe...

eiela said...

yup, berblog membuatkan kita leka. syok sgt membaca sampai tak sedar masa terlampau mencemburui kita.

Amni said...

Sebab tu saya tak suka letak gambar kat blog.. tak nak orang kenal.. ekeke... jadi nak tulis apa2 pon senang.. heheh...

nuriz said...

ya betul tu kita kena hati hati jgn mendedahkan terlalu byk tentang diri kita gambar kita, takut menjadi fitnah. Allah melindungi aib seseorang melainkan org tu sendiri yg mendedahkan aibnya..