Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 19, 2010

Cara Menambah Berat Badan

Ramai orang yang inginkan tubuh yang kurus, tapi ada juga orang yang nak gemuk sebab meraka kurus sperti lidi. (saya la tuh). Tip ini saya ingin kongsikan dengan anda semua. Sebab ape? Sebab saya mengalami masalah underweight. heuuu~ sangat malu kerana mempunyai badan yang kurus. rase down..down..down..down.. oooo~ ahaakkss.. dengan ketinggian 159cm dan berat 45kg, memang selalu djadikan bahan kutukan kawan2. uhh. sabar yatie.sabar. Tunggu yer sampai badan i montel, tak akan ada sesiapa berani kutuk. ha, jangan berangan yer macam mana kalau saya montel. muahaha. Ini antara tips2 yang saya peroleh untuk mambantu orang2 seperti saya. Ini adalah misi seterusnya.

1. Rancang untuk menambah hidangan makanan.
~ makan melebihi keperluan dengan menambah pengambilan makanan.

2. Bersnek secara bijak.
~ Pilih snek yang mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral. Cth: keju @ mentega.

3. Pilih makanan yang berkalori tinggi.
~ Pilih makanan/menu berdasarkan piramid makanan Malaysia. N digalakkan mengambil saiz hidangan tambahan.

4. Elakkan melangkau waktu makan utama.
~  Hidangan seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam adalah wajib.

5. Sasarkan kenaikan berat badan secara beransur2.

6. Semak keperluan tenaga harian yang diperlukan untuk mengetahui berapa tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan.

* Sumber diperolehi dari Pusat Maklumat Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ada pelbagai produk yang membantu untuk menambahkan berat badan. Yang saya tahu :
# Appetton Weight Gain
# Appeton Teen Grow
# Gain 5 dari Dr Rozmey
# Herbalife
dan macam2 lagi supplement yang ada.. tak larat nk wat research lagi. hemohemo. gud luck to u all n for me.


9 comments:

Yann said...

errrr..mau gemuk jugakkk...

Pinky Pixie said...

weh. ko da cko gemok ler tuh.. hihi

Fariza said...

good info...

sy nk maintain kan berat bdn..
last2 berat bdn turun..
xtau lah..
mkin underweight..

huhuhuhuhu

Pinky Pixie said...

ouh.. ye ker..
nk maintainkan pown susa jugak kan.. hihi

Akin Amar said...

sy yg berat 48 nie pown dikate kurus..
hahaa xpe2.kurus itu sexsy..he ;)

halizda said...

sy pun hadapi masalah yang sama. makin lama berat badan makin turun. pening kepala memikirkannye.
nnt klu ada kesempatan saya kongsikan artikel dan menu menambahkan berat badan kat blog saya.

tinta said...

tang badan berisi sikit nie memang masalah. saya makan apa2 pun camtu jugak. org yg badan dah berisi 2 makan sepingganpun kata takut berisi tapi kenapa????? saya makan lebih x menjadi. nak beli ubat mahal lak RM200+lah kalau makan ngan RM200+ tu kenyang saya hehehe. x der ker makanan herba yg kat kebun2 tu boleh menggemukkan kita. dengar kata ubi cekur. makanlah dgn nasi panas, ikan/ayam goreng, sambal belacan n aper2 sayur berair. janji air kena lebih bebbb. badan saya x ler cekeding sangat, bolehhhh ler hehehe

Anonymous said...

nk gemok jugak!
~ bukan gemok tp berisi sket la.. hehe

Dr Akbar Abdullah said...


Untuk menambah berat badan, kita juga memerlukan strategi yang betul. Sebelum melakukan sebarang usaha, kita harus mengenalpasti corak diet kita, menganggar kandungan kalori di dalam setiap menu yang kita ambil setiap hari dan akhir sekali merancang menu diet yang baru. Untuk tujuan ini, kita digalakkan untuk memiliki sebuah diari untuk mencatat diet yang kita ambil.