Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 9, 2022

Durian dan Sagon

 

Rugi tak cuba ni. Bila dah terkena sekali, mesti telan air liur setiap kali teringat

😋


Mana tak nya. Makan raja buah dicicah dengan jajan legend sagon. Ummp sedap dia memang tak terkata.


Durian yang asalnya hanya manis dan lunak bertambah nikmat dan berlemak apabila dicicah bersama sagon kelapa ini.


Nak buat sagon ni senang je. Kalau beli lagi lah senang.
Sagon beli kat sini 🛒


Kalau nak buat sendiri, perlukan:
-200gm tepung beras
-50gm tepung pulut
-1 biji kelapa parut
-100gm gula pasir
-1 cubit garam


Cara buat:
  1. Sangai kelapa parut tanpa minyak sampai kering dan garing.
  2. Panaskan kuali kering, masukkan tepung beras dan tepung pulut. Masak dalam 10 minit.
  3. Masukkan kelapa parut yang dah disangai beserta gula pasir dan secubit garam. Kacau sebati dan matikan api.
  4. Kisar dengan blender dalam beberapa saat sahaja, supaya tak terlalu halus.
  5. Siap.


Makan durian cicah sagon ni. Rasanya yang sedikit masin, ditambah pula dengan lemak rasa kelapa parut membuatkan pengalaman memakan durian tidak akan sama lagi seperti sebelum ini.


Tapi kalau malas nak masak, boleh beli sahaja sagon dikedai atau dapatkan sagon sedap kat sini 🛒

No comments: