Thursday, December 31, 2015

Pengalaman buat facial

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Fuhh punya lama tak update blog. Header blog pun da hilang ntah kemana. haha. 

Ni nak cerita pasal kes semalam. Semalam pergi buat facial kat saloon tengah-tengah bandar Melaka. Namanya Sha Citra Beauty Saloon. Sebab da pusing-pusing tempat lain tak jumpa, maka singgah la kedai tu. Memang da petang dlm pukul 5 petang. Start berurusan dengan perempuan agak berumur, dia bahasakan diri dia Umi. Mula-mula aku tanya dulu, kedai tutup pukul berapa, sebab tak nak susahkan dia. Dia tak nak jawab tutup pukul berapa. Dia kata takpa. Boleh je buat facial kalau nak. So, lepas dia terangkan pakej-pakej. Mula-mula ingat nak ambil Harga facial RM 80 untuk buang blackhead & whitehead yang aku nak tu. Tapi mcm biasa, terjebak juga lah pujukan supaya buat untuk rawatan resdung la then tambah untuk ampoulse untuk kurangkan merah lepas picit jerawat. Dia kata muka berminyak, ada masalah itu ini. Then boleh buangkan blackhead, jerawat, kolestrol ke ape sampai ke akar kat muka ni. Ni dia punya penerangan, aku pun tak tahu term yang sebenar. okay, Total RM 140. Mula-mula dia macam hangin gak la, sebab aku tanya macam-macam. Of course la aku tanya macam-macam, aku bayar kot. Tapi lepas dia layan ade seorang VVIP kat situ, pangkat dato', mood dia okey sikit. Disebabkan aku pun terdesak nak bersihkan muka, sebab pikir muka ni kotor sangat, konon nak reward diri. Manjakan diri gitu. Deal! terus bayar full.




Sebelum dia suruh masuk siapkan diri dalam bilik, ada lagi 4 customer tengah buat rawatan resdung. Agak lama lah juga nak tunggu. Tapi time tu, dia da suruh siap baring dan buka tudung semua. Ingatkan terus start, kena tunggu rupanya. cehh, kalau tahu boleh pergi cari makan ringan dulu, lapar kot. Tunggu la mereput kat situ kjap. Dalam 15 minit kot tunggu,dan sesi pun bermula. Pekerja pun sorang je. Yang sorang lagi tu pun tolong sikit-sikit sambil cover kaunter kalau ada orang datang. 

Sesi pun bermula. Dia layan customer gilir-gilir. Kejap pergi customer lain, kejap pergi kat aku. Untuk rawatan resdung tu, dia asap-asapkan. Dalam 15 minit gak. Pastu tiba turn picit jerawat aku, huhui macam cabut gigi geraham. Sakit gila. Pasrah gila, sebab bila dia picit tu, memang banyak kali dia tekan sebab jerawat belum sampai masa kot untuk dipicit. okey, then Da 4, 5 ketul jerawat dia picit, terus dia pakaikan masker. So bila plak dia nak picit blackhead, whitehead? Memang takdo la jawabnya. Nak tanya, takut. Diam jela. Pakai masker dalam setengah jam agaknya. Time tu just baring je, memang tak boleh lelap, tak tahu la macam mana customer lelaki yang tengah buat rawatan resdung tu siap boleh tidur berdengkur. kuat plak tu. 

Pastu da sudah buka masker, dia pakaikan krim macam foundation dan picit belakang sikit dalam seminit. Masa nak pakai tudung semula tu, nampak la faoundation tak smooth, bahagian hidung menggerutu sebabkan blackhead tu la. sebab aku da biasa dengan situasi ni, so aku memang tahu, memang confirm la tak buang.

Then pergi kat kaunter, aku tanya dia. Dia ade tak bersihkan blackhead whitehead. Akak yang bahasakan diri dia Umi tu naik hangin. Dia panggil beautician tu. Dia kata da buat. Dia kata kan ada picit2 tu. Akak Umi tu tuduh aku tidur. Takde seminit pun yang aku tidur sebab sejuk dalam tu. Perut lapar. Yang dia picit2 tu actually jerawat. Muka sendiri mestilah aku hafal kat mana lokasi blackhead yang banyak tu. Dan aku hafal kat mana jerawat aku. So memang confirm yang dia picit tu jerawat sahaja. Tapi dia cakap, Buat sekali facial mmg xleh buang semua blackhead. Ni bukan masalah buang semua. Sikit pun tak rasa dia sentuh bahagian kat hidung atau dahi. aku siap kena marah depan customer dia dari Sabah tu, da la suara kuat. Dorang 1 family tu ade la dalam 5-6 orang dewasa. ada pakcik makcik, perempuan 7 lelaki dewasa. semua senyap. dan pandang kat kitaorang. Sebab dia Siap kata kat aku da tolong buat tu pun cukup bagus. Padahal aku da tanya dlu boleh buat ke tak. Dan yang penting aku bayar. Yela, aku datang seorang. Siapa je nak back up? diri sendiri je. Last2, aku kata takpelah, nak resit je. Then Umi tu blah pergi layan customer dari Sabah tu sambil perli-perli aku. Dia kata artis, VVIP datang buat facial semua okey je takde komplen. So, aku pandang dia aku cakap. Dah lah, aku tanya jer nak tahu ade buat ke tak. Terus dia diam.  Aku just tanya jer, bukan minta refund ye. Balik rumah, mandi. Try picit sendiri. Memang keluar la blackhead kat hidung. Keesokkan harinya, aku masak air, wapkan muka sendiri, then picit. hurmm, menyesal. baik picit sendiri kat rumah. Kahkah. Padan muka sendiri. Bukan taknak buat. Ingatkan ada cara lagi berkesan kat spa tu. Rupanyaaaa. Sekian.

Secara jujurnya apa yang aku nampak dalam album testimoni tu, dia ambil gambar customer sebelum rawatan pakai camera biasa tanpa effect editing. Gambar selepas da pakai foundation pastu ade effect macam camera 360 yang ade effect editing yang flawless tu. 

Sepatutnya aku tak buat rawatan tu kan. Tapi sebab nak sangat. sebab berharap sangat apa yang aku nampak tak sama dengan sangkaan buruk aku. Tapi malangnya betul. Mungkin kedai ni memang bagus tapi nasib tak menyebelahi aku time tu, buat time orang ramai, dia pun terkejar-kejar. mungkin lahhhhhhh~




4 comments:

Aqilah Azmi said...

BESTNYAAAAAAAAAAAAAAAAA

cik nur said...

seronok kan buat facial nih rasa fresh jaa muka lepastuh hihihi :)

Dnie Dalila said...

We're on the same boat sis. Smlm i kena. I nk buat facial terjebak dgn resdung bagai. I masuk pun sbb kat kain rentang dia tulis 25 rggt. Sekali gedebak gedebuk almost 300+++ tapi luckily i je the only cust. Muka pun tak bersih haih. Tapi i tatau bila nya dia buat resdung tu bilanya dia buat facial tu. Dia pakai kan foundation tu pun lagi serabut muka i

ani safiah adibah said...

Tak pernah pegi buat facial tau. Teringin nak cuba. Boleh buang sel kulit mati ni sebeb muka dah mula naik jerawat huhuhu...