Monday, December 3, 2012

♥ Homemade Durian Crepe ♥

Assalamualaikum dan hi!  

Ni bukan nak ajar cara buat durian crepe. Ni cuma nak tunjuk hasil je. cehh. Okay, ekceli nak beli aje durian crepe ni. Bila survey kat internet, ada la sorang kakak ni stay area taman aku juga kat Segamat ni, tapi masalahnya dia tengah bercuti kat kampung. Tunggu punya tunggu, takda lagi khabar berita. Last-last balik kampung di Melaka, rengek-rengek kat my mom cakap nak buat durian crepe ni sendiri. Mulanya dia macam malas nak layan, last-last my mom yang sebuk buatkan kulit untuk durian crepe ni. Sebab bila aku buat, sungguh tak cantik hasilnya. (orang jarang masuk dapur. ngeh2). Durian siap beli kat Tesco jenama D24. Celah mana kau panggil jenama. Okay resepi and step aku rujuk kat blog Cik Epal



Resepi Durian Crepe

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Untuk filling:
1 cawan whipping cream 

Aku punya versi durian crepe ada dua. Satu guna whipping cream. Satu guna Askrem Vanilla. Tapi ternyata guna askrem Vanilla lagi mabeles okay. Adik aku makan tak cukup satu sampai kena marah dengan mak sebab tak tinggalkan orang lain. haha. Nampak tak apa aku cuba sampaikan? Sedapnya durian crepe ni letak askrem. 

Resepi yang atas ni macam pekat sikit so, kulit durian crepe aku tebal. Yang aku tak faham kenapa orang kata kalau kulitnya tebal, rasanya kurang sedap. Aku makan sedap juga. cehh da berapa kali puji diri sendiri.

Tapi masalah bila guna whipping cream ni, dia cepat cair. Ke brand yang aku guna memang tak best. Tapi bila masuk dalam peti sejuk, okay balik. So pandai-pandai la pilih brand whipping cream yang sedap. Nampak senang nak buat, aku buat sampai demam-demam. huahua. okay, thanks sudi singgah.



update: okay sekarang da tahu kenapa whipping cream aku cair. sebab salah brand. Haha. yang aku guna tu Dairy whipping cream (Krim Putar Tenusu). Sepatutnya guna Non- Dairy Whipping Cream (Krim Putar Bukan Tenusu). Baca perbezaannya kat sini:

WHIPPING CREAM