Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 8, 2015

Mini Pavlova- Sedap & mudah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak dah tak busy sangat ni, selalu je nak buat dessert-dessert. Kuat makan tapi berat tak naik-naik. Sedih. Gambar di bawah adalah percubaan pertama membuat pavlova semula setelah bertahun-tahun tak buat. Sebab baru-baru ni my mom da bagi guna oven dia, kalau tak memang tak merasa lah. Untuk percubaan kali pertama, aku menggunakan buah-buahan mewah seperti strawberi. Lepastu bila nak beli buah kiwi rasa macam lagi mahal, so aku menggantikan dengan buah anggur hijau. kahkah. sejak ade gst ni, aku macam berkira-kira skit untuk berbelanja. Yang warna kuning tu guna buah mangga yang ada kat rumah ni. Memang sedap wei, rasa masam-masam manis. Rupa pun nampak cantik sikit lah ada warna mcm tracffic light skit kan, baru ceria. Baru semangat nak makan. 

Untuk percubaan kali pertama dapat dalam 13 bekas kot. 


BAHAN-BAHANNYA 
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung


Untuk Krim:
240ml whipping cream
20 gm castor sugar
Buah2 kesukaan..
( yg masam2 mcm strawberry, berries. peach 
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)

***untuk resepi dan step by step untuk membuatnya aku rujuk kat blog  
Sweet Vanila : STEP


yang ni cubaan letak taburan milo kat atas cream, buat hiasan je. Padahal rasa still sama gak.

Bahan-bahan nak buat pun senang, so aku repeat kali kedua. Lagipun bahan ritu still ada. 

Untuk kali kedua, aku buat 2 adunan terus. Sebab buat 1 adunan tau macam rugi je, dapat sikit sangat untuk 1 family makan. yela, adik-adik aku kan perut tong, mana cukup makan sikit2. kahkah. Untuk kali percubaan kali kedua, dapat 30 biji. Tapi menggunakan buah-buahan dalam tin dan anggur. Ingatkan tak sedap, tapi licin gak 30 biji. 


Buat mini pavlova ni senang skit sebab senang nak simpan dalam peti sejuk. Lapisan bawah tu still boleh simpan dalam seminggu camtu kat luar tanpa letak cream kat atas dia, still fresh gak. Macam sehari aku buat sikit-sikit letak dalam peti sejuk. Lama-lama habis. 


Sekian, 


Thursday, May 7, 2015

Percutian di Lexis Hibiscus

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hi, rindunya kat blog. Da lama dah angan-angan nak update blog, tapi selalunya entry tu tersangkut dalam otak je. Tak tertaip kat blog. Dengan alasan busy, padahal tak lah busy mana. Ok, kita mulakan dengan entry percutian di Lexis Hibiscus, Port Dickson selama 2 hari 1 malam pada 15 April 2015. Bila uploadnya gambar kat facebook tu, ramai yang whatsApp dan bagi mesej kat facebook tanya tengah bercuti kat mana. Padahal tak lah bercuti jauh mana pun. Ini pun kakak iols yang sponsor. Aku cuma bawa badan je kat sana. haha. 

Harga? Rm 399 sebab time tu tengah promosi sempena pembukaan. Yang tanya lokasi tepat tempat ni, aku tak reti nak jawab sebab seperti sedia maklum, bab jalan ni aku tak power sangat. Selalu lupa. Korang google la sendiri. Haha

Pastu ada yang tanya best ke tak. Yela bila tengok gambar, pemandangan yang cantik, siap acah-acah tengah memancing lagi kan, sape tak teruja. Haha. 


Kat bahagian depan tu ada taman permainan kanak-kanak dan kolam. Sementara tunggu urusan check-in selesai, aku lepak sini ambil gambar dan biar budak-budak ni main. Part tak best kat sini adalah time nak check-in tu kena tunggu lama. Padahal kteorang ni kira sampai lambat gak. Check-in sepatutnya jam 3pm. Kteorang sampai jam 4pm. Still belum dapat bilik lagi. Jam 5.30pm camtu baru dapat masuk bilik. Erghhh. 



Sebenarnya takda niat dari mula nak taip entry dalam blog, so takde lah ambil gambar banyak pun. Ni pun snap sikit sebab kawan-kawan nak tengok dalam bilik tu macam mana. 


Kteorang datang 1 family.Aku dengan mak dan 2 orang adik lelaki.dan Kakak aku dengan suami dan budak kecik 2 orang tu. Memang muat je 2 katil. semua kecik-kecik kan. haha.

Adelia dan Ayman suka lepak kat situ tengok bahagian bawah tu. Cehh, padahal aku pun join sekali gak dengan harapan nampak ikan kat bawah tu. Harapan je la. Tapi sambil tu terbayang gak adegan Final Destination, kot-kot kalau cermin kaca tu pecah matilanak jatuh dalam laut. Terkapai-kapai pastinya. 

Yang bestnya time lepak sini, bahagian depan tu belum ada orang lagi. So takde la sesi hai-hai dengan orang bilik depan kan. 

Kolam tak la besar sangat, tapi cukuplah buat main terjun-terjun dengan budak-budak tu. Kalau rasa nak renang kuak lentang ke kuak kupu-kupu ke, sila terjun dalam laut tu. Sebelah kolam tu ada bilik sauna. Bila sejuk je terus masuk bilik tu. Tapi duduk dalam bilik sauna pun dalam seminit kot. Badan kurus takdak lemak gitulahh. Kat bahagian dalam ada bilik mandi dan toilet berasingan tapi pintunya tak berkunci. huahua. tak tenang betul nak mandi or buang sisa kumbahan. 





