Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 13, 2012

♥ My 1st Felt Pillow ♥

Assalamualaikum.hai. 

Khamis yang lepas, bantal ni da pun selamat sampai kepada ownernya iaitu Aini, Bicara Si Gadis Desa. Ini bantal dari felt yang pertama aku berjaya buat. Actually, kak Sue yang tempah dulu but then masa dalam proses perbincangan, Aini juga request untuk bantal craft ni untuk boyfriend nya. Dengan bantuan Kak Sue dengan jahitannya yang kemas dan bantuannya jahit keliling bantal tersebut, akhirnya siap dalam masa 3 hari. Lepasni boleh dah ambil kak Sue bekerja. ngeh2. 


Aini request warna hijau. Dan sepatutnya baju abang kacak tu warna hijau lumut ala military tapi di sebabkan takde warna tu dalam stok maka terpaksa guna warna yang ada.   Proses menjahit benda ni berlaku di dalam kelas, di tempat makan, dalam kereta.  Da jadi student yang fleksibel habis dengan bawa benang, jarum dan felt ke mana-mana. Akhirnya siap juga pada masanya. Saiz asal bantal ni 12 inci x 12 inci, tapi lepas da jahit ukurannya lari sedikit maka jadi 11 inci x inci. Nasib Aini tak kisah. 

Mula-mula risau Aini tak suka design bantal ni, disebabkan ada someone tu bermimpi yang Aini tak suka dengan bantal yang aku buatkan. (harap-harap dia tak buka blog ni lagi. Dang!) Tapi bila Aini cakap dia suka dengan bantal ni, berbunga-bunga hati ni. hurrr. So, buat masa ni, tempahan craft yang simple-simple je akan diterima. =)


Thanx sudi baca, 

4 comments:

Budak Nakal said...

sangat kretif cantik sangat-sangat...nnt nk tempah utk giveaway budak nakallah^^ bolehkan cik yati?^^

Naz Al Yahya said...

hehee, comel jer. naz masa anniversary 1st ngn en kekasih ada jgk watkan felt camni, tp dlm bentuk love. heee. puas hati sbb tgn sndri yg jahit :)

Yatie Musa said...

@Budak Nakal: boleh je. no probz... hee

Yatie Musa said...

@Syarifah Nornazrah Al Yahya: yupp betul tu. rasa puas kalau sendiri yang jahit kan.