Home » » ♥ Krayon ♥

♥ Krayon ♥

Assalamualaikum.hai.

Tahukah anda kembali ke zaman kanak-kanak adalah satu perasaan yang mengujakan. Bila umur sudah mencapai 22 tahun kemudian terpaksa bermain dengan krayon kembali, tiba-tiba rasa macam berada pada zaman kanak-kanak. Zaman aku dulu zaman bermain dengan krayon. Tak sama dengan zaman kanak-kanak sekarang yang tahu main ipad je. hewhew. Bakat melukis secara faktanya memang takdop. Setakat lukis orang lidi aku lulus dengan jayanya. 


Memang diakui, aku bukan spesies yang pandai melukis dan mewarna. Padahal benda simple je kot. Oh siap promote nama masing-masing. Mereka ni single-single belaka. Jika nak berkenalan sila taip CARI JODOH dan sent ke 1300-88-2525. 


Umur macam da tua. Tapi pencil case, botol air semua mesti nak pink juga. Bila la kau nak berubah wahai perempuan.  Ohh sebenarnya situasi ini adalah sewaktu dalam kelas pengucapan awam. Benda ni akan digunakan untuk buat presentation pasal diri sendiri. Dan disebabkan nasib malang pada hari undian tersebut, maka secara rasminya aku adalah orang pertama di dalam kelas tu yang akan buat presentation pada khamis depan. Itu namanya cabutan tak berapa nak tuah. *stresss* kbai.