Sunday, January 27, 2013

♥ Ohh Gastrik ♥

Assalamualaikum dan hi!

Sekarang aku da ada pendamping baru. Yang selalu teman aku siang malam. Tapi bila malam lagi suka plak dia bermesra bermanja dengan aku. Sampai aku kena menggulingkan diri, merayu-rayu lepaskan aku. Peneman aku yang setia ni namanya 'Gastrik'. Nama yang comel kan. Entah kenapa suka sangat dengan aku. 

Dah seminggu lebih, gastrik ni melanda. Asalnya ingatkan sakit perut keracunan dan period pain. Kebetulan time tu. So, aku just makan panadol biasa yang beli kat 7e. Rupanya bila check kat klinik UiTM, sah kena gastrik. Nasib baik sempat menghabiskan final exam aritu tanpa gangguan. Lepas habis final jadi makin teruk, sampai housemate pun gelabah tengok aku yang dok menangis guling-guling macam orang frust bercinta. Dapat ubat je terus drive dari Segamat ke Melaka siap sempat singgah makan kat Api-Api Steamboat and Grill. Menu nya sangat la umppphh okay. Tapi mengenangkan perut kena gastrik, nak makan pun teragak-agak. 

3, 4 hari gak dok menangis tak tahan gastrik teruk bila perut rasa dicucuk-cucuk. Paling teruk bila rasa terbakar kat bahagian kiri perut. Pukul 3 lebih call my mom cakap tak tahan. Nak pergi klinik, tapi klinik panel tak buka masa tu. Then abah taknak bawa pergi hospital, takut diaorang terus operate plak. So, dorang bagi ubat tahan sakit. ciss, kalau bagi awal ubat tahan sakit tu takde la aku kejut dorang pagi-pagi buta. 

Da macam orang berpantang, makan bubur dengan sup sayur je hari-hari. Nasiblah duduk rumah. So makanan harian aku, bubur, sup sayur, air susu kambing, air jelly gamat dan ubat-ubat doktor. Disebabkan pakcik bela kambing, so senanglah nak dapat air susu kambing. Tapi sambil tu minum juga air susu Hi-Goat yang dalam pek kecil. Susu kambing untuk neutralkan asid. Dan air jelly gamat abah cakap perlu minum sebab perut da luka kena asid. 

Abah pun da macam doktor. Disebabkan semua sakit yang aku kena, dia da kena dulu. So dia bereksperimen sendiri dengan benda-benda lain. Abah cakap tak boleh bergantung sepenuh dengan doktor, sebab doktor buat andaian sendiri kita sakit apa berdasarkan apa yang kita cerita. Kena la cari alternatif lain cuba itu ini. Dalam sakit pun, hari-hari aku search punca kena gastrik, apa tak boleh makan, apa yang kena makan. 

Rupanya benda yang menjadikan gastrik makin teruk bila kita makan panadol sebarangan, makan megi. Patutlah gastrik makin teruk. Padan muka sendiri. 

Pagi tadi abah ceramah, dia suruh listkan makanan apa aku tak boleh makan. Sebab belajar macam-macam kan. Plus aku ni pelupa. Lepasni da boleh jadi doktor pakar gastrik. ade ke?