Kalau mandi dengan budak-budak, pastikan ada orang dewasa lah. Kang sia-sia ade yang terlompat ke dalam laut tu. 


Acah-acah memancing di pagi hari. memang drama queen betul. Alatan memancing tu abang ipar yang bawa. Memang dibenarkan memancing kat situ. Cuma buat masa ni pihak pengurusan tak sediakan lagi. akan datang mungkin da ade kot. 

Tapi malam tu dapat la sekor ikan. Pun cukup teruja dah. haha. 

Aktiviti malam agak membosankan. Sebab kteorang lepak dalam bilik je sambil tengok movie dan makan-makan. Biasalah kalau berjalan dengan mak ni kan, macam-macam dia bawa. Menu pada malam tu, macaroni cheese dan nasi berlauk yang dibawa dari rumah. Siap buat puding buah-buahan lagi ye sebab ada peti sejuk mini kat situ. Kenyang.

Okay, time nak balik tu tak sempat bergambar sebab nak cepat. hihi. check out jam 12.00pm. sekejap sangat masa berlalu. 

Kalau rasa nak honeymoon kat sini pun okay sangat dah. Sekian sahaja sesi warm-up update blog. kahkah. nanti aku update cerita basi yang lain. 

Saturday, October 5, 2013

IdeaTab A3000- my new bf

Assalamualaikum dan hi! 



GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900 (optional)
3G NetworkHSDPA (optional)
SIMYes (optional), Dual SIM (optional)
Announced2013, January
StatusAvailable. Released 2013, May
BODYDimensions194 x 120 x 11 mm (7.64 x 4.72 x 0.43 in)
Weight339 g (11.96 oz)
DISPLAYTypeIPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size600 x 1024 pixels, 7.0 inches (~170 ppi pixel density)
MultitouchYes
SOUNDAlert typesN/A
LoudspeakerYes, with stereo speakers
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotmicroSD, up to 64 GB
Internal16 GB, 1 GB RAM
DATA

SpeedHSPA+
WLANWi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot
BluetoothYes, v4.0
USBYes, microUSB v2.0, USB On-the-go
CAMERAPrimary5 MP, 2592х1936 pixels, autofocus
FeaturesGeo-tagging
VideoYes, 1080p@30fps
SecondaryYes, VGA
FEATURESOSAndroid OS, v4.1 (Jelly Bean), upgradable to v4.2 (Jelly Bean)
ChipsetMTK 8125
CPUQuad-core 1.2 GHz Cortex-A7
GPUPowerVR SGX544
SensorsAccelerometer
MessagingEmail, Push Email, IM
BrowserHTML
RadioNo
GPSYes, with A-GPS support
JavaYes, via Java MIDP emulator
ColorsBlack
 - SNS integration
- Active noise cancellation with dedicated mic
- MP3/WAV/WMA/AAC player
- MP4/H.264/H.263 player
- Document viewer
- Photo viewer/editor
- Organizer
- Predictive text input
BATTERY Non-removable Li-Po 3500 mAh battery
Stand-byUp to 336 h
Talk timeUp to 8 hour

from here: http://www.gsmarena.com

taraaa. da sebulan guna baru nak review. apa yang aku cuma boleh katakan, phablet ni sangat ohsem. dengan harga yang tak terlalu tinggi, memang sangat worth to buy. sebelum beli memang da survey banyak jenama. Antaranya New Nexus 7, tapi tak mampu. haha. Samsung memang tak masuk senarai, sebab ramai yang review tab tersebut bermasalah. Betul ke tak, tak tahulah kan. Depends kat individu mungkin. 

So, setakat ni aku menggunakan Lenovo A3000 ni sangat berpuashati. Sampaikan kakak sendiri pun terpengaruh dan sangat teruja sebab senang gila dia handle bisnes dia. Nampak macam tablet murahan almaklumlah jenama tak se gah brand Apple dan Samsung. Tapi bagi aku, biar tak berapa jenama, sebab tujuan aku guna adalah untuk memudahkan buat kerja seperti baca notes dan handle bisnes. Sampai dua-dua sim card pun aku sumbat sekali dalam tu. So pergi mana-mana pun sentiasa connect dengan internet tanpa perlu tunggu tempat ada wifi. Bagi aku leceh pakai tab nak kena tunggu tempat ada wifi. Kamera depan belakang yang mana kamera depan 0.3mp dan kamera depan 5mp, osem tak untuk selfie? hihi

Kelemahannya setakat ni nak angkat phone call memang agak besar gedabak. haha. tapi jarang orang call aku. so, problem solved. dan kelemahan seterusnya susah nak pegang time driving, almaklumlah aku ni multitasking orangnya. sambil drive boleh sms, makan, ambil barang. So, sejak da ada phablet ni macam behave sikit masa driving, tak main hp dah. Seterusnya susah nak cari tablet cover. phablet ni ada 3 tahun warranty yang mana setahun dari Lenovo. 2 tahun dari syarikat komputer tu sendiri. Internal storage yang aku dapat 13Gb, SD card space 7Gb. so, sangat puas untuk sumbat bermacam applications kan. okay, lain-lain telah pun dinyatakan di atas dari web tu. so, ini just pengalaman sebulan guna. Harapnya tak akan ada masalah di kemudian hari.