Assalamualaikum dan hi!
Pada entry tahun lepas, aku ada review satu produk untuk hilangkan parut, Berkesan hilangkan parut? Dalam entry tu, aku share dengan korang produk Bio Oil kan. Da setahun setengah guna, masih ada 3/4 isi kandungannya. Mungkin sebab jarang sapu or lambat sangat kesannya, jadi agak kemalasan untuk mengguna.
Then banyaklah keyword 'hilangkan parut' yang masuk blog ni. Dan dalam masa yang sama, aku pun search juga produk selain Bio Oil yang boleh hilangkan parut. Memandangkan kulit yang dulu jarang ada jerawat tapi sekarang meriah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dulu takde kesan jerawat, sekarang macam kena chicken pox pula kesannya mungkin sebab pertambahan usia, kulit pun da tua. sobss. sobbss.
Kalau guna Bio Oil untuk kesan jerawat, still boleh memudarkan parut dan tanda merah/hitam, tetapi sangatlah lama masa yang diperlukan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Biasanya nak pudarkan kesan jerawat ambil masa 2-3 bulan guna Bio Oil.
Setelah makin banyak kesan jerawat di muka, terpaksa search produk lain yang boleh bagi kesan yang lebih cepat. Dan banyak review cakap produk Mederma ni elok. Memang agak mahal sedikit dengan kuantiti yang sedikit. Tapi untuk orang terdesak macam aku, aku leburkan duit beli di Guardian dengan harga 39.90 untuk 20g. Agak mahal dibandingkan Bio Oil yang harganya 32.90 untuk 60ml.
Mederma ni lagi best dari Bio Oil sebab krim Mederma ni lutsinar dan tak melekit or berminyak. Macam Bio Oil berminyak lepas apply so nak pakai make up dah susah. Kalau Mederma ni kita sapu dulu then bagi dia menyerap sekejap dalam 2, 3 minit then dah boleh bersolek macam biasa. Da seminggu guna, nampaklah perubahan sikit kat warna parut jerawat ni.
Hasilnya mungkin berbeza setiap kat setiap orang, sebab ada review bagitahu lepas sapu, muka dorang gatal-gatal. Alhamdulillah mungkin muka aku takde allergic kat produk ni, so bila sapu okay je setakat ni. Macam-macam parut boleh hilang, so bolehlah cuba. Tak cuba tak tahu. ohh ya, parut di hati tak boleh hilang. ngeh~ngeh.
Krim Mederma di Shopee > Klik Sini
Farmasi Guardian di Shopee > Klik Sini