Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

♥ Best ke blogging? Bacalah ni. ♥

Salam.

Saya masih blogger picisan tapi cuma ingin berkongsi serba sedikit info mengenai blog. Ada kawan-kawan yang cakap blogging ni membosankan. Sebabnya, bila dia da siap buat blog, dia tak tahu nak buat apa. So, kat sini saya share serba sedikit ye. Blogger otai sila, tutup mata. Wakaka. 

1) Keadaan blog.
Mula-mula pastikan keadaan blog korang kemas. Kalau boleh, janganlah terlalu banyak widget atau anything yang buatkan blog korang serabut atau berat nak loading. Semak DI SINI. Sebab ramai yang tak sanggup tunggu lama sampai blog habis loading kan. Huhu. 


2) Shoutbox.
Risau tak ada sesiapa yang datang blog korang? Untuk yang baru berblogging, mungkin kurang pengunjung. Kalau nak tambah rakan dan followers blog korang, sila lah blogwalking dan tinggalkan jejak di kotak seperti di bawah. Letakkan sekali link yang betul, kalau blogger yang aktif, mesti dia akan singgah balik blog korang. Nak blogwalking pun mestilah ikhlas, janganlah letak "singgah", "jln" dan sewaktu dengannya. Cuba bertegur sapa dengan blogger tersebut dengan ayat yang manis macam ni " salam ziarah, saya datang singgah sini" atau "apa khabar tuan blog". Ha, kan sedap sikit dengar. Tuan blog pun excited je nak datang balik. Huhu.  


3) Follow.
Time kita blogwalking, mesti akan terjumpa blog yang best kan, so boleh follow blog tersebut. Sekurang-kurangnya boleh tambah kenalan dalam alam maya. Hihi. Tujuan kita follow, segala entry yang di update oleh blogger tersebut, akan masuk ke dashboard blog kita. So, kita boleh ikut setiap perkembangan blog tersebut.
Kalau boleh elakkan amalan, i follow u, follow me back. Tak semua orang suka ye. Kalau nak follow kenalah seikhlas hati. Lebih elok kalau lepas follow tu, anda tinggalkan komen atau tinggalkan jejak di shoutbox dengan ayat macam " da follow kamu. keep in touch ya ". hehe. sekurangnya dia tahu sebab kadang-kadang dekat gambar korang tak keluar link blog. So, yang tak tinggalkan jejak, macam mana tuan blog nak datang semula?  


4) Update entry.
Entry anda tu kalau boleh update sehari sekali. Sekurangnya ada info terbaru yang boleh dibaca. Dan kalau nak up traffic memang kena update selalu. InsyaAllah ramai akan datang jenguk. Tak tahu nak tulis apa? Itu terpulang kepada anda. Ada yang lebih selesa menceritakan aktiviti seharian, korang pun boleh berkongsi minat tentang apa yang korang selalu buat. Untuk yang da pro, boleh letakkan tutorial mengenai blog. Kalau tak ada idea sangat pun, update pasal isu-isu semasa. Jangan copycat artikel orang lain pula ye. Kalau nak share letakkan credit to owner blog, dari mana korang ambil artikel tersebut. Letakkan sumber dan link kan ke blog tersebut. Susah payah dia tulis, tak kan nak ambil free je kan. 

5) Komen entry
Salah satu cara untuk buatkan tuan blog datang semula ke blog anda adalah dengan komen entry tersebut. Kalau komen pun sama macam kita tinggalkan jejak di shoutbox. Bagila komen yang berkaitan dengan entry dan komenlah dengan ikhlas. Kalau orang tinggalkan komen semata-mata nak cakap " haha" "oooohh", memang agak bengang la.. huhu. Kita kena lah ada give and take dengan blogger lain. Kalau dia dah komen, jenguklah balik blog dia tinggalkan komen ke jerit kat kotak ke menunjukkan tanda terima kasih sebab singgah blog. Ingat senang ke nak orang komen entry kita.. hehe.



6) Exchange link
Da dapat kawan, letakkan link mereka di bloglist. Korang boleh bertukar sesama sendiri. Ni pun boleh datangkan trafik ke blog korang. Kira macam promosikan blog la secara tak langsung. Sebab tu, penting bagi tajuk sesebuah entry tu. Kalau time dia blogwalking dan berminat dengan tajuk entry anda, mesti dia akan klik ke blog korang. 


Yatie sedang masukkan link semula sebab ari tu gelabah takut kena malware. hikhik. Untuk bloglist lelaki yatie belum masukkan. huhu.

Ada banyak lagi yang kita boleh buat, dengan join contest and giveaway. Best ok bila dapat hadiah. Sambung cerita lain kali la. heee~

Yang terakhir, saya bukanlah hebat sangat nak bagi nasihat bagai. Ni sekadar perkongsian dengan rakan-rakan yang baru nak berjinak dengan dunia blog. Kalau ada yang tersentap atau terasa, maaf. Saya dapat info-info ni pun bila buat blogwalking. Buat kawan-kawan saya yang berkenaan, jangan putus asa ok. Hehe. Ada yang nak tambah? Silakan. Thanx~



39 comments:

Ir-Shah said...

good info..p timbang blog x sat.x smpai 100kb lagi..hahahaha

sh@ring is s3xy_____

Pinky Pixie said...

> Ir-Shah : haha. ringan2.. gud2.. =)

Nurulchumel said...

bagus..perkongsian yang bernas utk sesiapa yg baru berjinak dengan dunia blog..
keep it up yuyunk!!~

Pinky Pixie said...

