Tuesday, October 25, 2011

♥ Melaka lagi? ♥

Assalamualaikum. Hai. Seperti yang dijanjikan, seminggu sekali je aku update. haha. gila teruk perangai. Minggu lepas memang agak busy dengan segala assignment dan test. Ekceli aku memang suka kerja last minute, sebab tu jadi sibuk macam orang gila. Dan hujung minggu adalah pembalasan bagi segala penat lelah. Rancangan awal adalah untuk duduk di rumah dan study. *kononnya la.* Sambil tu nak menjahit craft untuk Pink Heart Craft. Tapi semua tu memang harapan belaka. Pantang orang ajak aku berjalan or tengok wayang. Memang takkan fikir 2 kali. Terus siap-siap penuh semangat.

                                  

Dan terima kasih kepada zieqa sebab sudi menghabiskan masa dengan aku 3hari 2malam. Siap bawak tengok wayang cerita Real Steel kat GSC Dataran Pahlawan dengan budak rumah. Semata-mata dari Segamat ke Melaka nak tengok wayang. bhahaha. Mungkin agak lambat dapat tengok cerita tu, maklumlah duduk kat tempat istimewa ni, nak berfoya-foya pun kurang sikit. Gambar aku dengan zieqa tak dapat upload. Betapa dengkinya berukben ini. 



Disebabkan hujan dan jalan yang sesak, tak dapat nak cuci mata di Jongker Walk. Hanya mampu berjalan sekitar Pahlawan Walk. Kalau mereka yang suka barang yang pelik dan rare, memang akan pilih Jongker Walk. Perempuan dan aksesori memang tak dapat dipisahkan. 


Oh ya, takda apa yang dapat ditunjukkan di sekitar melaka ni. Sebab aku sendiri da muak nak cerita. erkk. Harap-harap lepasni ada orang sudi nak bawak ke tempat lain selain ke Melaka dan pusing-pusing di bandar Segamat. Dan disebabkan lama tak update, jari2 da keras untuk menaip entry yang panjang berjela. Motif update: nak hilangkan sesawang blog je. boleh? errrr. kbabai. 

8 comments:

ezzu said...

wah best kn dpt berjln2..kalu ezzu memg suka lh berjln2 nie...pantang org ajak jln2...mesti nk ikut..heheeh

kozumi_ro said...

:b:

wah rindunya nak turun melaka...dekat 2 tahun x turun kot...

mesti dh byk perubahankan kat melaka?

saharinasaharudin said...

teringin nak pegi melaka lagi!aritu dah pegi,tp xdpt jalan sgt.huhu +___+

bunga said...

dah lama nak p..ehhe..tapi x p lagi.hee

Yatie Musa said...

@ezzu: same la kita.. hikhik

Yatie Musa said...

@kozumi_ro: bnyk sngat! meh la dtg melaka. lalalaa

Yatie Musa said...

@saharinasaharudin: dtg lagi sekali. hihi

Yatie Musa said...

@bunga: bila nak dtg tu.. =P