Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 12, 2010

♥ RFC? Mesti cuba! ♥

Ini petikan Kosmo! Online untuk hari ini.

~RFC diperluas ke seluruh negara~



KANGAR - HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor. Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

"Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal," katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin. Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu. Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja. Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

psssttt : kepada sesiapa yang masih belum mencuba Ffc ni, cepat2 la rasa selagi stok masih ada. Hehe. Saya update entry ni sebab semalam baru sahaja makan Rfc ni. Tapi x sempat la nak bergambar bagai, sebab terlampau lapar. Bagi yang tinggal di Melaka, ia terletak dalam bangunan Mydin, Ayer Keroh. Memang sedap hingga tak cukup lagi la. ( tagline suka suki ). Saya lagi suka ayam goreng, kentang putar dan coleslaw dari Rfc. Memang umpphh.. Harga pun lebih kurang sama dengan jenama-jenama terkenal. Eh2, yang penting halal ok. 



10 comments:

secantikmanis said...

jom la try sama2
dekat dah kangar dengan i

velasrizal said...

mintak2 cpt la buka branch kt klang valley ni..

Stadium Yang Bakal Di Gunakan Pada Piala Dunia 2018

Anonymous said...

tringat pulak kt sumone yg dh xder bila sebut RFC nii...=(

Chybee said...

best ea? bila la blh try ni. huhu....send kat sini sikit :)

syirakhalid said...

hari tu akak ada mkn RFC kat mydin tue tapi rs dia masin sangat2..terus pangkah RFC..
hehe

Pinky Pixie said...

> jari jemari yang berjoget : u stay kat kangar.. wuuu, jauhnya.. =)

> velasrizal : ouh, tunggu2. nnti jgn lupe dptkan. hehe. siap promote nih.

> mier yuyu99 : ish, jgn sedey2 ye yunk..

> yanie : sgt best. kalah kfc kot.. hikhik.

> syirakhalid : ye ker. maybe ari tuh dy slah resepi kot. haha. yatie suke mkn yg original, x suke spicy.

FCUTEAM said...

teringin nak try.. tapi langkawi masih takde rfc.. T-T



Aiz latest entry
Blogger jenis apakah kamu? PENIPU?
Original waka waka bukan shakira la
Negara millionaire yang miskin



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

Pinky Pixie said...

> AiZ : huhu.. xpe.. nnti sis post dr sini.. miahaha

MiMiEy :) said...

x pnh dgr pown RFC sebelom nie.
kat perak x de lagi.
huk3.
nk try.
msti sdp kan?

Pinky Pixie said...

> MiMiEy :) : belom nk famous lg kot.. ni keluaran org melayu yg difrancaiskan.. erm, sedap sgt.. hehe