> Nurul chumel : thanx nurul =)

saya_arief said...

blogging da bomb..
sila beri tnjuk ajar.
saye budak baru belajar.

pantun tuu..

Pinky Pixie said...

> saya_arief : hakhak. woah2, blogger otai dtg mengomen.. hekhek.

Aliesha Kirana said...

hehehe..mekasih atas perkongsian.. :m:

saya_arief said...

sape otai...
pantun xbalas ag tuu..

Pinky Pixie said...

> aliesha kirana : thanx dear.

> saya_arief ; malas nk tunjuk skil kat sini weh. kang hang malu. harhar(gwa x reti berpantun sbnrnye) tettttt~

Myra Jay said...

Salam...sy pn dah timbang gak, msh baru dlm blog, xsmpai 2bln, dh capai berat 136kb, speed 0.85s..
Nmpk gya kena edit pic bg kurg berat kan?tul x?

Pinky Pixie said...

> Myra Jay : mungkin widget2 yang tak perlu ade kne buang kot yunk.. huhu

AZLYA AZLIYATIE.......... said...

goog info...tq pinky.........

Pinky Pixie said...

> AZLYA AZLIYATIE.......... : thanx dear. wink2

MiMiEy :) said...

wah good info lah akk.
tp mimie banyak kali kene tipu. selalu sangat ada org tingglkan comment ckp "i dah follow u, follow me back "
tp sebenarnye mana ada die follow. x rasa bersalah ke dia buat macam 2?
tp mimie follow je dia

Anonymous said...

kadang2 rse mcm addicted klau blogging ni kn??haha

Naz Al Yahya said...

ohh, blog naz agak berat sket..tak byk la..myb kna kurangkn mana yg berpatotan.
btw, pinky..info yg berguna :)

Anonymous said...

info yg menarik..thanx!lbih bersemangat utk update blog!hehehehe..=p

Budak Nakal said...

Budak Nakal Terjah sini wakakak...

hoho...makin maju cik pinky kita ini^^...siap kasi tips agi tu...

koz mmg sokong 100% apa yg ci pinky kongsikan...

memang betul2 berguna pada sesiapa yang masih x paham erti berblog nik...


Saya Tak Comel Tapi Nakal!!
http://kozumiro.blogspot.com/

Pinky Pixie said...

> MiMiEy :) : same la dear. erm, tp kan kdang2 mmg ade. akk ade prasan jmlah bertambah cume gmbar xde. huhu

> Kamil ace[tm] : taw xpe. syok. haha

> Syarifah Nornazrah Al Yahya : kasi clear sikit. hekhek.. tq~

> ~ZuRiSa~ : haha.. bagus2.. ngeh2

> kozumi_ro : haha. koz lagi power rangers. xleh lawan. hekhek.

CIK TOM said...

bagus info ni yaty..hehe..ringannye blog kurang dari 100kb..good 1!!

dakpipimerah said...

yeah,,,betol ape yg awak kate,,hehe,,like2

Pinky Pixie said...

> Tomato Gurl's Life : haha. thanx cik tom.

> mIMey : thanx too. =)

cikpia said...

cheitttt!!! sempat lagi pomot 'pakwe'...... ha ha................
(abes la ko ngan arief...... memang aku akan gosip sampai mati..... muahahhahahahah!!!)

Pinky Pixie said...

> .s.o.f.i.a. : cik pia jaat.menci2.. haha..

Yann said...

thanx yati, 4 da info. dapat jugak serba sedikit ilumu berblog ni. :)

Mel said...

sharing is caring. caring is loving. eheee.


thanks for sharing!

Isyraq said...

salam tuan blog... apa khabar...hehehe.. tiru ayat... ahaks! nasihat yg berguna... noted!

Unknown said...

hehe..suka2 info ni...kna ingt kte pnye naiwatu berbloging..
:)

cik beLLanan said...

thanx 4 d info.
nice sharing,,^_^

HaN WarreN said...

nice infoo..i likeee auwwww hehehe

Asyazain :) said...

blogging sgt best! kip it up baby! :)

Unknown said...

hehe besh!!!!!!

cik manis said...

*thumbs up*
:)

-Incek Fik- said...

Wahhh~!!! Gambar adek ader la dalam entry nie hehehee...
Mari kasi satu kiss sama akak...
Muahhhh~!!!!
Hahahaaa....

Cayang shama akak...

mamakembar3 said...

Thanks! good infor. mama sampai ari ni blum buat linking tu, tak reti, mlm ni nak cuba buat lah

Pinky Pixie said...

> Yann Mazian : yatie cume share ape yg yatie taw je.. huuu~

> HONEYBEE ANJELL : thanx kak mel.. hee

> Isyraq : cehh, nak gak tiru ayat.. =p

> echah mashuri : betul! setuju.

Pinky Pixie said...

> beLLa : welcme dear~

> HaNTwO : i like tooo.. kehkeh

> Asya Zain : yupp, betul tu..=)

> PuPeL : thanx ya..

Pinky Pixie said...

> ~cik manis~ : thanx dear.

> F.I.C.K.R.Y : haha. yela. bukan slalu terpromot ni.. hehe..

> mamakembar3 : slmat mncube.. teehee~

sEoRang PeLAJar... said...

sis sye bru jer wat blog...
leh tunjuk ajar x...