Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 2, 2012

♥ Handmade Pillow- LOVE ♥

Assalamualaikum dan hi! 

Taraa. akhirnya siap bantal custom made. Tetapi secara tepatnya customer made. Haha! Disebabkan aku macam super duper busy kalah menteri, kawan yang order ni telah menyiapkan sendiri bantal ni. Aku just tolong bentukkan loving couple tu je. Daripada lukisan yang dia tekap kat lappy aku sehingga lah nama dan jahitan tepi semua dia yang siapkan.  

Ini bukan komplen yang pertama. Sebab kawan-kawan serta housemate ada juga order, tapi jawapan aku satu je. "ambil material tu, jahit sendiri." macam gila kejam je bunyinya kan. Tapi tula kenyataan yang harus diterima. Hampir sebulan juga tangguh-tangguh benda ni. But akhirnya berjaya juga lah untuk siapkan handmade pillow ni. 


Kod : FP002
Tema: Loving Couple
Request nama: Su ♥ Am
Saiz : 40cm x 15cm
Order from : Suhaida 

Sweet gila kan. Kalau la aku lelaki, mungkin aku jatuh cinta kat dia. bhahaha. So, yang bakal terima handmade pillow ni, sila lah jaga dengan penuh kasih sayang seperti mana kawan aku ni jahit dengan penuh kasih sayang. hurr.