Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 1, 2010

♥ MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 ♥

Salam.




          Fuhh2, akhirnya tak lama lagi saya akan mendapat sijil secara rasmi dari politeknik. Sangat excited sebab tak perlu tunggu berbulan-bulan seperti batch sebelumnya. Baru sahaja habiskan belajar semasa bulan Mei dan sekarang sudah boleh menghadiri majlis tesebut. Sememangnya tak terasa belajar selama 3 tahun di sana. Segala usaha dan penat lelah memerah otak akhirnya berbaloi. Bidang marketing yang diceburi selama 3 tahun, tidak semudah yang disangka. Rasa penat belajar, sampai timbul perkara di fikiran seperti cukuplah sekadar ada diploma. Rase membuak-buak untuk berkerja dan memegang duit sendiri. Motif sebenar ialah keinginan untuk shopping. Haha. Tanpa disedari sebenarnya ada hutang yang perlu dilunaskan. Encik Ptptn, bolehkah tunda pembayaran? Haha.

          Mulanya, niat memang tak nak sambung belajar, dan ianya dipersetujui oleh my mom. Tapi, secara tiba2 beliau menukar fikiran. Beliau ingat permohonan sambung belajar ni semudah kita mencari kerja. Sebenarnya saya tak apply pun permohonan semasa ia dibuka pada bulan januari 2010. Sebabnya, result sem 5 sangatlah teruk dan saya tidak mengambil muet masa itu. Ok, peluang yang ada, confirm tipis. So, saya hanya bagitahu my mom, bahawasanya saya hanya boleh apply mungkin tahun depan. Dan kalau dapat, mestilah tahun depan kan. Haha. Kalau tak dapat, sila tunggu hingga dapat. Miahaha.  


       Dan perhatian kepada akakku yang shantek, Yann dan bakal abang iparku yang ensem, En Afiq, saya nak bunga2 yang masih mekar ataupun katak2 yang besar sebagai peneman di hari tersebut. Haha. Silalah pastikan di hari tersebut anda bebas dari aktiviti seperti dating2 an..

Sekian coret ngarut di hari ini,

2 comments:

semut lelabah said...

seriusly bidang marketing sangat mencabar bila ko dah ceburi bidang kerjaya. tapi sangat-sangat bole buat duit!

Pinky Pixie said...

> Hapiz Rahman : yes2.. setuju. tp sngt malu nk jumpa org, haha