Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 4, 2010

Tekanan.


Hanya ade 1 ungkapan sahaja pada waktu ini. Tekanan. tekanan apakah? sungguh, tengah mengalami gangguan jiwa. Saat kepala sedang berserabut dengan assignment yang bertimbun, masalah lain datang menghinggap. Bagimana untuk menghapuskannya?




1. Melayari internet.

24 jam bermain facebook pun, seolah-olah masih tak cukup dalam sehari. Boleh online sehingga menyebabkan kawan2 bosan tengok orang yang same shj aktif di fb. Peduli apa, ayah sendiri yang bayar elektrik kan. haha. Macam2 laman web boleh dijengah, antaranya, blog yang jual shawl, suratkhabar Kosmo dan blog kawan2. Walaupun, xsempat tegur, jengah2 pun jadilah. Kira mengikuti perkembangan mereka juga la.

2. Makan.

Perkara wajib juga ni. Paling suka la bila dapat snek untuk buat kunyah2. Kalau tak kenyang pun, tetap puas hati. Konon-konon da lumat la perasaan tension tuh. Makan banyak pun, badan still kerempeng. Ayat2 yang biasa didengari. ha, yang penting puas hati.

3. Layan lagu.

Lagu-lagu lama pun boleh dijadikan bahan untuk layan perasaan. Buka lagu kuat2, nyanyi dengan sepenuh hati. ceh. da macam Anang plak, separuh jiwaku pergi. Tetapi pastikan sekitar rumah tiada orang, kalau tidak. Sure memang kena bahan jer nanti.
Suara ibarat katak yang panggil hujan kan, so paham2 aje.

4. Shopping.

Ini adalah aktiviti merbahaya. Sebabnya, kesan akan dirasai selepas semua duit telah dilaburkan kepada barang2 sudah terbeli. Masa tengah tension, memang tak pernah fikir akibatnya. Memang seronok bila shopping time macam ni. Lagi2, bila barang yang da lama kita idamkan untuk dapatkan. Dan kebetulan, nak memuaskan nafsu dendam dalam diri. Bila tersedar dari lamunan, Confirm mula menggaru kepala. D mana silapnya. pikirla sendiri.

5. Tidur.

Tidur akan membantu dalam proses menyejukkan hati. Fakta dari mana kutip pun tak pasti lagi. haha.. kajian masih dijalankan. Tapi, bila da terjaga, akan terasa ringan juga la kepala ini. tidur yang cukup menbantu dalam proses pembesaran. Ini barulah fakta.
~masa untuk pulang ke poli semula~gud bye.tc.


No comments: