Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 25, 2013

♥Cara pulihkan gastrik teruk♥

Assalamualaikum dan hi!

Kalau sebelum ni aku pernah cerita mengenai gastrik teruk yang aku kena lalui seminggu or 2 minggu. Aku pun da lupa. Hari ni baru teringat nak share cara aku mengurangkan sakit terus gastrik tu. Ini bukan sakit sikit-sikit. Tapi macam sakit nak beranak. Ceh macam tahu je sakit nak beranak cane. Hari-hari aku dok search dan aplikasi kat dalam perut ni. Seminggu lebih sakit nangis-nangis rasa macam perut da bocor. Mana taknya rasa terbakar je dalam perut. Ubat doktor pun tak berkesan. mahu tak menonggeng je tahan sakit.

So seminggu dalam proses pemulihan dan penjagaan perut, aku tak sentuh makanan pedas, aku tak sentuh makanan bergoreng. Diet harian aku adalah bubur dan sup sayur. sayur kangkung masak air je cukup. Kemudian banyakkan minum air panas @ air suam. Da lama sikit baru boleh upgrade makan ikan bilis goreng, makan ikan goreng, udang goreng tapi still yang bukan berminyak sangat. 


Susu Hi Goat ni memang banyak kelebihan. Salah satunya untuk gastrik. So aku minum 1-2 paket sehari. 


Ni jeli gamat. Produk Healin ni ada jual kat pasaraya. Tapi under jenama dia sendiri. Minum 1 jam semasa perut kosong. Sekali sebelum sarapan dan sekali sebelum makan malam. Jeli gamat ni kira bantu ubatkan perut yang da luka kat dalam. Kira macam tu lah kot. Abah aku yang cakap macam tu. haha

Susu Segar ni tak kisah la brand apa. Memang elok minum kalau ada gastrik. Tapi nasihat abah sebelum minum atau ambil makanan pastikan minum air suam dulu. Tak nak asid gastrik dan susu bercampur. Munum susu segar dalam 4 kali sehari. Minum setengah @ suku cawan pun da okay. Yang ni aku baca kat forum. 

Lepastu makanlah buah-buahan. 

Sambil tu berpantanglah dan search apa makanan yang menyebabkan angin dalam perut. So kena elakkan makanan/sayuran/buahan tersebut. 

Jangan lupa diri bila da sihat. Jangan sesekali cuba nak makan lewat. Nanti gastrik teruk boleh datang balik. huahua. Masa dalam seminggu tu nasib baiklan tengah cuti semester. Kejap-kejap makan tidur. Alhamdulillah sihat. Mekasih mak. Lebiu.