Sunday, May 8, 2016

I'm Engaged ( Part 1 )

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, I'm Engaged! 16.4.2016. Merasa juga lah dup dap hati ni. Masa tunang ni kira kali ke 2 jumpa bakal mak mertua. Kali pertama masa merisik dulu. Pehh perasaan nebes sebab nak bertunang ni macam nak bernikah plak. Over taw. 

Majlis dilakukan di rumah saya pada jam 3 petang, hari Sabtu. Syukur sangat majlis berjalan lancar. Pada asalnya nak cari warna dusty pink sebagai warna tema. Puas pusing 1 Melaka cari baju yang sesuai. Tak jumpa. So, ingat nak pakai baju lama-lama je. Mak plak tak bagi. Dia suruh cari baju baru gak. Last-last grab je baju Minaz. Shawl & veil tu, beli kain sendiri kat Kamdar dan hantar jahit tepi. Yang lace kat veil tu plak, jahit 2 hari sebelum majlis tunang. Lace tu beli kat kedai yang jual barang kahwin di Bunga Raya, Melaka.  Banyak gak dapat jimat part tudung. Potong & jahit tepi cuma RM 6 je untuk sehelai shawl. So total RM 12 untuk shawl & veil. Lace tu dalam belas-belas ringgit. Sebelum nak buat sendiri shawl & veil, siap2 google ukuran, jenis kain, kat mana nak beli dan bajet dulu. Kalau silap beli, dari nak berjimat jadi membazir plak.   

Saya takda photographer. Jadi terimalah gambar yang diambil menggunakan camera handphone ini. kehkeh. Belah kiri tu, mak kesayangan. Belah kanan berbaju merah tu, bakal mak mertua.

Ini orang kuat untuk majlis saya. Nasib ada kakak & abang ipar yang kreatif dan inovatif. haha. Dialah yang sponsor & menDIY mini pelamin yang cantik ni. Dan juga merupakan orang yang siapkan sireh junjung last minute. haha

Semua barang dari kain, bunga, meja, lampu semua dari kakak. Cuma karpet bulu yang saya duduk dan bantal custom tu je saya punya. Haha. Dorang buat mini pelamin ni pun sehari sebelum majlis. Ohh ya, dan bunga tangan tu saya DIY. just balut biasa je. Misi saya waktu bertunang adalah, jimat untuk part yang boleh dikurangkan. Time kahwin nanti lagi banyak nak guna duit. huuu. 

Yang nak tempah bantal untuk tunang, boleh tempah ikut warna bantal & tulisan kita nak. Nak letak ayat lain ke design lain pun boleh. So bolehlah dijadikan props di mini pelamin tu. hehe. Boleh dapatkan di 
INSTAGRAM: pink_heart_craft 
FACEBOOK FANPAGE: Pink Heart Craft 

Satu-satunya kawan yang datang masa majlis tunang saya. Terima kasih Kak Sue kerana sudi menemaniku. huuu. Balik kerja dari Rembau terus datang Melaka. So, dialah yang menemani sesi bergambar, sesi menenangkan diriku ini. Me lup yuhhhh poreber. 

Family belah tunang pun beransur pulang. Incik tunang sempat datang gak, walaupun plan asalnya dia taknak datang. Tiba-tiba lepas habis perbincangan je, pakcik dia suruh datang rumah. helok je dorang datang main redah. haha. 

okey nanti sambung part hantaran yang saya DIY, make up dan lain-lain plak.