Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 24, 2015

Bantal Pertama penuh makna


Assalamualaikum. Ni stori mori Bantal pertama saya berjaya dibuat pada 11 Ogos 2012. Itu pun sebab terima order daripada Aini, senior Marketing di UiTM Segamat. Da nak kahwin da tak lama lagi. Rasanya kena sponsor hadiah bantal kat dia nanti. =P Disebabkan permintaan pertama dari dia, sampai sekarang la saya masih membuat bantal handmade ni. Hampir 400 lebih bantal dah terjual. Jari pun da naik kematu. Sebab potong manual pakai gunting. sobss.

Dengan bisnes part time buat barang handmade ni juga la yang tampung pebelanjaan waktu study kat UiTM Segamat dulu. Yela, dengan belanja berhibur lagi, shopping lagi. ekeke. Takde la hujung sem je kering. So, bila free je, terus buat. Kadang-kadang potong huruf dan jahit sementara tengah tunggu lecture sampai. Ada masa tu curi-curi masa pergi pos barang time kelas. Huhu. sebab nak kejarkan dateline orang yang order. Berpeluh ketiak nak kejar masa sebelum pejabat pos mini tu tutup. Nasiblah ada pejabat pos mini dalam UiTM takyah susah-susah ke bandar. Tapi kalau tak sempat, terpaksa gak lari ke area bandar sana.

Bisnes tak terhenti masa sem akhir di UiTM iaitu waktu praktikal. Bos dengan staf lain memang dah tahu. Dan bos pun da pesan awal-awal. Time kerja jangan nak berbisnes bantal. haha. So, bantal biasanya dibuat waktu malam je. Kalau tak sempat, sambung sikit lepas waktu kerja kat pejabat tu. Tapi takde la claim OT kat situ. huhu. So habis kerja terus pos. Penatnye takyah cakap la. Nampak macam easy peasy tapi prosesnya nak siapkan sebiji bantal dengan nak balut, nak beratur kat pejabat pos pehhh boleh nangis. Tapi dapatlah menabung sikit masa praktikal. hihi

Dah dekat setahun habis belajar.. time belajar la best bisnes, dari part time boleh jadi full time. sedikit2 lama-lama jadi bukit.

Terima kasih kawan-kawan yang pernah order. Yang pernah tolong siapkan order, tolong jadi model bantal. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.

Ade ke yang baca sampai habis ni? Haha. Harap tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.


No comments: